Surat Untuk Rafa Benitez

Assalammualaikum Salam Sejahtera En. Rafa,

Tahniah kerana berjaya ke Anfield bersama rekod yang hebat! Di bawah kendalian anda, pasukan kita telah berjaya keluar dari kelompok pasukan 'suka bertahan sambil malu-malu menyerang'. Malah anda adalah orang Sepanyol pertama yang mengendali pasukan hebat Inggeris memenangi Champions League (CL) dalam tahun pertama di Anfield! Syabas!!!

Saya menonton perlawanan akhir CL Istanbul bersama suami. En. Rafa, di Malaysia perlawanan Eropah ditonton pada pukul 3 pagi! Namun demi minat dan chenta saya kepada LFC, saya rela bersengkang mata. Saya berjaya memujuk suami untuk tonton sama, kerana suami saya bukanlah peminat bola. Terima kasih kerana menang dalam satu perlawanan yang sangat dramatik.. Saya nyaris mengalami fatal heart attack, namun sangat berpuas hati. Saya bangga dapat membuktikan pada suami bahawa LFC ni hebat.

Dan kejayaan kita disambung dengan meraih Super Cup 3 bulan kemudian. Superb start ya boss?

Humyrah
May 2005





Selamat Sejahtera En. Rafa,

Tak banyak yang nak ditulis. Tak apalah, setem pun murah saja. Saya ucapkan terima kasih kerana berjaya membawa pulang Piala FA ke Anfield. Perlawanan yang hebat. Sekali lagi saya hampir kena serangan jantung, mengingatkan saya kepada kejohanan yang sama pada 2001 menentang Arsenal. Saya seronok dengan kehadiran En. Rafa. Diharap En. Rafa sudi menyambung kontrak bersama kami.

Tolong jadikan kami juara Premier League (EPL) pula ya. Saya dah bosan dengan Man Utd dan Arsenal. Tentang CL pula, top 16 is not ok, but FA Cup tu dah kira redeem la.
Cherio!

Humyrah

May 2006




Salam Sejahtera,

En. Rafa, bila kita nak dapat title EPL nih? Saya dah geram sangat.. Adakah kerana kita terlalu penat, maka kita kurang konsisten dengan setiap perlawanan hujung minggu? Saya setuju dengan sistem rotation En. Rafa, tapi apa gunanya jika kita masih banyak kali seri? En. Rafa, saya yakin kunci kepada kemenangan dan pemberi semangat ialah dengan menjaringkan gol yang sebanyak mungkin.. Saya bimbang moral pemain yang cepat menurun. Menambah kebimbangan ialah wujudnya pasukan Chelsea yang makin hebat. For goodness sake, we need to do something!

Kita kalah kepada AC Milan. Nampaknya kita tangan kosong je tahun ni. Nasib baik dapat slot ke CL musim depan.

Humyrah

May 2007




Salam sejahtera En. Rafa,

Saya ni seorang ibu, suri rumah dan pekerja. Walaupun saya sibuk, saya masih setia dengan Liverpool FC. Saya yakin dengan tindakan dan strategi En. Rafa selama ni. Tapi pada semi final CL menentang Chelsea, terutamanya pada 2nd leg, saya tak berapa puas hati.. What the neraka is going on boss? Kita banyak peluang untuk score! Tapi kita kalah lagi kepada Chelsea.

Tapi takpelah.. saya redeemkan dengan kejayaan-kejayaan yang sebelum ni. Saya ni mudah memaafkan orang tau. Saya rasa rekod CL kita sebelum ni dah cukup bagus. Yang tak bagusnya, sampai bila kita nak di outshine oleh Man Utd, Chelsea dan Arsenal? Yes, Im talking about our domestic league. Tak silap saya dah dekat 20 tahun kita tak menang Premier League. Musim depan kita focus betul-betul pada EPL okay? Faham?

Tindakan yang bijak membawa masuk Fernando Torres, walaupun pecah rekod terus. As I said before, we need to work more on scoring goals. He did a great job.


Humyrah aka Who May Marah
May 2008

Wednesday, May 14, 2008

9 Comments:

dinoor said...

ekekeee....

tunggu la sampai kucing tumbuh tanduk!

err, rafa tak paham. dream on... only when pig's flying then u can beat us winning the domestic league...*masukkan dgn nada bongkak sikit bila baca*

MU dan 17 titles tau, lagi satu sama dgn LiverFOOL, silap2 buleh pecah rekod...

tp chelsea masa final UCL ni kena hati2... diorang ni liat gak nak kalah tu....

by the way, antara MU vs Chelsea agak2 sapa menang?

jgn sebut livervool aaa....ekekekke

♥ Mrs. C ♥ said...

meh singgah my blog..

Frozen said...

rajin ko tulis surat kat encik rafael nih yan..hehehe..

Humyrah said...

abg din > i can make a pig fly.. just stick on some feathers and throw it to the air.. (duh..). baru tengok final malam tadi, good game, i hate to see man utd menang :( but u know what, liv pegang rekod eropah yg lebih baik dari man utd so i think, bagi chance la kat korng sikit..heh.

it's not liverFOOL sir, it's liverfull with honours..

hear my word now --> we'll kick ur *** next season!

kak connie > sy dtg blog akak!

ben > ko tak tau ke rafa ni ex jiran aku.. hehe..

FaiZ n ZYuRiNa.. said...

yan, husband saya pun minat sungguh2 ngan liverpool ni..dia baca apa yang yan tulis..;) dia kata byknyer yan tau..mcm lelaki yang fanatik bola n jarang jumpa perempuan yang suka bola gak..;)

Anonymous said...

ok ok, kita bagi can...

tunggu tengok sape nyer a** kena kick tahun depan, ekeekee....

Humyrah said...

sherry & faiz > sy memang minat bola, eversince i can remember (dasyatnya..). suami sy pula x tahu banyak ttg bola ni, he thinks im the football dictionary! well, nampaknya saya ada geng baru yg sokong liverpool!

abg din > well see bout that.. :p

Unknown said...

Alahai... Ku dah terlapas baca surat ko ni dari awal... Ekekek!! Kenapa Liverpool tak berapa nak topped the league... Mungkin 1st team terlalu letih... terlalu bergantung kepada gerard, walaupun ada ayam tambatan baru... simpan beku Alonso [Juve nak beli weehhh!! 16M pound], main 1 striker (tapi ku heran, man utd + chelsea main 1 striker menang lak... Ekekeke) dan macam macam lagi aaaa...

Tunggu kemunculan Juve di pentas eropah...

Humyrah said...

rizal >> tula aku dah penat di bayangi man u, arsenal dan chelsea. mgkin nk tunggu stadium baru siap baru nak jd juara kot..

sori la juve, alonso is not for sale!

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger