Konsert SATU Siti Nurhaliza


Saya baru je beli tiket untuk konsert beliau di Istana Budaya. Yang tak best tu, harga tiket yang medium semua dah sold out. Maka saya telah pun mencipta sejarah dan rekod yang tersendiri. (puasa penuh Rejab-Syaaban untuk ganti duit woo..isk..)

Saya bukan peminat beliau yang fanatik. Tapi rasa macam nak tengok konsert tu kali ni. Sebelum ni saya pernah ke konsert beliau yang free di Bukit Jalil dulu.

Kali terakhir ke Istana Budaya rasanya masa pementasan Tun Perak (Jehan Miskin dan Fasha Sandha). Masa tu Afif pun tak lahir lagi. Teringat bagaimana saya dan Abang pergi ke belakang dan terserempak dengan Jehan. Dia yang guide arah ke surau.

Well saya harap Istana Budaya hasilkan persembahan yang berbeza..

Tuesday, May 26, 2009

Kasih Ibu Tertanggung

Seorang kawan sepejabat hadapi masalah kesihatan anak, lalu riuh rendah ofis bercerita tentang kesihatan anaknya. Saya tumpang simpati. Masing-masing bercerita tentang perit jerih menjaga anak masing-masing.

"Aku dulu tak dapat tidur.. "
"Anak aku tiba-tiba biru satu badan....."
"Dia tak boleh nak menyusu.. asyik muntah saja"

Saya tak bercerita tentang pengalaman saya. Saya hanya mendengar. Kemudian saya teringat tentang pelbagai pengalaman mengandung, melahir dan membesarkan Afif. Sangat sukar hingga saya fikir, bagaimana saya dapat menanggung semua? Sungguh saya rasa pengalaman kawan-kawan tadi sedikitpun tak setanding dengan pengalaman yang telah saya alami (dan sudah tentu pada orang lain, pengalaman saya tak setanding mereka pula)

Afif lahir 3 tahun yang lalu. Anak pertama, maka pengalaman memang zero. Masa tu saya kerja swasta di Cyberjaya. Saya ingat lagi, saya sering m.c. dan ambil leave sebab Afif yang sentiasa kurang sihat. Dah tak kisah bila bos atau orang lain mengata apa, sebab Afif adalah keutamaan saya..

Antara pengalaman yang saya ingat..
- Doktor ambil air dari tulang belakang Afif semasa dia berusia beberapa hari.

- Setiap kali Afif kencing, darah akan keluar bersama air kencingnya.

- Afif beberapa kali kena 'tukar darah'.

- 2 kali Afif berhenti bernafas tiba-tiba, hingga nurse berlari ke incubator.

- Paru-parunya dikategorikan sebagai 'tidak normal, ibarat jalan tar yang dikorek dan ditampal semula'

- Afif jalani operation membetulkan usus semasa 2 bulan.

- Selepas lahir, Afif tidak mahu menyusu, malah tidur setiap masa. Kerana dia lahir tak cukup bulan (27 minggu), dia sangka dia masih di dalam rahim saya. Saya terpaksa menyusukan menggunakan syringe setiap 3 jam tak kira siang atau malam. Memerah susu badan saja sudah memakan masa sejam, jadi setiap hari saya hanya tidur beberapa jam. Menambah cabaran, syringe yang saya berikan seringkali Afif muntahkan semula.. Kadangkala menitis airmata saya..

- Saya struggle selama 3 minggu di dalam wad untuk mengajar Afif menyusu badan dan berusaha memastikan berat Afif capai 1.6kg supaya boleh keluar dari wad. Selama 3 minggu saya dalam wad NICU, hanya Abang yang dibenarkan melawat. Saya seorang yang tinggal, orang lain paling lama pun 8 hari saja dalam wad tu. Saya sering bertukar kawan dalam wad tu. Mereka semua datang dan pergi.


Aduhai tiba-tiba saya rasa nak nangis. Jap ya, nak kesat airmata...
Ada banyak lagi pengalaman nak tulis, tapi saya dah jadi sebak pula. Lain kalilah ya.




Mungkin lambat sikit, Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu :)

Sesungguhnya pengalaman jadi ibu ni tak ternilai. Ya Allah, saya sangat bersyukur..

Monday, May 18, 2009

Stress Sekali

Peperiksaan Sem 1 baru berlalu. Walaupun 2 paper saja, tapi kerana dah lama tak attend final, saya rasa macam susah. Ditambah dengan kesibukan kerja; assignments yang perlu dihantar, kerenah Afif dan macam-maca lagi. Saya rasa..

Saya stress buat pertama kali. Kerja dan study.

Migrain berhari-hari. Muntah-muntah. Dan sakit dada. Sakit hingga saya tak boleh bergerak. Kata doktor "U dah sampai limit. Dapatkan rehat,"

Berhari-hari saya tidur hingga 3-4 pagi. Bila nak rehatnya? Saya kata pada diri sendiri 'Benda ni sekejap je. Selepas weekend ni, habis je final ni, saya akan OK. Saya akan happy bila kenangkan bahawa final sudah berlalu.'

Alhamdulillah. Semua sudah BERES!!!

Mak aii... dasat gila hidup saya. Tapi saya rasa seronok sangat.. Saya tak menyesal begini, saya akan hadapi dan tangani dengan lebih hebat lagi! Terfikir apakah result sem ni...

Monday, May 11, 2009

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger