Saya Dianiaya!

Saya dah hilang sabar dan dianiaya. Police report bertarikh 5 Ogos 2008 di bawah meringkaskan apa yang telah berlaku :

PADA 30/06/2008 SAYA TELAH MENYEWA SEBUAH RUMAH DI ALAMAT : NO. 586, JALAN ******** , TAMAN ********, PONTIAN MELALUI EJEN RUMAH SEWA IAITU ENCIK BODO. SAYA JUGA TELAH MEMBAYAR DUIT DEPOSIT RUMAH + API + AIR + SEWA RUMAH BERJUMLAH RM 720. APABILA SAYA DAPATI RUMAH ADA LUBANG YANG BESAR DAN SAYA MENYURUH ENCIK BODO UNTUK MEMPERBAIKINYA TETAPI BELIAU ENGGAN. APABILA SAYA HENDAK MENGGUNAKAN DUIT DEPOSIT RUMAH UNTUK SEWA BULAN TERAKHIR KERANA SAYA HENDAK PINDAH DARI RUMAH TERSEBUT TETAPI ENCIK BODO TIDAK BENARKAN UNTUK MENGGUNAKAN DUIT TERSEBUT. PADA JAM LEBIH KURANG 7.00 MALAM 04/08/2008 RUMAH SAYA TELAH DIDATANGI OLEH 3 LELAKI MELAYU YANG TIDAK DIKENALI MEMAKAI HELMET DAN MEMINTA DUIT SEWA RUMAH BULAN OGOS DAN KATANYA ENCIK BODO YANG HANTAR MEREKA. PADA JAM 8.00 MALAM 04/08/2008 SAYA TERNAMPAK MEREKA DATANG SEKALI LAGI DAN SAYA TERUS MELARIKAN DIRI. TUJUAN REPORT INI TIDAK PUAS HATI KEPADA ENCIK BODO DAN TAKUT TERJADI APA-APA HAL DI KEMUDIAN HARI KE ATAS SAYA DAN ANAK SAYA.
INILAH REPORT SAYA

Saya dianiaya oleh agen rumah sewa (rujuk 2 entri sebelum ini yang bertajuk Dugaan Baru). Saya sudah sampai di tahap hilang sabar, dicabar, malah saya rasakan keselamatan saya dan anak diancam.

Saya nekad. Memang saya berani, kerana kebenaran saya. Saya telah memarahi lelaki-lelaki yang datang tu bertemankan anak lesung batu di tangan saya.(Kita panggil dia 'budak-budak' la senang..) Saya kata kepada budak-budak tu; Mana Encik Bodo tu, mengapa sekadar menghantar orang, kalau berani datang ke mari!
Alhamdulillah tak lama lepas tu jiran saya keluar dan lelaki-lelaki tu pergi..

Atas dorongan Abang, Bos (Pengarah), kawan-kawan sekerja dan jiran tetangga, keesokannya saya pindah rumah dengan cepat dan tergesa-gesa. Terima kasih kepada mereka kerana membantu saya pindah (Abang masih di KL ketika pindah).

Kepada Encik Bodo tu, saya halalkan duit saya. Duit deposit serta duit lain yang awak dah 'makan' tu bukan lagi di antara saya dan awak. Awak tanggunglah, kerana sekarang ia antara awak dan Allah. Atas dasar persaudaraan Islam, saya doakan awak insaf dan pulangkan wang atau rumah mereka (tuan rumah seluruh Pontian yang awak dah pedayakan). Fikirkanlah perbuatan ini dan hentikanlah. Dunia ini jika dikejar, ia makin jauh.

Tolong jangan hantar orang menggangu saya lagi.

Mereka ni macam lintah darat.. Di saat berjauhan dengan Abang, datang pula musibah sebegini.

Encik Bodo : bukan nama sebenar..

Tuhanku, jika dugaan ini kau kurniakan kepadaku, Aku sambut dengan dengan semangat dan keberanian.
Aku mohon agar dosa-dosaku diampunkan kerana keberkatan perjuangan kecil ini.
Moga kau permudahkan urusan ku, keluargaku dan sahabat-sahabatku.
Amin.

Wednesday, August 06, 2008

12 Comments:

Anonymous said...

salam yan..
Dasyatnyer..sian awak..
tapi tak pe..sesungguhnyer doa org yang teraniaya akan dimakbulkan tuhan..InsyaAllah
mungkin sesuatu yang buruk berlaku keatas seseorang kerana Allah ingin memberinya sesuatu yang berganda2 baik..
Dan tuhan hanya menguji hambanye yang mampu..awak mmg kuat yan..
apply tukar kolej lagi sekali tak boleh ke yan?org2 tu tau awak sorang2..suami jauh tu yang diorg berani buat mcm tu..

Opie said...

johor mmg cam nih...org2 nye ganas sket...ape2 pon yan take care ek....jage anak elok2....zaman skrg nih org mmg dah takde hati perut

NuRuL DhiA said...

sengal betul org2 tuh termasuk en bodo tuh. samseng, gangster. hati2 la pasni ye yan. seeloknya cari la teman serumah biar ramai skit, lebih selamat.

Humyrah said...

Update Entri : Akhirnya saya dapat berjumpa dengan tuan rumah (yang menyerahkan rumahnya kepada ejen En. BODO). Tuan rumah ni dah lama nak jumpa En BODO tu tapi En BODO tu melarikan diri. Tuan rumah berniat nak menyaman En. BODO tu.. Semasa saya membuat laporan di Balai Polis IPD Pontian, baru saya tahu bahawa sebelum ni sudah ada 20 laporan polis yang dibuat terhadap En BODO tersebut.


Sherry >> Setiap kali saya dianiaya, saya kan terus berdoa. Dan selalunya doa saya dimakbulkan Allah!

Huby saya memang tak dapat tidur dengan kejadian tu. Saya dah pindah rumah dan saya harap dia tak kejar dah.

Saya tak dapat tukar Kolej lagi la Sherry. At least ken tunggu jawatan saya disahkan, huk!

Kak Opie >> Saya tak maksudkan seluruh orang Johor, tetapi ini bukan kali pertama saya mendapat layanan 'hampeh' oleh orang di sini. Oh mengapa.. mengapa.. tak ada ke orang yang kesian dengan saya?? (rasa patah sayap bila suami tiada di sisi.)

Humyrah said...

Kak Nurul >> Samseng kampung dusun! Huhu. Dulu kat Seri Kembangan selalu (maksudnya 2 kali je) menyewa guna realtor @ agen hartanah. Tak pernah pun diorang samseng macam ni. Padahal mereka tu Cina, India. Mereka beretika dan amanah. Ini kan pula orang Islam. Astaghfirullah..

Saya harap tak terkena lagi pada orang lain.. Jauh-jauhkanlah..

Anonymous said...

yan, banyak2 sabar.
Tuhan sentiasa bersama awak.

♥ Mrs. C ♥ said...

Agaknyer dia tau yg tinggal umah dia tu org pmpuan dgn budak kecik, tu la sbb nak amik kesempatan... lepas ni kena la hati2 kan...

aliya said...

Salam,
Memang orang suka ambil kesempatan apabila mengetahui diri wanita seorang diri (tambah dgn anak kecil). Sabar, bijak bertindak dan beranikan diri, ok.. ingat Allah swt Maha Mengetahui.
Kak Aliya yang dah biasa tinggal seorang bila hubby keluar outstation memang ada kayu (hoki) serta handfon (dgn kamera digital) di rumah utk perlindungan. Kalau rasa ada yag tak kena, cepat-cepat bertindak, k.. Wanita sekarang tak mudah dibuli.

Frozen said...

encik bodo tu da macam along la plak...naseb ko da repot polis yan, terel la jugak ko bawak anak lesung kasik cuak diorang...kalo aku kat situasi ko mesti aku bingung jap..

pape pun bykkan sabo...ade la hikmahnye tu..

Humyrah said...

Kak Nana >> Allah bersama saya insyaAllah. Isk, hisk..

K. Connie >> Memang dia tahu. Sebab tu dia ingat saya takut..

K. Aliya >> Kayu hoki? Hebatlah kak. Yang terlintas ketika tu hanyalah lesung batu tu. Tu pun lagi sikit rasa memang nak hayun dahh.. Alhamdulillah, rasa berani tu ada, tu pun kerana teringat anak. Saya tak mahu dibuli.

Ben >> Ben, menjadi ibu ni buat aku rasa berani. Apa-apa hal anak comes first.. :)

Nora said...

mmg samseng sungguh diorg tu! xpe yan, doa lar byk². skali ni mungkin diorg akan terlepas tp xkan selamanya terlepas. dah ramai yg report tu, hidup si bodo tu takkan selamat lar sbb dah ramai yg 'mendoakan'. sabar yer yan... jaga diri & afif baik².

epon dura said...

wah... seronoknya dapat mengajar di pontian... tempat saya dilahirkan.. boleh tak kalau kita exchange tempat....saya sorang2 kat bangi nih ..husband kat ipoh

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger