en Route..

Saya sedang bersiap untuk bertolak ke Pontian. Barang-barang semua dah pack, tinggal tunggu Abang je datang bawa kereta untuk diletak di tepi lift.

Petang ini saya akan lihat rumah sewa di Pontian. Jika OK, terus pindah masuk. Khabarnya rumah di tepi pantai Pontian. Saya dah dapat no. contact daycare untuk Afif. Kalau ok juga, esok dah boleh hantar Afif.. Esok Abang akan pulang ke Seri Kembangan, saya tinggal dengan Afif.

Mungkin saya tak dapat online beberapa hari ni. Saya tak pasti.

Harapnya segalanya berjalan lancar..Jumpa lagi.

Sunday, June 29, 2008

6 Comments:

aliya said...

Semoga dipemudahkan segala urusan. Jadi 'weekend wife' pula la yer, hehehee..

estnora said...

sesungguhnya 'berjauhan' itu indah. indah kerana dpt menyelami erti rindu yg sebenar ;)

Ben Izzat Bin Mohammed Ses said...

takyah online dulu la...setelkan sume2 yang mane penting...pastuh bile lega sume..ko story la sini balik..

good luck yan...

Mr_Rizal said...

Betul Ben... story bila semua dah settle... baru cerita yang keluar tu menarik...!!

Humyrah said...

Kak Aliya >> Terima kasih mendoakan.. Weekend wife with weekend husband and a fulltime son. Hmm..

Kak Nora >> Rindu tu sentiasa ada. Jumpa tak selalu pula. Huk..

Ben >> Maksud online tu tak semestinya berblogging. Ia tentang ber-ym dan berfriendster dan segala ber-yang lain. Aku sebenarnya memikirkan, Kolej tu dah siap ke belum.. ada komputer ke tak.. Internet dah pasang ke.. Hehehe..

En. Rizal >> Mentang-mentang nama blog ni .:: cerita ::. .. Nak cerita yg best2 je..?

Ben Izzat Bin Mohammed Ses said...

ye ye...aku paham..ianya termasuklah bayo bil2..kalo ko bayo bil online la.. :)

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger