Peneman


Saya sudah ada teman serumah yang baru. Adik bongsu saya, Ajib, menjadi peneman saya dan Afif di Pontian. Ajib meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam di Sek. Men. Dato' Penggawa Barat, Pontian sebaik tamat SPM. Ajib ialah Pak Cu Afif.

Seronok ada peneman. Afif sudah ada kawan baru untuk bermain, bergusti, bergaduh dan bergurau . Saya pun tak risau sangat kalau pulang lambat dari kerja sebab Ajib akan ambil Afif dari daycare.

Dan kalau saya terlupa beli sesuatu barang di kedai, Ajib akan jadi runner saya. Maklumlah, naik motor kan lebih senang dari kereta... :)

Bukan tu saja. Adik bongsu saya ni rajin bantu saya..

'Ajib, tolong buangkan sampah..'
'Jangan lupa kuncikan gate'
'Tolong tukarkan mentol ni..'

Macam handyman lah pulak!

Dan saya terharu bila lihat Ajib bangun dari tidur sendiri untuk bersahur. Kadang-kadang bila saya terjaga pukul 2-4 pagi, saya terlihat dia sujud di sejadah. Solat dan belajar. Aduhai, dulu masa zaman belajar saya pun selalu buat macam tu. Tapi sekarang?

Saya selalu lalai dan menganggap masa sebagai alasan. Astagfirullah...

Terima kasih Pak Cu Ajib!

Sungguh.. Saya banyak belajar dari peneman saya ni.

Sunday, July 26, 2009

Ayat-ayat Afif

Ayat 1
Situasi berlaku di rumah Abah dan Mak di Balakong. Macam biasa, Abah dan Mak akan layan segalanya dengan cucu mereka.
Mak : Abah, jomlah kita tukar kabinet TV ni. Buruk sangat dah rupanya..
Abah : ............
Afif : (datang dan berbisik ke telinga Mak) Opah, Atuk ada sepuluh sen aje.
Abah : (senyum dan terus mencium-cium Afif)
Mak : Bertuahnya cucu Opah!
Kami semua ketawa!

Ayat 2
Di rumah saya di Pontian. Kami sedang berehat di ruang tamu sambil menonton TV bila Afif sibuk bermain (sambil sepahkan rumah).
Saya : Afif, mainan yang Afif tak main tu, kena masukkan semula dalam kotak mainan tu. Afif faham tak maksud Mama?
Afif : Afif tak faham..
Abang : Afif kena dengar cakap Mama. Allah marah kalau tak dengar..
Afif : Allah tak marah..
Saya dan Abang geleng kepala. Afif sengih-sengih je.

Ayat 3
Alhamdulillah, Afif dah pandai buang air besar + kecil sendiri. Hanya perlu observe. Sejak mencecah 3 tahun, saya rasa senang sangat menjaga dia. Malam pun tak pakai pampers. Memang jimat. Yang saya tak tahan...
Saya : Afif, pakai lah seluar. Dah kencing tadi kan. Pakailah, kan malu tak pakai seluar.
Afif : (sambil tunjuk pada seorang gadis barat yang pakai seksi di TV) Mama! Tu! Orang tu tak pakai seluar..
Ayak! Saya yang jadi malu. Terus tukar channel la..

Ayat 4
Afif gemar bertanya. Banyak sangat soalan yang bermain di fikirannya. Satu ketika sedang kami bersama menonton satu iklan (Celcom rasanya). Seorang wanita memandu kereta di jalanraya yang indah, kiri-kanan pokok-pokok yang memayungi perjalanan wanita itu.
Afif : Mama, orang ni pergi mana?
Saya : Aaaa.. (cari idea)... Orang ni nak berjalan-jalan.
Afif : Jalan ke mana? (muka beriya menunggu jawapan)
Saya : Aaaa... (adoi, apa ya?) Dia nak pergi malawat Mama dia..
Afif : Rumah Mama dia kat mana?
Saya : Er.. (huwa!) Rumah Mama dia jauh..
Afif : Jauh tu kat mana?
Saya : Jauh kat KL. Macam kita nak balik KL jumpa Opah. Kan rumah Opah jauhh...
Afif : Oh!
Lega bila Afif sebut 'Oh!'. Itu petanda dia memang dah faham. Dan saya akan rasa lega. Risau juga, seolah saya macam menipu Afif je.

Ayat 5
Satu masa, saya dan Abang terpaksa tinggalkan Afif untuk dijaga oleh adik ipar saya. Masa tu saya dan Abang hendak menonton konsert Siti Nurhaliza di Istana Budaya (Kanak-kanak bawah umur 5 tahun tak dibenarkan masuk). Diceritakan semula oleh adik ipar..
Teh : Ayah dan Mama Afif pergi ke mana?
Afif : Ayah Mama tengok Siti.
Teh : Siti tu siapa?
Afif : Siti tu kawan Mama la..
Teh : ...?
Afif, Afif.. main goreng je ya..

Saya sudah bersedia untuk mengandung kali ketiga. Merancang sekali lagi. Doakan saya dipermudahkan. Ya Allah, kasihanilah saya.

Saturday, July 18, 2009

Sekejap di Pulau Pangkor

Sebaik saja tamat Kursus Induksi di Pulau Pangkor akhir bulan yang lalu, saya dan Abang merancang untuk bercuti sekejap di situ. Lebih kurang macam balas dendam sebab terpisah hampir 2 minggu gitu.. Tapi yang lebih menarik, Abah dan Mak join sekali.

Kami sempat bersnokling, boat trip dan bermandi-manda di pantai. Pulang je ke hotel, terus sambung mandi di swimming pool dan pulang ke KL malam yang sama. Sekejap tapi sangat seronok. Sempat juga shopping cenderahati untuk adik beradik dan kawan-kawan pejabat.


Afif dan Abang, Mak dan Abah. Masing-masing dah tak sabar snorkling di Pulau Giam..



Afif geram dengan air di tepi bot yang laju.


Diberitahu bahawa ini ialah batu buaya. Perhatikan batu di sebelah kiri.
Seakan seekor buaya sedang landing..



Dari kiri Mak, Abah, Afif dan Abang.



Lelaki ini berada dalam air hampir 2 jam. Kejar ikan katanya. Dapat ke?



Nape asyik nak buli atok ni..



'Meh Atok ajar berenang..' Rajinnya Abah melayan budak nakal ni.



Selamat tinggal Pangkor!

Monday, July 13, 2009

Jika Ini Hakikatnya...


Cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta

Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi

Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari

Wajah yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini
Fana ini

Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi
Tiada sempadan
Tak bisa ku lewati

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku
Menantimu walau sengsara
Jika ini ketentuannya

Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan raga
Jika ini ketentuannya
Kau kan jadi milikku jua

OST Puteri Gunung Ledang, Siti Nurhaliza & M. Nasir

Hakikatnya.. permohonan saya untuk bertukar kolej yang lebih dekat dengan Abang telah ditolak. Hakikatnya, saya perlu tunggu lagi. It's ok :)

Thursday, July 09, 2009

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger