Liverpool Ada Standard!

Saat yang dinanti-nantikan.. (sejak 1990)



RAFAEL BENITEZ’S transfer kitty will be “hugely enhanced” by Liverpool’s record-breaking shirt sponsorship deal.

Managing director Christian Purslow has vowed that a chunk of the cash from the £80million four-year contract with Standard Chartered will be available to spend on new signings.

The biggest commercial deal in the club’s history starts in July 2010 and runs until the end of the 2013/14 season.


No more jenama haram..

Kami dah boleh beli Liverpool Kit yang original :)


Afif bergaya dengan LFC Kit cap ayam..


Ya, dia suka Fernando Torres macam mama dia..


We're Liverpool!!!

Tuesday, September 29, 2009

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri kepada semua. Kesempatan ini, kami ingin memohon maaf
atas apa jua
kesalahan yang telah kami lakukan.
Dan semoga kita dapat keberkatan
di bulan Syawal yang mulia.




Tahun ini kami beraya di Seri Kembangan sahaja. Rindu
pula tak dapat travel jauh.
Oh ya a few pics Afif yang ...

Melentok manja dengan PakCu nya.


Smart dan baik bila Mama ada..


Tapi sekejap aje!
A few minutes later, Afif dah mula..

Bergusti dah dengan Pak Cu!


Songkok pun entah ke mana..


We are so gonna miss Ramadhan...

Monday, September 21, 2009

Sakit 7 Hari --> Sakit jantung(?)

Assalammualaikum.
Rindunya pada blog ini.

Beberapa minggu yang lalu adalah minggu-minggu yang sangat mencabar dan menguji keimanan saya sekeluarga. Bulan Ramadhan yang sangat menguji.

Sakit Selama 7 Hari.

Setiap kali masuk ke kelas, saya rasa tak sedap badan. Saya tahan. Saya perlu mengajar. Students sudah sedia mendengar. Dada rasa sukar bernafas, seakan angin menolak-nolak untuk keluar. Loya, mahu muntah. Angin tadi naik ke kerongkong. Saya rasa seperti tercekik. Angin tu terus naik kepala, masyaAllah sakitnya.

Ketika tu saya tak mampu lagi nak berdiri. Badan sudah terketar-ketar hampir saja hendak pitam. Sudahnya saya pulang ke rumah/klinik dan rehat. Ia berlaku selama 7 hari :(

Masuk Wad. Sakit jantungkah?

Hari ke-7, Abang hantar ke klinik kesihatan. Mengikut bacaan ECG yang dibuat, ada bacaan jantung yang meragukan. Saya dimasukkan ke wad Hospital Pontian. Saya memakai tiub oksigen untuk bernafas, dan dimasukkan ubat pencair darah selama 2 hari. Setiap 6 jam, sampel darah diambil untuk diuji supaya tidak terlebih cair. Pendarahan dalaman boleh berlaku jika darah terlebih cair.

Saya rasa bimbang sebab selama 2 kali saya ke klinik swasta sebelumnya, doktor di klinik swasta suspek gastrik sahaja. Bila ditanya pada doktor yang bertugas di hospital di sini, beliau jawab, 'awak masuk wad sebab sakit jantung, bukan gastrik!' Dan doktor tersebut langsung tak menyentuh saya untuk diperiksa.

Hospital ini tiada pakar jantung. Walaubagaimanapun, seorang staf nurse memberitahu bahawa atas rundingan dengan pakar jantung di hospital di JB, maka saya diberikan ubat jantung.

Kasihan Afif.

Kebetulan Abang sedang berada di Pontian semasa saya sakit. Nasib baik. Abang lah yang menjaga Afif sepanjang 4 hari saya di wad hospital Pontian. Setiap malam Afif menangis memanggil saya. Kalaulah Afif dibenarkan melawat saya, tentu Afif tak terlalu rindu..

Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan melawat. Sedih.

Ditukarkan ke Hosp. Serdang.

'Cik Nah akan arrange supaya Yan dapat transfer ke Hosp. Serdang. Sana ada pakar jantung'

Atas nasihat dan request ibu saudara, saya dihantar ke Hospital Serdang. Lebih dekat dengan keluarga dan lebih puas hati kerana saya akan diperiksa oleh pakar jantung di sana. Pertama kali dalam hidup, saya akan pulang ke KL (kampung sayalah..) dengan ambulans. Dan tak sangka pula terus pulang beraya. Erti kata lain, saya pulang beraya ke kampung dengan ambulans..huhu sedih je bunyinya.

Sangat puas hati berada di sini. Saya diexamine oleh 2 orang pakar jantung, Dr. Fazli dan Dr. Ainul Saher. Mereka periksa serba serbi.. Kata-kata mereka lembut dan mereka menjawab semua persoalan yang bermain di fikiran saya.

Saya rasa saya gastrik sahaja, bagaimana boleh sakit jantung pula?
Doktor, bacaan ECG saya bagaimana?
Bila boleh saya pulang? Saya nak balik raya lah doktor... (dengan muka sayu)

Selama berada di Hospital Serdang ni, sakit saya beransur kurang. Syukur alhamdulillah.

Hakikatnya.

Menurut kata pakar jantung tadi, sebahagiannya, adalah..

'Bacaan ECG memang tidak normal. But it's ..... (tipikal A ke apatah dia sebut. Saya lupa..). Awak masih muda dan aktif. Mungkin sekadar gastrik yang teruk. Tapi kita nak awak buat OGDs, stres kardio test dan scan jantung untuk betul-betul sure. Kita lakukan selepas raya. Awak jangan bimbang. Awak boleh balik..'

Menitis air mata bila dengar. Berhari-hari saya tak dapat jumpa Afif. Dan akhirnya dapat balik!
Kata-kata doktor di hospital ni berbeza sangat dengan doktor di hospital sebelum ni. Alhamdulillah ya Allah!

M.C. paling lama.

Saya perlu rehat yang banyak. Saya masih rasa sakit di dada, tercungap-cungap dan sesekali rasa bagaikan tercekik di kerongkong. Dan doktor di sini sangat memahami. Saya diberi 11 hari MC, sehingga selepas raya. Rekod MC kerajaan yang paling lama. (semasa mengandungkan anak kedua, saya pernah ditawarkan MC kerajaan untuk selama mana yang saya mahu. Tapi ketika itu saya tak bekerja)

Tentulah gembira. Saya tak perlu pulang ke Pontian dan patah balik ke KL semula untuk beraya kan..

Batal rancangan.

Tahun ni beraya di KL saja. Saya perlu rehat dan rasanya tak larat untuk pulang ke Teluk Intan, Lenggong mahupun Kelantan. Syukurlah sekurang-kurangnya tak perlu beraya dalam wad.

Thursday, September 17, 2009

Tergendala...

Salam..
Humyrah akan menghentikan blog buat seketika kerana dia sekarang ditahan di dalam wad akibat sakit jantung.
Diharap doakan supaya dia cepat sembuh.


(updated by: Suami humyrah)

Friday, September 11, 2009

Apa Yang Sibuk Sangat...

Assalammualaikum dan selamat beramal...!

Sibuk Tapi Seronok


Kerja untuk kelas UTM semakin banyak. Kena siapkan sebelum hujung minggu ni. Dan saya kena siapkan kerja-kerja pusat sumber kolej. Siapkan surat beranak untuk setiap judul buku, daftarkan ke dalam sistem automasi pusat sumber dan akhirnya dilabel mengikut kod-kod tertentu. Bukan mudah.. Tuntutan kerja (sampingan ni..) membawa kepada kerja di hari minggu.

Bekerja pada hari Sabtu untuk siapkan pusat sumber kolej...? Jangan salah sangka ya. Saya sebenarnya cukup seronok dengan kerja ni. I enjoy my work, very much :)
Cuma saya harap saya dapat habiskan kerja ni dengan lebih cepat.

Cat Rumah

Di rumah, saya, Abang, Ajib dan Afif sibuk mengecat rumah. Nak beraya sakan ni. Ni adalah pertama kali kami mengecat rumah sewa di Pontian ini. Walaupun ada yang kurang setuju untuk mengecat rumah sewa (sebab ia sewa..) tapi saya rasa cukup berbaloi. Hasilnya, rumah kami nampak lebih luas dan 'bernyawa'. Dan ia menghasilkan mood yang lebih baik. Warna yang kami pilih adalah gabungan raspberry (feature wall) dan almost pink (other walls).

Alhamdulillah dah selesai mengecat kecuali grill dan gate. Sudah terlalu berkarat, tak sabar nak cat!



Hmm.. warna sebenar mungkin sedikit berbeza dari gambar.

Persiapan Raya

Alhamdulillah segalanya telah siap tersedia seperti yang dirancang. Baju-baju raya yang dihantar kepada tailor sejak April lalu dah sampai di tangan. Begitu juga baju yang lain dah siap shopping. (Juscoing sakan..) Kuih raya yang ditempah akan dapat minggu depan. Wang perjalanan ke kampung dan duit raya untuk saudara mara sudah ditabungkan. Zakat dan derma selesai. Hmm apa lagi ya? Oh ya cuti pun dah lulus.. (yeay!)

Seronok untuk beraya, belum puas dengan Ramadhan.

Aidilfitri akan bermula di sebelah saya dahulu. Bergerak dari Kuala Lumpur-Teluk Intan-Lenggong. Jika ada kelapangan barulah akan ke sebelah suami. Dan syukur Alhamdulillah kereta saya boleh guna RON95.

Wednesday, September 02, 2009

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger