Maaf...

Selamat Hari Raya kepada semua. Mohon maaf atas segala dosa.

Saya telah bercuti selama 2 minggu.. raya sakan. Kembali bertugas selama seminggu (sekarang ini), kemudian diminta menghadiri Kursus Induksi di Sungai Petani selama seminggu.

Saya tak sempat untuk update blog dalam 3 minggu ni!

Macam-macam nak diceritakan, tapi akhirnya nak balas komen pun belum tentu sempat... :(
Kebiasaannya saya hanya memblog di waktu rehat sahaja, tapi sebab waktu rehat pun dah jadi waktu kerja.. haiiiii.....

Maaf sekali lagi. Jumpa minggu depan nanti ya..

Monday, October 20, 2008

Kata Dua

Saya dapat peluang sambung belajar. Master di UTM, Program Pesisir secara sambilan. Ia memakan masa 2 tahun.

Kata dua dari Abang, "Abang tak ada halangan. Abang sokong kalau nak sambung. Tapi Abang tak ada. B kena jaga Afif, dengan kelas lagi. Boleh ke?"

Saya kata "Boleh. Kelas kan masa hari minggu.."

"Lagi satu, kalau nak sambung, tangguhkan tambah anak. Lepas 2 tahun tu baru plan untuk pregnant semula. Sanggup ke?"

Kata dua dari Abang. Jawapan saya?

Huhu.. (nangis sikit) Tak jadilah. Saya nak pregnant semula tahun depan.
Tolong doakan saya ya...

Thursday, September 18, 2008

Redha Humyrah

Kelmarin, saya hadiri kursus bersama Datuk Dr. Hj. Mohd Fadhilah Kamsah. For the whole day. Seronok sangat..
Antara yang takkan saya lupakan..

"Nama adalah doa. Nama sepatutnya mempunyai maksud yang baik. Siapa yang tak pasti maksud namanya sendiri?"

Saya mengangkat tangan. Saya duduk beberapa baris dari barisan depan. Pasti dia kan perasan.

"Nama awak... "
Dia cuba mengingat..


"Nama awak bermaksud redha. Redha bila dicabar, redha bila ditipu daya.. "


Seluruh dewan mendengar. Saya mengangguk-angguk. Senyum dan malu.

"Redha jika dimadukan.."

Seluruh dewan mentertawakan. Saya mengangguk lagi dan menambah lebih senyuman.


Datuk mempunyai ilmu membaca wajah terus ke lubuk hati. Dia tahu saya ikhlas.

Humyrah adalah nama pena, bukan nama sebenar..


________________________________________________________

Saya ditag dengan trophy ini. Ia bakal menyerikan saya di sepanjang Ramadhan!

Saya forwardkan tag ni kepada Nashrin, Aisyah, Kak Aliya dan Kak Nora.

Tuesday, September 16, 2008

Ramadhan & Raya

Ramadhan ni terasa sepi sedikit. Bersahur dan berbuka tidak semeriah tahun lepas. Sebabnya saya sering teringat pada Abang di Bangi - Dah sahur ke, dah buka ke, makan apa... Alangkah seronok jika Ramadhan bersama.

Alhamdulillah mak ada bersama di Pontian. Jadi tak lah bosan memasak, sahur dan berbuka seorang diri (Afif kan masih kecil untuk puasa) Kata mak, sepanjang Ramadhan ini akan tinggal di sini. Seronok lah saya :)

Persiapan raya? Saya dah siap shopping pada akhir Ogos yang lalu, betul-betul pada minggu terakhir Mega Sale (Ramadhan pun tak mula lagi). Borong habis.. Paling banyak untuk pakaian Afif. Jadi persiapan raya untuk pakaian dah kira SELESAI..


Afif pada Aidilfitri 07, berbaju Melayu merah jambu (pink is now universal).


Raya ni insyaAllah pulang ke Pasir Mas. Saya dapat cuti selama 2 minggu, harapnya dapat jumpa semua saudara mara kedua-dua belah keluarga.

Friday, September 12, 2008

Cuti Semester

Sudah lama tak pulang ke Seri Kembangan.. Cuti semester selama seminggu (18-22 Ogos) saya gunakan sebaik-baiknya untuk pulang ke rumah mak & abah di sana.
Gambar sepanjang perjalanan melalui freeway PLUS dari Simpang Renggam-UPM..



Wah baiknya dia.. Duduk diam di depan sambil perhatikan kereta lain. (Perhatikan tweeter kecil di sebelah kiri Afif yang masih OK.)


Tapi rupanya ya Allah.. Jahanam tweeter saya! (Sudah tak OK..huk)


Oh bagusnya dia.. Duduk di kerusi belakang sambil menulis (contenglah tu..)



Ni bila pulak pakai sandal mama ni? Haish.. tu kan barang perempuan..


Wajah baik semasa berdiri. Padahal bumbung kereta itulah saksi berapa kali kepala Afif terhantuk (tanda tak reti duk diam)


Kacau ayah drive pula. Mengapa mulut Afif nganga?


Astaghfirullahal'azim.. Patutlah nganga, nak gigit telinga ayah(?). Ala Mike Tyson daa..


Selama seminggu, saya ambil kesempatan untuk berjalan sakan. Selain shopping untuk raya, kami sempat ke MAHA '08 yang sesak tu. Dapatlah tengok hasil tani dengan kaedah yang canggih.. Lagipun, Abang sendiri terlibat dengan kajian tentang pertanian..

Sebelum bertolak. Macamlah dia yang drive..


Naik traktor ni sebab ingatkan jauh sangat nak berjalan.


Pesta makanan. Ya, kami sampai je terus serbu makanan. Hehe :)


This is my fav. Bukan selalu rasa..



MAHA '08 memang best.. Harapnya tahun depan dapat datang lagi..

Monday, September 08, 2008

The Dark Knight

Saya gemar memakai jubah, walaupun koleksi yang ada tak banyak. Salah satu jubah kegemaran ialah jubah hitam ala Arab. Jubah itu dua lapis, di dalam tebal, manakala di luarnya ialah kain 'jojet' yang tipis. Kain jojet di luar itu dijahit hingga ke paras pinggang, dari pinggang ke bawah pula ia akan terbelah dua.. Di mata saya, ia jubah yang menarik dengan manik-manik dan labuci yang agak berkilauan.

Satu hari di minggu lepas, saya memakai jubah itu ke tempat kerja. Walaupun kolej saya belum ada air-cond tapi semangat memakai jubah tu memang berkobar-kobar (ahaha..). Sampaikan pengarah saya menggelarkan saya 'The Lady In Black'.

Ceritanya.. Sewaktu rehat tengahari, saya meluru ke rumah untuk mengambil barang yang tertinggal. Jalan ke rumah kebetulan melalui kawasan pekan. Sesak dan jam pula. Kereta kancil saya tersekat dalam kesesakan kereta besar yang lain..

Kereta saya masih tak berganjak. Lampu isyarat masih jauh di depan. Tiba-tiba saya ternampak seorang perempuan tua dengan pakaian yang sangat compang-camping dan daif. Dia menyorong basikal tuanya yang sarat berisi barang-barang buangan. Barangan tersebut sangat banyak, menjadi timbunan yang seakan mustahil untuk dibawa. Dan tiba-tiba.. sewaktu saya berada tak jauh darinya, barang-barang tersebut jatuh dan berselerakan di atas jalan..

'Ya Allah berilah keretaku ruang untuk berhenti...' saya merayu di dalam hati. Dalam kesesakan tu, saya harap saya dapat meletakkan kereta dan membantu perempuan tua tu. Tiba-tiba, entah dari mana dan bila, ada ruang kosong di kiri jalan, tak jauh dari kereta. Saya berusaha ke depan dan cepat-cepat keluar.

Saya bantu makcik tadi. Sungguh banyak barang dia; besi, kotak-kotak, kertas dan plastik.
"Alhamdulillah hari ini dapat banyak barang. Apek kedai tu (sambil menunjukkan pasaraya) bagi banyak kotak hari ini. Alhamdulillah!" katanya.
Bajunya buruk, dengan kain batik lusuh dan selipar jepun. Anak tudung di kepala. Senyum sentiasa dan bertanya pelbagai soalan pada saya.

Saya terharu, dia makcik tua yang miskin. Dia tak mengeluh, malah bersyukur. Tiada sesiapa yang mempedulikannya tetapi dia murah senyuman.

Dan saya baru perasan - Saya seperti The Dark Knight di tengahari!

Thursday, August 14, 2008

Keep Holding On


You're not alone
Together we stand
I'll be by your side, you know I'll take your hand
When it gets cold
And it feels like the end
There's no place to go
You know I won't give in
No I won't give in

So far away
I wish you were here
Before it's too late, this could all disappear
Before the doors close
And it comes to an end
With you by my side I will fight and defend
I'll fight and defend

Keep holding on
Cause you know we'll make it through (we'll make it through)
Just stay strong
Cause you know I'm here for you (I'm here for you)
There's nothing you could say
Nothing you could do
There's no other way when it comes to the truth
So keep holding on
Cause you know we'll make it through (we'll make it through
)

Hear me when I say, when I say I believe
Nothing's gonna change, nothing's gonna change destiny
Whatever's meant to be will work out perfectly


Rasa sedikit sayu akhir-akhir ini. Bila sayu saya pandang wajah Afif, rasa tenang kembali. Wajahnya menjadikan rindu saya pada Abang makin membuak-buak.
Cinta kita kerana Allah..

Friday, August 08, 2008

Saya Dianiaya!

Saya dah hilang sabar dan dianiaya. Police report bertarikh 5 Ogos 2008 di bawah meringkaskan apa yang telah berlaku :

PADA 30/06/2008 SAYA TELAH MENYEWA SEBUAH RUMAH DI ALAMAT : NO. 586, JALAN ******** , TAMAN ********, PONTIAN MELALUI EJEN RUMAH SEWA IAITU ENCIK BODO. SAYA JUGA TELAH MEMBAYAR DUIT DEPOSIT RUMAH + API + AIR + SEWA RUMAH BERJUMLAH RM 720. APABILA SAYA DAPATI RUMAH ADA LUBANG YANG BESAR DAN SAYA MENYURUH ENCIK BODO UNTUK MEMPERBAIKINYA TETAPI BELIAU ENGGAN. APABILA SAYA HENDAK MENGGUNAKAN DUIT DEPOSIT RUMAH UNTUK SEWA BULAN TERAKHIR KERANA SAYA HENDAK PINDAH DARI RUMAH TERSEBUT TETAPI ENCIK BODO TIDAK BENARKAN UNTUK MENGGUNAKAN DUIT TERSEBUT. PADA JAM LEBIH KURANG 7.00 MALAM 04/08/2008 RUMAH SAYA TELAH DIDATANGI OLEH 3 LELAKI MELAYU YANG TIDAK DIKENALI MEMAKAI HELMET DAN MEMINTA DUIT SEWA RUMAH BULAN OGOS DAN KATANYA ENCIK BODO YANG HANTAR MEREKA. PADA JAM 8.00 MALAM 04/08/2008 SAYA TERNAMPAK MEREKA DATANG SEKALI LAGI DAN SAYA TERUS MELARIKAN DIRI. TUJUAN REPORT INI TIDAK PUAS HATI KEPADA ENCIK BODO DAN TAKUT TERJADI APA-APA HAL DI KEMUDIAN HARI KE ATAS SAYA DAN ANAK SAYA.
INILAH REPORT SAYA

Saya dianiaya oleh agen rumah sewa (rujuk 2 entri sebelum ini yang bertajuk Dugaan Baru). Saya sudah sampai di tahap hilang sabar, dicabar, malah saya rasakan keselamatan saya dan anak diancam.

Saya nekad. Memang saya berani, kerana kebenaran saya. Saya telah memarahi lelaki-lelaki yang datang tu bertemankan anak lesung batu di tangan saya.(Kita panggil dia 'budak-budak' la senang..) Saya kata kepada budak-budak tu; Mana Encik Bodo tu, mengapa sekadar menghantar orang, kalau berani datang ke mari!
Alhamdulillah tak lama lepas tu jiran saya keluar dan lelaki-lelaki tu pergi..

Atas dorongan Abang, Bos (Pengarah), kawan-kawan sekerja dan jiran tetangga, keesokannya saya pindah rumah dengan cepat dan tergesa-gesa. Terima kasih kepada mereka kerana membantu saya pindah (Abang masih di KL ketika pindah).

Kepada Encik Bodo tu, saya halalkan duit saya. Duit deposit serta duit lain yang awak dah 'makan' tu bukan lagi di antara saya dan awak. Awak tanggunglah, kerana sekarang ia antara awak dan Allah. Atas dasar persaudaraan Islam, saya doakan awak insaf dan pulangkan wang atau rumah mereka (tuan rumah seluruh Pontian yang awak dah pedayakan). Fikirkanlah perbuatan ini dan hentikanlah. Dunia ini jika dikejar, ia makin jauh.

Tolong jangan hantar orang menggangu saya lagi.

Mereka ni macam lintah darat.. Di saat berjauhan dengan Abang, datang pula musibah sebegini.

Encik Bodo : bukan nama sebenar..

Tuhanku, jika dugaan ini kau kurniakan kepadaku, Aku sambut dengan dengan semangat dan keberanian.
Aku mohon agar dosa-dosaku diampunkan kerana keberkatan perjuangan kecil ini.
Moga kau permudahkan urusan ku, keluargaku dan sahabat-sahabatku.
Amin.

Wednesday, August 06, 2008

Hidup Di Hati

Februari 08

"Nak letak nama apa?"

"Macam yang kita rancangkan.. Muhammad Abid Hayyan,"
"Hayyan tu eja dengan double 'y' atau huruf 'i'?"
"Letak double 'y' lah.. saya nak nama dia dekat dengan nama saya,"
"OK. Abang ikut b,"

Lebih kurang seminggu selepas melahirkan arwah Abid Hayyan, Abang bersiap untuk mendaftarkan kelahiran dan kematiannya. Dokumen seperti sijil mati, surat pengesahan kelahiran dan kematian dari doktor dan lain-lain sudah tersedia. Kami pernah daftarkan kelahiran Afif dulu, tapi kali ni berbeza. Perasaan kali ni bercampur-baur..

Saya hanya tinggal di rumah. Saya dalam pantang. Saya rasa berdebar-debar menanti kepulangan Abang dari JPN. Nak sangat tunggu Sijil Kelahiran Hayyan siap. Saya nak tengok puas-puas nama Hayyan pada sijil tu nanti. Ia akan jadi kenangan kami.

Tapi alangkah terkejutnya saya. Abang pulang dengan sijil tak bernama. Ia bukan sijil kelahiran hidup. Sijil kelahiran mati?

"Arwah sempat hidup selama 39 minit. Kenapa dia bagi sijil lahir mati? Mana nama anak kita?"
"Orang JPN kata dokumen kita tak lengkap.. "
"Sijil lahir mati tu hanya untuk kandungan yang tak sempat hidup! Arwah lahir lengkap, sempat bernafas. Walaupun doktor ramal dia hanya hidup beberapa minit, tapi arwah bertahan lama! Tak bermaksud apa-apa ke pada Abang?"

Abang berlutut pada saya.. menahan kemarahan saya sambil memujuk lembut. Saya merasakan sedih yang amat sangat. Ini bukan pengakhiran yang saya mahukan. Macam-macam soalan 'menyerang' akal dan fikiran saya hinggakan Abang jadi mangsa kemarahan saya.

Saya menjauhkan diri dari semua orang dan menangis.. Istighfar berulang kali supaya marah saya reda. Saya nak lepaskan semuanya.

"Abang dah mohon pada staf kat kaunter tu.. Dia kata kes kita ni dianggap lahir mati.. Abang tak boleh buat apa-apa.. "
"Memang kat sijil lahir tu takde nama arwah, tapi dalam hati kita dia ada selamanya. . Kita lepaskan dia ya.."

Betul, walaupun namanya tiada tapi dia kekal sepanjang masa, di hati kami berdua.
Sayang, mama masih rindu kat kamu..

Tuesday, July 29, 2008

Dugaan Baru

Assalammualaikum. Apa khabar semua? Hopefully ceria dan gembira. Cuba senyum sikit, sekejap :) :) :)

Alhamdulillah ada internet connection, walaupun sangat slow. Kolej masih under construction. Bila saya sampai di sini 3 hari yang lalu, saya rasa seronok. Kolej saya betul-betul di tepi laut! Cantik..

Kami telah ditipu oleh 2 orang agen rumah (realtor). Sebelum bertolak, seorang madam cina telah offer kami sebuah rumah kedai furnished dengan sewa RM380 sebulan. Bila sampai, dia kata harganya RM700 pula.. Kami tolak.

Kami mencari rumah sewa. Kami terdesak. Jumpa. Rumah 2 bilik tidur, 1 bilik air. Sebulan RM260. Kami setuju. Selesai pindah masuk, saya terus ke kolej. Baru saya tahu bahawa agen rumah sewa tu, seorang lelaki melayu, adalah penipu besar. Dia akan putar belitkan kontrak. Setiap bulan dia akan kutip duit sewa, dia akan 'simpan' duit tu tanpa diberi kepada tuan rumah. Macam mana saya tahu? Kawan-kawan sekolej dan Encik Pengarah yang beritahu. Menurut mereka, disebabkan kerja kotor lelaki ni, ada penyewa yang pernah dihalau keluar rumah di tengah malam...

Melalui jiran-jiran, saya cari orang yang pernah menyewa rumah tu. Rupanya penyewa sebelum saya tu, pindah tak jauh dari rumah saya. Dia beri saya no telefon tuan rumah. Alhamdulillah.. Saya dah setelkan dengan tuan rumah, saya tak perlu takut.

Hari yang saya lalui di sini sangat berbeza.. Jauh dari cara kehidupan di Seri Kembangan. Kalau dahulu, setiap petang saya dan Afif akan menunggu Abang pulang dari kerja. Kami berdua akan duduk di beranda, memerhati kereta yang masuk melepasi security guard. Afif pantang nampak kereta kancil silver..dia akan menjerit kesukaan sambil melambai-lambai. Dan biasanya saya sudah siapkan makan malam. Bila Abang sampai, saya terus hidangkan, kami makan bersama. (Kami jarang minum petang)

Sekarang saya sendiri bawa kereta hantar Afif ke daycare. Selesai kerja saya ambilnya dan kami akan ke kedai makan berdua. Kadangkala saya terasa kekosongan dalam diri ni. Bukan selalu, tapi ketara.

Bila malam, Afif akan menangis, meraung mencari Abang. Afif baru pandai menyebut perkataan 'ayah'. Itulah yang sering keluar dari mulutnya 2-3 malam ni. "Ayah, ayah..." Tangisannya lama. Kadangkala saya tak tahu nak buat apa..
Ya Allah, tabahkanlah kami.

"Hati abang hancur bila tengok b dan Afif tinggal dalam rumah ni. Serba kekurangan dan tak selesa..Dan Abang tak ada bersama."
Abang, jangan risau.. Inilah dugaan sementara.

So no one told you life was going to be this way.
Your job's a joke, you're broke, you're love life's DOA.
It's like you're always stuck in second gear,
Well, it hasn't been your day, your week, your month, or even your year.

But, I'll be there for you, when the rain starts to pour.
I'll be there for you, like I've been there before.
I'll be there for you, cause you're there for me too.

You're still in bed at ten, the work began at eight.
You've burned your breakfast, so far, things are going great.
Your mother warned you there'd be days like these,
But she didn't tell you when the world has brought you down to your knees.

That, I'll be there for you, when the rain starts to pour.
I'll be there for you, like I've been there before.
I'll be there for you, cause you're there for me too.

No one could ever know me, no one could ever see me.
Seems like you're the only one who knows what it's like to be me.
Someone to face the day with, make it through all the rest with,
Someone I'll always laugh with, even at my worst, I'm best with you.

Thursday, July 03, 2008

en Route..

Saya sedang bersiap untuk bertolak ke Pontian. Barang-barang semua dah pack, tinggal tunggu Abang je datang bawa kereta untuk diletak di tepi lift.

Petang ini saya akan lihat rumah sewa di Pontian. Jika OK, terus pindah masuk. Khabarnya rumah di tepi pantai Pontian. Saya dah dapat no. contact daycare untuk Afif. Kalau ok juga, esok dah boleh hantar Afif.. Esok Abang akan pulang ke Seri Kembangan, saya tinggal dengan Afif.

Mungkin saya tak dapat online beberapa hari ni. Saya tak pasti.

Harapnya segalanya berjalan lancar..Jumpa lagi.

Sunday, June 29, 2008

Virus Tag Berjangkit!

Saya kena tag dengan seorang kawan lama. Senior di asrama waktu sekolah dulu sebenarnya. Datang je blog ni terus tag.. Senyum. "Hi, Kak Nana.. My life is great, thank you for asking.." Gurau je ya.

Saya kena tag, soalan-soalan interview. Ehem, masih glamourkah saya?

1 minit yang lalu, apa anda buat.
Saya baca blog Kak Nana, nak faham tag ni berkenaan apa..

1 hari yang lalu, apa anda buat.
Maksudnya, seharian ke? Saya banyak berkemas untuk pindah rumah. Seharian juga saya bermain dengan Afif. Berjoget dan main lego.

1 hari lagi apa anda akan buat.
Esok pagi, angkut barang dan pindah ke Pasir Gudang. Selamat tinggal Lembah Klang!

1 orang yang terakhir menelefon kamu.
Baru tadi Pengarah Kolej menelefon saya. Dia offer rumah sewa di Pantai Pontian. Saya masih memikirkan tawaran beliau. Dia seorang yang bersungguh-sungguh dan komited.. Rasa tak sabar bertugas di bawahnya.

1 makanan yang baru dibeli.
Saya tak beli, Abang yang beli. Dia beli nasi lemak kosong, saya goreng telur..

1 barang yang baru hilang.
Brooch warna silver yang berharga RM15.00 Itu lah brooch yang paling mahal yang saya ada. Saya tahu ni mesti kerja Afif.. AFIF!!!!!

1 cerita yang baru ditonton.
Err bola dianggap cerita tak? Kalau ya, saya baru tonton Spain vs. Russia pagi tadi. Okey, okey, DVD Kung Fu Panda..

1 hal terakhir yang digossipkan.
Dengan siapa lah saya nak bergossip, dengan abang kot.. Gossip tentang rumah baru kakak ipar saya.. (itu dikira gossip ke..?)

1 kata yang ingin diluahkan.
Saya nak luahkan kepada Ayah Cik dan Cik Nah saya, betapa saya sangat terhutang budi dan sayang kepada mereka. Mereka BANYAK membantu saya.. Tapi saya segan nak cakap. Hanya mampu doakan. Sudah tentu saya akan sentiasa rindu mereka di Johor nanti.

1 buku yang sudah dibaca.
Banyak. Nak yang mana? Hmm baru-baru ni saya baca semula The Da Vinci Code oleh Dan Brown.

1 penyakit yang sering datang.
1 Penyakit ni. Sakit rindu.

1 keinginan.
Tinggal bersama Abang. Mungkin lepas 3-4 tahun baru dapat semula.

Mangsa tag
Tiada. Saya bukan pemangsa. Hahahahahahaha..Oh kejap, saya nak tag Abang

Friday, June 27, 2008

'Tahniah'la Kepada Saya

Rayuan untuk mengajar di Kolej Komuniti Hulu Langat gagal. Maka saya kena mengajar juga di Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG). Saya akan berpisah dari Abang. Abang di Selangor, saya di Johor. Saya bawa Afif bersama saya sekali.

Rancangannya ialah; saya berpindah ke rumah kawan saya di Pasir Gudang. Kawan saya masih bujang, kebetulan rakan serumahnya baru pindah keluar. Jadi kami duduk bertiga, saya, Afif dan dia. Segalanya nampak sudah selesai dan tiada masalah. Kami akan bertolak ke sana pada pagi Sabtu, 28hb ni. Daftar diri pada Isnin.

Semalam saya menelefon KKPG. Alangkah terkejutnya saya.

"Maaf, cik sebenarnya kena daftar diri di Kolej Komuniti Tanjung Piai (KKTP). Cik akan bertugas di sana, bukan di sini." (KKTP terletak di Pusat Perdagangan Pantai Pontian)

"Tapi saya check di website KPT, saya dikehendaki daftar diri di KKPG. Surat tawaran pun nyatakan tempat yang sama.."

"Dulu memang KKTP gunakan alamat KKPG. Sebab dulu bangunan dia tak siap lagi. Sekarang bangunan dia dah siap. Saya bagi cik alamat dan no telefon KKTP yang baru."

Aduh.. macam tu pula. Rupanya saya dikehendaki mengajar di Pontian! Saya selidik dan bertanya pada saudara mara, jarak masa perjalanan dari Pasir Gudang ke Pontian tu mengambil masa lebih dari 1 jam. Jauhnya tu..

Nak tak nak, terpaksalah saya rancang semula. Penyelesaian yang ada setakat ini..

Saya dan Afif menetap di Pasir Gudang seperti dirancang sebelum ni. Afif akan di hantar ke Daycare dan saya akan menaiki bas ke tempat kerja. Naik bas 2 kali. Bas pertama ke Larkin, turun dan ambil bas ke Pontian pula. Perjalanan kedua-dua bas dijangka 80 minit.

Well, itulah dia setakat ni. Belasah je la.

(Dalam hati, jauh di dasar hati saya, saya rasa excited dan teruja. Ia akan jadi pengalaman atau cabaran yang saya bersungguh-sungguh nak buat. Go go go!!!)

Thursday, June 26, 2008

Selamat Hari Bapa, Selamat Hari Jadi Umi!

Hari Bapa Teristimewa

"Inilah hari paling indah dalam hidup Abang!"

Abang gembira kerana Afif sudah pandai memanggil 'ayah'. Sudah tentu ia hari yang paling menggembirakan. Sudah 2 tahun dia menanti perkataan tu dari mulut Afif. Saya tumpang gembira. Walaupun kadang-kala bunyinya kedengaran seperti 'anyah'!
Oh ya, tahniah abang kerana score 4.00 semester lepas. Aweesommeeee!

Tahun ini juga bermakna buat Abah saya. Abah dah pencen akhirnya.. Semoga Abah dapat rehat dan sihat. Terima kasih atas segalanya..


Majlis Hari Jadi

Keluarga mertua saya berada di sini sejak seminggu yang lalu. Walaupun mereka menetap di Kelantan, mereka sering sekali berada di sini. Ketiga-tiga adik-beradik Abang di Kuala Lumpur, begitu juga saudara-mara yang lain. Jadi bila kami berkumpul, suasana sentiasa meriah. Saya sendiri merasakan mereka selalu dekat dengan kami.

Kebetulan pula hari ini adalah hari jadi Umi (ibu mertua). Kami sambut beramai-ramai di Pizza Hut Equine Park. Riuh sungguh bila 20 orang berkumpul serentak. Afif paling seronok dan sering menjerit-jerit kesukaan (konfius betul..) Meja yang telah awal ditempah disusun memanjang.. Saya, Abang dan Afif datang awal untuk beli kek dan diberi pada pelayan Pizza Hut. Konon nak buat surprise....


Afif di sisi Ayoh dan Umi.



Meja dah clear sebab pizza semua dah dimakan.. masa untuk makan kek pula.

Selamat Hari Lahir ke-55 Umi, moga sentiasa sihat dan diberkati Allah...

Wednesday, June 18, 2008

Bersederhana

Harga minyak naik lagi. Paling ditakutkan bila harga semua barang keperluan yang lain akan naik juga. Terlalu ramai orang mengeluarkan terlalu banyak pandangan. Pandangan saya, ukurlah baju di badan sendiri. Alasan 'ikut pasaran global' agak kurang relevan. Pendapatan rakyat tidak setara dengan harga minyak. Bagaimana dengan nasib orang miskin. Bila barang-barang naik harga, mereka kan lebih terhimpit...

Nak tak nak, kena lah ubah cara hidup. Ada beberapa cara yang mungkin boleh membantu..

1. Masak sendiri saja daripada beli di kedai. Sesuai dan praktikal bagi mereka yang sudah berkahwin/berkeluarga. Saya sendiri masak pagi-pagi bekal makanan tengahari untuk saya dan abang. Saya amalkan semenjak awal tahun lagi. Bukan saja menjimatkan, kita juga terhindar dari makanan yang kurang berkat hasil masakan orang yang (mungkin) tidak solat..

2. Berhenti merokok. Ini adalah masa yang terbaik. Adalah 'sangat kurang bijak' bila kita merungut ditindas oleh Amerika, pada masa yang sama kita memberi keuntungan kepada mereka. Amerika adalah kuasa besar ke atas harga minyak yang juga pengaut keuntungan utama pasaran rokok dunia. Dah la merokok tu haram dalam Islam.. Insaf & bertaubatlah..

3. Perbanyakkan puasa. Isnin & Khamis saja pun ok. Inilah azam saya tahun ni yang paling susah (huk, huk..) Nampaknya azam tu tertunai juga tahun ni ya (di sebalik dugaan harga minyak yang naik ni)

4. Kurangkan kos pengangkutan(?). Saya tak tahu apa pendapat anda semua, tetapi saya dan abang dah bersetuju untuk naik motor saja ke tempat kerja. Jika permohonan saya untuk mengajar di Kolej Komuniti Hulu Langat diluluskan, saya dan abang akan gunakan pengangkutan yang satu ini- HONDA EX5!

Sebenarnya waktu-waktu (harga minyak naik) begini buat saya banyak berfikir. Betapa saya perlu lebih komited untuk jalani hidup yang betul-betul sederhana. Biar Afif belajar hidup begini. Dan semoga kesederhanaan hari ini membantu saya mengumpul kesenangan di masa depan.

Thursday, June 12, 2008

Alhamdulillah.. Jadi Pendidik Akhirnya

Assalammualaikum.. agak lama saya tinggalkan blog ni. Saya tak berapa sihat, penyakit hati. Hati saya dah hitam sikit. Entahlah, saya jadi malas. Ya Allah, hindarkanlah aku dari kekufuran dan kemurkaanMu. Bersihkanlah hati hamba ini.

Suatu malam di minggu lepas, selepas saya dan abang membaca *Surah Al-Waqiah (kebetulan baca surah yg sama pula), saya terima sms mengatakan bahawa keputusan PPPT keluar di website. Alhamdulillah, syukur pada Allah. 2 tahun penantian kini dah terjawab. Saya telah dipanggil untuk mendaftar diri sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pasir Gudang! Saya sangat seronok.

Saya lega bukan saja kerana terlepas dari perjanjian dengan Kementerian Pengajian Tinggi, tetapi juga kerana cita-cita saya menjadi kenyataan. Saya harap saya dapat menjadi pensyarah yang berdedikasi dan ikhlas mengajar bukan kerana gaji semata-mata.

Saya dalam proses menukar tempat mengajar. Moga dapat terus tinggal bersama abang dan Afif. Jika tak berjaya, tak apalah.. Saya teruskan juga.

Afif, mama jadi pensyarah!

* Al Waqiah, amalkan selalu untuk murah reezeki. Ternyata rezeki bergolek malam itu!

Saturday, June 07, 2008

Cerita Berpantang

Mimpi Di Hospital

Selepas melalui C-Section surgery, saya disorong keluar dari OT (Operation Theatre) ke bilik wad yang baru. Berbanding bilik wad sebelum ini yang menempatkan 4 orang, wad ini hanya menampung untuk seorang saja. Senang kata, wad ini lebih kecil dan lebih privasi. Tandas untuk saya seorang. Doktor tempatkan saya jauh dari pesakit lain supaya saya tak sedih bila dengar bunyi bayi mereka yang baru lahir.

Malam pertama selepas operation tu, saya bermimpi sesuatu yang pelik. Dalam mimpi tu ada saya dan abang. Abang pegang tangan saya, kemudian tiba-tiba seakan ada kuasa yang kuat mengangkat kami ke atas. Kami bagaikan terbang tinggi ke langit. Tinggi dan laju..... Sangat laju dalam sekelip mata kami lihat bumi yang kecil di bawah kaki kami. Subhanallah, mimpi tu seakan benar-benar berlaku.

Emosi saya di hospital baik-baik saja. Selepas melihat arwah buat kali terakhir, saya sedikitpun tidak mengalirkan airmata. Pelawat datang tanpa henti hinggakan saya rasa penat dan hampir tertidur bila berbual dan bercerita! Cerita pada pelawat tentang perkara yang sama berulang kali pula tu.. :)

Sedih Di Rumah

Namun apabila dibenarkan keluar dari wad, emosi saya mula terasa. Menjejakkan kaki di rumah menyebabkan saya teringat pelbagai kenangan tentang si kecil. Melihat katil, dah rasa rindu. Yelah, saya teringat bila saya nak tidur je arwah dah start tendang-tendang perut. Bunyinya remeh-temeh. Mungkin sebab dalam pantang, saya mudah terikutkan perasaan.

Saya tekad nak keluar berjalan-jalan. Keluar rumah sewaktu dalam pantang?? Tak boleh! Tolonglah, saya rasa sedih asyik duduk di rumah saja.. Saya perlu keluar, bernafas dan merasa tenang. Abang, boleh tak?

Langgar Pantang

Jadi pada minggu ke-2 (hari ke 15 ) dalam pantang, saya berjalan ke kenduri kahwin kawan di Gombak..kemudian ke rumah mak abah di Balakong dan akhirnya membeli –belah di Alamanda.. Dalam keadaan luka jahitan yang belum sembuh (it takes at least 6 weeks untuk sembuh) dan kekurangan tenaga & darah, saya gagahi juga kaki ni untuk melangkah. Saya berdegil. Tak hingat langsung kepenatan naik turun tangga ke.. tolak troli barang shopping ke..mahu pun menjerit & mengejar Afif dalam pasaraya. Ia membantu saya melepaskan rasa sedih dan terkilan.

Semenjak keluar dari hospital, saya tak makan langsung painkiller yang dibekalkan doktor. Saya menahan sendiri segala kesakitan, biar lupa yang disedihkan. Abang kata saya hebat, dalam hati saya lemah..

Pulang ke Rumah Mertua

Minggu ke-3 (hari ke 21), keluarga mertua ajak pulang menetap di rumahnya di Pasir Mas. Naik kereta ibu saudara. Bukan mudah juga menaiki kereta dalam perjalanan yang hampir 11 jam. Dengan jalan yang bengkang-bengkok dan tidak rata. Sakit tapi tahan sajalah..

Saya rasa gembira untuk pulang. Seronok dapat keluar dari rumah. Saya di sini selama lebih dari 2 minggu. Menenangkan fikiran sambil berurut. Tempoh berpantang saya hampir habis sewaktu pulang ke Kuala Lumpur. Niat di hati nak tinggal di Kelantan lebih lama, tetapi abang suruh pulang dan kebetulan kakak ipar baru melahirkan anak. Bestnya dia dapat baby..


* untuk catatan kenangan

Sunday, May 25, 2008

Xxxcittedddd………..!!!

Baju Melayu

Apa yang excitednya ni Humyrah? Ehem ehem.. saya excited tentang persiapan untuk hari raya tahun ini. Tuan-tuan dan puan-puan, raya tahun ini berbeza sekali sebab abang pun sibuk tentang persiapan baju raya dan lain-lain. Tak macam sebelum-sebelum ni. Sebelum ni..
- baju melayu beli jela, cepat dan murah.
- warna apa, warna tanah? Warna langit? Ikut b lah..

Typical abang.. memang tak kisah tentang pakaian. Boleh dikatakan, saya yang pilih baju dan persiapan lain. Abang hanya bersetuju dan keluarkan belanja.

Tapi tahun ni awal-awal lagi abang dah bersemangat nak beraya. Dia pilih warna tema dan design baju yang dia mahu. Bila abang dah bersemangat macam tu, saya pun bersemangatlah juga.. hehe.

Design baju melayu yang abang nak sangat, lebih kurang macam di bawah ni ..


Oh ya, Si kecil Afif tu pun tak ketinggalan, mestilah bergaya di hari raya.

Untuk saya pula, tahun ni saya tak payah beli kain untuk baju kurung. Mak dan ibu mertua masing-masing dah bagi kain. Jimat, jimat..

Jahit sendiri? Jangan haraplah.. Kali terakhir saya jahit baju sendiri ialah 7 tahun yang lalu.. :p Kain-kain awal-awal dah hantar kedai. Bulan depan insyaAllah siap semua. Fikir untuk lain pula. Langsir, table runner, kuih raya, casual attire, etc. Best, best..

Peti Ais

Bila baca cerita Kak Nora tentang dapurnya, saya excited pulak nak cerita tentang peti ais yang baru saya beli. Sebelum memiliki peti ais baru ni, kami sekeluarga tak ada pun peti ais dapur. Yang ada hanyalah peti ais mini (bar). Peti ais ’cenonet’ Itulah yang kami guna untuk isi ayam ke.. ikan ke.. sayur-sayuran dan lain-lain. Terima kasih kepada ’cenonet’ tu, yang telah 3 tahun berkhidmat kepada kami..

Kenapa baru ada peti ais besar? Kesiannya tak mampu beli peti ais sendiri.. Ketawalah, ketawa.. Sebenarnya duit simpanan baru cukup untuk beli peti ais tu. Saya dan abang tak guna kad kredit. So kalau nak beli apa-apa, kumpullah duit walau sehingga kucing bertanduk! Play safe, beb..

Walau apapun, saya memang excited sangat dah ada fridge ni kerana akhirnya lengkaplah perabot asas dalam rumah kami! Yay!!!

Thursday, May 22, 2008

Surat Untuk Rafa Benitez

Assalammualaikum Salam Sejahtera En. Rafa,

Tahniah kerana berjaya ke Anfield bersama rekod yang hebat! Di bawah kendalian anda, pasukan kita telah berjaya keluar dari kelompok pasukan 'suka bertahan sambil malu-malu menyerang'. Malah anda adalah orang Sepanyol pertama yang mengendali pasukan hebat Inggeris memenangi Champions League (CL) dalam tahun pertama di Anfield! Syabas!!!

Saya menonton perlawanan akhir CL Istanbul bersama suami. En. Rafa, di Malaysia perlawanan Eropah ditonton pada pukul 3 pagi! Namun demi minat dan chenta saya kepada LFC, saya rela bersengkang mata. Saya berjaya memujuk suami untuk tonton sama, kerana suami saya bukanlah peminat bola. Terima kasih kerana menang dalam satu perlawanan yang sangat dramatik.. Saya nyaris mengalami fatal heart attack, namun sangat berpuas hati. Saya bangga dapat membuktikan pada suami bahawa LFC ni hebat.

Dan kejayaan kita disambung dengan meraih Super Cup 3 bulan kemudian. Superb start ya boss?

Humyrah
May 2005





Selamat Sejahtera En. Rafa,

Tak banyak yang nak ditulis. Tak apalah, setem pun murah saja. Saya ucapkan terima kasih kerana berjaya membawa pulang Piala FA ke Anfield. Perlawanan yang hebat. Sekali lagi saya hampir kena serangan jantung, mengingatkan saya kepada kejohanan yang sama pada 2001 menentang Arsenal. Saya seronok dengan kehadiran En. Rafa. Diharap En. Rafa sudi menyambung kontrak bersama kami.

Tolong jadikan kami juara Premier League (EPL) pula ya. Saya dah bosan dengan Man Utd dan Arsenal. Tentang CL pula, top 16 is not ok, but FA Cup tu dah kira redeem la.
Cherio!

Humyrah

May 2006




Salam Sejahtera,

En. Rafa, bila kita nak dapat title EPL nih? Saya dah geram sangat.. Adakah kerana kita terlalu penat, maka kita kurang konsisten dengan setiap perlawanan hujung minggu? Saya setuju dengan sistem rotation En. Rafa, tapi apa gunanya jika kita masih banyak kali seri? En. Rafa, saya yakin kunci kepada kemenangan dan pemberi semangat ialah dengan menjaringkan gol yang sebanyak mungkin.. Saya bimbang moral pemain yang cepat menurun. Menambah kebimbangan ialah wujudnya pasukan Chelsea yang makin hebat. For goodness sake, we need to do something!

Kita kalah kepada AC Milan. Nampaknya kita tangan kosong je tahun ni. Nasib baik dapat slot ke CL musim depan.

Humyrah

May 2007




Salam sejahtera En. Rafa,

Saya ni seorang ibu, suri rumah dan pekerja. Walaupun saya sibuk, saya masih setia dengan Liverpool FC. Saya yakin dengan tindakan dan strategi En. Rafa selama ni. Tapi pada semi final CL menentang Chelsea, terutamanya pada 2nd leg, saya tak berapa puas hati.. What the neraka is going on boss? Kita banyak peluang untuk score! Tapi kita kalah lagi kepada Chelsea.

Tapi takpelah.. saya redeemkan dengan kejayaan-kejayaan yang sebelum ni. Saya ni mudah memaafkan orang tau. Saya rasa rekod CL kita sebelum ni dah cukup bagus. Yang tak bagusnya, sampai bila kita nak di outshine oleh Man Utd, Chelsea dan Arsenal? Yes, Im talking about our domestic league. Tak silap saya dah dekat 20 tahun kita tak menang Premier League. Musim depan kita focus betul-betul pada EPL okay? Faham?

Tindakan yang bijak membawa masuk Fernando Torres, walaupun pecah rekod terus. As I said before, we need to work more on scoring goals. He did a great job.


Humyrah aka Who May Marah
May 2008

Wednesday, May 14, 2008

Anak Rezeki Ibu

Menjadi ibu adalah sukar. Seorang kakak pernah meluahkan rasa hatinya pada saya. Katanya…

“Akak mengandung lagi. Macamana ni Yan.. Si Dania tu tak sampai setahun pun lagi. Susahla akak. Nak menyara yang itu pun tak cukup, ni nak tambah lagi. Sekarang dah mengandung 2 bulan. Akak rasa nak buang, tapi dah besar .. “

Saya nasihatkan dia supaya istighfar. Kena kuatkan keyakinan, rezeki sentiasa ada.

Saya teringat ketika melahirkan Afif 2 tahun yang lalu. Memang rasa susah. Saya dan abang belum habis belajar, apa lagi untuk bekerja. Namun saya yakin rezeki anak Allah swt akan bagi.

Kakak kepada seorang kawan saya datang ke rumah untuk melawat Afif yang baru lahir. Saya pernah bertemunya, dia seorang yang baik. Kebetulan dia juga baru melahirkan anak. Saya melayannya sebagai tamu, dan apabila kakak tu meminta izin untuk pulang, dia menghadiahkan Afif 1 pek pampers yang besar, serta beberapa pasang baju bayi. Saya berterima kasih padanya. Setelah kakak tu pergi, saya perasan ada sekeping sampul di sisi Afif. Alangkah terkejutnya saya bila saya dapati dalam sampul tu ada duit bernilai RM250. Saya sangat terharu… Kami banyak terima hadiah bayi dari kawan-kawan, tetapi kakak ini; yang kami tak kenali, adalah seorang yang sangat murah hati.

Rezeki anak tak habis di situ. Selepas habis pantang, saya mula mencari kerja. Allah mudahkan saya. Dengan hanya sekali panggilan telefon, saya diterima bekerja di sebuah syarikat di Cyberjaya. Saya pernah bekerja di situ sebagai pelajar praktikal. Alhamdulillah…

Peluang juga banyak untuk abang. Mulanya agak sukar. Saya teringat bagaimana abang membawa resumenya dari satu ofis ke satu ofis di sekitar Cyberjaya. Mempromosikan dirinya sebagai fresh graduate. Ada yang mereject abang, tapi dia tak give up. Alhamdulillah ada syarikat yang mahukan abang, gaji yang ditawarkan pula lebih tinggi dari gaji saya masa tu (Abang bukan dari bidang IT, tapi sebab skil yang dia ada, 1 syarikat IT mahu ambilnya bekerja). Sayang sekali tawaran tu dah terlambat, abang dah mula kerja di Astro. Tak lama lepas tu, abang terima banyak sekali tawaran bekerja dan tawaran belajar. Rezeki anak :)

Ibu-ibu, kita kena sentiasa yakin dengan kurniaan Allah ini. Anak adalah tanggungjawab, bukan bebanan. InsyaAllah Dia datangi anak itu dengan pakej rezeki.. dan jika tidak pun, bukankah kesukaran menjaga anak adalah pendinding kita dari neraka? Bertuahnya kita dapat memiliki anak kan..

SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu yang membaca. (woman expecting 1st child is considered a mother ya). Mungkin cerita saya mengenai anak, tapi kerana anaklah, kita dipanggil
IBU.


Tuesday, May 13, 2008

Malunya Dia.....!

Hmm.. post tentang Afif dilanjutkan. Adakah Afif masih pemalu? Gambar di bawah ni adalah jawapannya..




Al-kisahnya, kami 3 beranak ke KFC di Bangi. Abang order makanan di kaunter, saya dan Afif menunggu di meja. Tiba-tiba saja Afif tarik muka malu, dan tak mahu duduk properly atas kerusi.

Sebaliknya, Afif duduk di kerusi dengan kepala di bawah meja!!!

Rupa-rupanya Afif malu dengan budak perempuan cun yang duduk di meja depan nunnn... "Alahai Afif, budak tu bukan tengok awak pun"

Pujuk punya pujuk, barula dia nak angkat muka, tu pun selepas abang datang, duduk di depan Afif dan menghadang pandangan ke arah budak perempuan tu. Huhu...



Ni lagi satu kes ..







Gambar ni masa Afif sakit, ditahan di hospital tahun lepas. Malu dengan doktor/nurse yg datang. Menyorok konon orang tak nampak dia. Masa ni dia tak larat nak bangun, bila dah boleh bangun, dia nak lari bawah katil pun ada..


Harap-harapnya penyakit malu Afif ni tak melarat sampai ke besar. Malu sikit OKla, jangan banyak sangat ya.


P.S. Diriwayatkan Nabi Muhammad S.A.W. semasa kecil adalah seorang yg pemalu. Pada satu peristiwa, Baginda menjadi malu bila kain yang baginda pakai terselak sedikit di bahagian betis.

Sunday, April 20, 2008

Tentang Si Harraz

Saya nak post tentang si Afif Harraz ni pula. Nanti dia dah pandai membaca, risau dia merajuk.. 'Mama tak cerita pun tentang saya dalam blog mama?' Alahai, sekarang ni Afif merajuk memanjang, muncungnya panjang..


Harijadi Afif jatuh pada 21 Februari lalu, lebih kurang seminggu selepas saya bersalin Hayyan. Ulang tahun yang ke-2. Hadiah harijadinya? Selain hadiah mainan yang murah (mahal pun jahanam juga akhirnya..heh), abang bawa Afif ke kedai gambar. Buat gambar pasport.. Tiap-tiap ulangtahun kami akan buat gambar pasport dia untuk kenang-kenangan.

Babak-babak semasa photoshoot --->

Eh, lampu tak on lagi.



Ala afif, senget laa.


Gambar untuk apply kerja ke? Serius je.

Abang punya angkara, rambut Afif jadi bertepek-tepek.. Banyak sangat letak baby oil. Siap ada antena lagi kat rambut tu. Hehe.


Gambar-gambar Afif sejak kecil sampai sekarang -->

usia : 1 hari. Nampak je besar, berat 1 kg je. Dah pandai masuk tangan dalam poket, eh pampers (ke tu??). Pampers paling kecik tu pun sampai ke lutut. Sian dia.


Usia : 5 Hari. Still dalam (open hud) incubatior lagi. Bantal diperbuat dari kain yg digumpal-gumpal. Nak sentuh dia kena sabunkan tangan dulu.


Usia : 10 Hari. Sedang belajar bernafas sendiri dalam kotak oksigen. First time without ventilator/tube. Meronta-ronta tendang kotak tu. Hmm masa ni dah tido, penat meronta kot.


Usia : 1 Bulan. Afif mampu bernafas sendiri sekejap sj, kemudian terpaksa masuk tiub semula. Masa ni dia sedang menolak-nolak 'benda' yang melekat kat hidungnya. Sedih melihat dia menangis tak henti-henti.


Usia : 2 bulan. Badan dah makin berisi. Macam nak bergusti je tu..


Usia : 6 bulan. Keluar wad sejak 3 bulan sebelumnya. Badan kurus aje tapi boleh tahan nakalnya..


Usia : 1 tahun. Belum pandai berjalan, tapi sudah pandai duduk sambil makan dengan kedua-
dua belah tangan.



Usia : 1 Tahun 6 Bulan. Sudah pandai dibawa berbincang. Gambar diambil ketika ayah bagi lecture 'kenapa afif suka letak cawan merata-rata'. Cawan di sebelah tu adalah 'bahan bukti'.


Usia : 26 tahun. Err.. tu usia saya. Gambar diambil semasa birthday saya Januari lalu.
Usia Afif: 1 Tahun 11 Bulan. :)

Tuesday, April 15, 2008

Khalifah di Syurga

Assalammualaikum. Saya dah kembali ke KL, bekerja, pandu kereta dll. Lega rasanya. Kawan ramai tanya, saya OK ke.. Terima kasih ya semua, saya OK saja. Saya berkongsi gambar arwah Abid Hayyan dengan mereka. Ada yg sy emailkan (ex opismate, kwn2 lama). Rata-rata mereka kata "Arwah tak nampak kekurangannya.. nampak macam baby normal je." Saya rasa itulah kurniaan Allah, dia pergi dalam keadaan yang TERBAIK.

Abang pun share gambar Hayyan dgn kawan2 opisnya. Opismate abg (yg wanita) menangis bila lihat, siap pergi ke bilik air untuk basuh muka. Bila keluar, dia kata "Amin, ko jagala si yan tu baik2 ya..". Halusnya perasaan wanita kan. Hehe.
Ok mari bercerita..

Bila Hayyan dilahirkan pada 9.39am, saya rasa lega dan tak sabar nk lihat wajahnya. Dalam keadaan saya sedang dijahit, doktor bawa Hayyan kepada saya. Hayyan tak buka mata, Hayyan masih bernafas tapi wajahnya pucat. Tiada tangisan dan raungan.. "Awak tengok anak awak ya. Sah penyakit tu".

Dalam setengah jam kemudian, saya selamat dan dibawa keluar dari bilik bedah. Hanya mampu disorong dan terbaring. Kemudian saya nampak abang yang sedang menunggu. Di sebelah abg ada baby cot. Saya tau Hayyan di situ.

Abang datang pada saya, namun dia biarkan saja Hayyan dalam cot tu. Saya rasa pelik. Saya minta melihat Hayyan, tapi Hayyan dah dibalut dgn kain. Wajahnya ditutup. Saya terkejut dan menangis..
"Hayyan dah tak ada.. B dah tau kan.."
"Tak! kat bilik bedah td Hayyan ok.. td dia ada.."

Abang memujuk saya. Sesekali dia mengesat airmatanya. Saya melihat Hayyan. Indah sungguh wajah dia. Tak terlihat pun kekurangannya. Ya Allah, dia pergi juga. Saya cium pipinya. Putih dan gebu. Saya cium matanya, hidungnya. Alahai comelnya.

Kekasihku, jangan bersedih lagi
keringkanlah titisan airmata di pipi..
Kekasihku, tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga, halangan yang melanda
Melenyapkan, impian bersama..
Jangan dikesali atas apa yg terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya, membuahkan bahagia...

Thursday, April 10, 2008

Ipar

Terlintas di hati untuk menaip tentang ipar kerana saya masih tinggal di rumah mertua saya. Di sini, saya ditemani tok, umi, ayoh (ayah), Afif dan adik ipar lelaki saya yang muda setahun dari saya. Suami saya di KL.

Walaupun di rumah keluarga, saya masih mengenakan tudung seperti saya berada di luar. Saya sudah biasa. Begitu juga jika ada perhimpunan keluarga seperti hari raya & majlis perkahwinan. Pernah sekali saya ditanya oleh sepupu kecil,
"Mengapa kak pakai tudung lagi? Semua dalam rumah ni kan keluarga kita?"
"Ya memang keluarga. Tapi kan dengan sepupu dan adik ipar kena tutup aurat juga.."
Dia mengangguk-angguk.

Dan baru-baru ini, adik ipar saya memohon kerja di KL, tak jauh dari rumah kami. Saya sendiri mengajak adik ipar saya untuk tinggal bersama kami memandangkan rumah kami mempunyai 5 bilik. Terlalu banyak bilik untuk kami sekeluarga. Adik ipar nampak gembira.

Jika jadi, saya kena pakai tudung di rumah.. Harap-harapnya Afif tak confius dengan mamanya!

- Peluang adik ipar mendapat kerja di situ sangat tinggi kerana dia direkomen oleh Abang Long saya sendiri.
- Haram membuka aurat begitu juga bersentuhan. Sayang sangat bagi muslimah yang bertudung di luar jika di dalam rumah dibuka pula. Cubalah perfect kan penjagaan aurat kita.

Friday, March 14, 2008

Perginya 'Yang Hidup'

Maaf lama tak update. Saya masih 3 minggu dalam pantang. Sekarang saya berada di rumah mertua di Kelantan, sambung berpantang di sini. Ada internet, dapatlah online.

Alhamdulillah sy selamat melahirkan anak ke-2 pada 15 Februari yg lalu di Hospital Serdang. Kali ini melalui pembedahan LSCS (Lower Segment Caesarean Section). Namun hayat putera kami, yg kami namakan *Muhammad Abid Hayyan tidak dapat bertahan lama.. Arwah Hayyan meninggal dunia selepas dilahirkan.

Sewaktu anak Rasulullah, Ibrahim meninggal dunia, baginda memangku jenazah anaknya lalu menitiskan air mata. Ya, Nabi menangis.. Bila ditanya, jawab nabi,
"Aku melarang raungan akan kematian. Namun jika sekadar mengalirkan air mata, ia adalah suatu rahmat dan menunjukkan kelembutan hati. Siapa yang tiada rahmat, maka dia tidak dirahmati Allah,"

Sedih. Sabarlah. Sementara saja.

Dan akan datang di akhirat nanti ketika semua manusia dihimpun untuk dihitung untung nasib mereka.. Tiba-tiba datang anak-anak kecil yang comel dan berseri-seri wajah mereka. Mereka berlari-lari sambil mencari-cari. Di tangan mereka ada cahaya, sementara sebelah tangan lagi memegang cawan emas berisi air. Di saat semua orang menggelupur kehausan, anak-anak itu mengendahkan. Kata anak-anak itu,
"Kami adalah anak-anak Islam yang meninggal dunia ketika kecil. Air ini kami bawakan hanya untuk orang tua kami,"

'Bergembiralah kerana dia akan menanti bonda & ayahanda di sana. Penebus & mberi syafa'at. Semoga ujian ini mengangkat martabat kalian berdua di sisi Allah' (SMS dari Kakteh. Terima kasih)

Gembira. Saya akan menanti saat bertemunya semula. Harapnya di sana nanti keadaan saya juga berseri-seri :) Terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai yang datang melawat (walaupun tiada baby hmm), sms yg disertakan doa dan ucapan takziah, dan juga sahabat yang telah bersedekah kepada arwah. terima kasih tak terhingga..

Saya akan taip posting tentang pengalaman saya ketika melahirkan arwah Hayyan. Sekadar merakamkan kenangan.

* Muhammad - Yang Terpuji
Abid - Hamba Yang Rajin Beribadah
Hayyan - Yang Hidup

Sunday, March 09, 2008

Maal Hijrah & Perancangan Kewangan

’Jgn lupa ptg ni (sblm maghrib) baca doa akhir th & doa awal th lepas maghrib’
‘Sudah baca doa? Umi dan ayah esok btolak ke kl’

Petikan SMS dari umi. Dah menjadi rutin umi hantar reminder setiap maal hijrah, nisfu syaaban dan lain-lain pada setiap tahun. Terima kasih umi. Dan hari ini umi dan ayah bertolak ke KL dari Pasir Mas. Moga selamat sampai kedua-duanya.

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua. Kita gandakan azam kita, sempena juga tahun baru 2008 ni. Rancang kehidupan dunia dan akhirat. Jadikan azam tu lebih spesifik.. Macam doa lah juga. Doa kita setiap hari pun kena spesifik kan.. Contohnya ”Tahun ni aku nak jadi muslimah yang lebih baik..” Tapi baik dari segi apa? Lebih baik kita spesifikkannya – ”Tahun ni aku nak tutup aurat”, Atau ”tahun ni aku tekad tak mau lengah-lengahkan solat..”

Azam juga adalah perancangan. Tak semestinya setahun sekali. Untuk sasaran jangka masa panjang, azam 5 tahun juga boleh diaplikasikan.. Mereka yang sudah berkeluarga terutamanya, adalah sangat-sangat digalakkan mempunyai azam jangka panjang macam ni. Lebih indah bila plan sesama suami-isteri J Contohnya ”dalam 5 tahun ni aku nak usaha habiskan study master aku, dapat kerja, dan ada rezeki nak cuba memiliki sebuah rumah sendiri”. Atau ”Dalam 5 tahun ni aku nak cukupkan duit untuk hantar mak dan abah pergi haji”. Sekadar contoh sahaja ya... Ringkasnya, kita cuba buat yang terbaik dengan perancangan yang dah dibuat tu. The rest, kerja Allah.

Saya hanya berkongsi sedikit maklumat dari pengalaman dan bacaan dari buku. Kita sama-sama mengingatkan antara kita.

Hm lagi satu, perancangan kewangan juga sgt penting. Macam mana kita nak get the highest profit of our savings. Baru-baru ini duit pelaburan yang saya handle dah mencapai keuntungan 13% dalam masa 3 bulan! Alhamdulillah, thanks to the beauty of unit trust (unit amanah) investment. Ramai orang mempunyai stigma dan blueprint bahawa UT investment ni mempunyai risiko rugi, kurang dipercayai, kena ada duit yang banyak dan lain-lain. Hmm hakikatnya sangat berbeza.. banyak lagi kelebihan lain yang kita pun tak sangka kalau kita tak ambil tahu.

Friday, January 11, 2008

Selamat Datang Ke Dunia Pendidikan!

SMS di awal pagi rupa-rupanya dari Amni. ‘Saya sekarang jadi tutor di UDM’ katanya. Seronok saya mendengarnya. Begitu juga dengan Kak Teh. Sekarang dia pun dah jadi pensyarah. Alhamdulillah. Tahniah kepada dua beradik ini.

Ramai kalangan kawan-kawan saya menjadi pendidik. Saya sendiri rasa teruja. Ada yang mengeluh kerja banyak, ada yang seronok menimba pengalaman baru. Saya harap saya jadi seperti mereka juga nanti. Just a matter of time.. InsyaAllah!

Oh ya, ni gambar siapa ya?



Fernando Torres datang ke Malaysia ke?......

The 'Death Bringing' Dysplasia

Thanatophoric dysplasia (TD) Type 2 is the most common form of skeletal dysplasia that is lethal in the neonatal period. The term thanatophoric derives from the Greek word thanatophorus, which means "death bringing". Characteristics of TD include severe shortening of the limbs, a narrow thorax, macrocephaly, and a normal trunk length.

Infants with this condition have disproportionately short arms and legs with extra folds of skin. Other signs of the disorder include a narrow chest, small ribs, underdeveloped lungs, and an enlarged head with a large forehead and prominent, wide-spaced eyes.

An unusual head shape called craniosynostosis ("cloverleaf skull") is seen with type 2 thanatophoric dysplasia.

Infants with TD are usually stillborn or die shortly after birth from respiratory failure; however, some children have survived into childhood with significant medical help. These children are severely mentally handicapped due to a variety of brain abnormalities and have difficulty breathing on their own.

Menyedari keadaan kandungan, saya telah diberi pilihan untuk menggugurkan kandungan pada pertemuan pertama dgn Dr. Norazimah dahulu. Tapi saya berniat untuk meneruskan juga jadi Dr. Norazimah anggap bahawa that is not an issue anymore.

Disebabkan kandungan sudah besar.. saya hanya boleh melahirkan dengan kaedah pembedahan caesarean. Alahai, saya paling takut kena caesar ni. Bagi saya, biarlah sesakit manapun bersalin biasa, asalkan bukan caesar. Tak boleh bersalin normal kerana..

- Saiz kepala baby terlalu besar. Secara relatif, 6 minggu lebih besar dari sepatutnya. Dan mungkin lebih besar lagi..
- Keadaan tulangnya yang abnormal tidak dapat membantunya untuk ‘turun’ semasa proses kelahiran secara normal. Dia tak mampu push himself/ herself out..
- Air ketuban yang terlalu banyak boleh menyebabkan kelahiran normal sukar bagi saya. Luka besar dan perndarahan yang banyak boleh berlaku.
- Boleh menyebabkan kematian baby serta merta.

Ok, saya dah banyak membaca dan bertanya dgn kawan2 tentang caesar ni. Jadi, isu ini selesai. Isu kedua ialah – memandangkan air ketuban terlalu banyak, saya ada risiko premature labour (melahirkan anak yang tidak cukup bulan). Dr Baskaran dan Dr. Norazimah memberi pilihan sama ada saya mahu bersalin sekarang (sebelum 37 minggu usia baby) atau menunggu saja waktu untuk dilahirkan. Menurut mereka, kedua-dua pilihan saya itu tidak mempengaruhi keadaan baby selepas lahir.. Lahirkan sekarang atau menunggu waktu adalah sama saja. Kata Dr. Baskaran, "You deliver now or you just wait, the outcome is still the same.. there is no hope for the baby to survive." Kejam saja bunyinya.. :(

Pelbagai nasihat dan saranan dari keluarga dan rakan-rakan. Antaranya...

- Jika saya mahu bersalin sekarang, saya perlu dapatkan pengesahan dari pakar psikologi (Dr. Norazimah akan uruskan, katanya). Prosedur ini perlu kerana undang-undang perubatan di Malaysia tidak membenarkan kelahiran sebelum 37 minggu kecuali mendapat pengesahan dari segi medikal dan mental. Kemudian, saya set tarikh bila untuk bersalin, dan bersedia ke bilik bedah. Setelah bersalin, saya boleh get over it dan teruskan kehidupan macam biasa dengan lebih cepat.

Atau

- Jika saya mahu menunggu, saya mungkin boleh bersalin bila-bila masa saja kerana risiko premature labour tadi. Boleh wujud keadaan 'emergency caesar'. Saya juga perlu menanggung proses mengandung seperti yang saya alami sekarang. Perut saya semakin besar, saya sering sesak nafas dan saya tak mampu jalan lama-lama. Percayalah, ia bukan seperti proses mengandung yang normal.. huhu.. Boleh saya katakan.. seksa juga..

Doktor-doktor tu beri saya tempoh seminggu untuk beri jawapan. Tapi saya minta lanjutkan tempoh, jadi minggu depan baru saya beri jawapan. Sebenarnya saya dan abang dah ada jawapan sendiri, tapi saya alu-alukan pendapat semua..

Sunday, January 06, 2008

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger