Saya nak post tentang si Afif Harraz ni pula. Nanti dia dah pandai membaca, risau dia merajuk.. 'Mama tak cerita pun tentang saya dalam blog mama?' Alahai, sekarang ni Afif merajuk memanjang, muncungnya panjang..
Harijadi Afif jatuh pada 21 Februari lalu, lebih kurang seminggu selepas saya bersalin Hayyan. Ulang tahun yang ke-2. Hadiah harijadinya? Selain hadiah mainan yang murah (mahal pun jahanam juga akhirnya..heh), abang bawa Afif ke kedai gambar. Buat gambar pasport.. Tiap-tiap ulangtahun kami akan buat gambar pasport dia untuk kenang-kenangan.
Babak-babak semasa photoshoot --->
Abang punya angkara, rambut Afif jadi bertepek-tepek.. Banyak sangat letak baby oil. Siap ada antena lagi kat rambut tu. Hehe.
Gambar-gambar Afif sejak kecil sampai sekarang -->

Usia : 10 Hari. Sedang belajar bernafas sendiri dalam kotak oksigen. First time without ventilator/tube. Meronta-ronta tendang kotak tu. Hmm masa ni dah tido, penat meronta kot.


dua belah tangan.
Usia : 1 Tahun 6 Bulan. Sudah pandai dibawa berbincang. Gambar diambil ketika ayah bagi lecture 'kenapa afif suka letak cawan merata-rata'. Cawan di sebelah tu adalah 'bahan bukti'.
Usia Afif: 1 Tahun 11 Bulan. :)
5 Comments:
x pernah lg dpt tgk 'kenakalan' afif. bila jumpa jer, dia control & malu2. hehehe.
hensem la afif ni yan..dalam gambar nampak macho je..:)
-sherry-
Betul aa Nora... Dia malu...!!
Anak ku pun mula2 malu gak jumpa orang.. tapi dalam 10 min camtu, dia dah reti aa nak bergaul...
hihihi...si Afif yang pemalu. skrg pemalu lg ke yan? lame x jumpe afif n mama afif nih
kak nora > Dia mmg pemalu. Dasyat sangat malunya..
Sherry > Welcome to my blog, old fren.. :) Anak awak si Aqiel pun hensem juga.
Mr Rizal > Aku pun pelik dgn anak aku nih.
Kak Nurul > malunya sampai sekarang.. Ada ubatnya?
Post a Comment