Mamm.. mm. mamm..

Wah bestnya mainan ni. Bestnya..Bestnya.. Eh yang biru ni boleh gigit.. Oh yang merah ni boleh picit.

Hmm.. Uhh.. Ehh.. Cii.. Puihh..Puihhhhhh..! (sembur air liur)

Hmm saya paling suka yang ada tali terjurai ni. Sedap digigit. Hm tapi kalau mama nampak mesti mama amik. .

Mama eh mana mama..?

Mamm.. mm. mamm.. (Panggil mama)

Biarlah mainan ni kat sini. Saya nak cari mama. Eeee. Lagipun mainan tu dah busuk dan basah kena air liur..Dah kering nanti skit saya amik balik la..

Jee.. Jee.. Huh, huh.

Hah mesti kat sana.. Sebab tak nampak pun kat sini. Hah..

Huh, huh.

Panjat bantal, panjat.. Sikit lagi, lagi..

Mamm.. mm. mamm..

Mama tak dengar, kuat lagi.

Mamm.. mm. mamm..!

Hah dah nampak mama.. Senyum, tunjuk lesung pipit saya. Mama suka lesung pipit saya. Mama suka..mama suka..

Mamm.. mm. mamm..!

"Afif jangan panjat bantal tu.. Bantal tu tinggi.. Turun.."

Eh saya dah berdirila..Hehe.. Mama senyum kat saya..Mama! Afif dah pandai berdiri! Mama!

"Afif! Ya Allah budak ni.."

Mama dah datang yea.. Angkat tangan, mama nak dukung saya yea...

"Afif!!!!!"

BUK!!!!

........aduh rasa apa ni.....

Wa..uwa..ah ah ah...Uwa..!!! Ah.. Ah..! (ulang lebih kurang 13 kali)

"Ya Allah.. kan dah jatuh.. Puh, puh..(tiup kepala). Mama ke dapur sekejap aje sayang.. "

Moral of the story : Capailah anak anda sebelum dia mencecah lantai.. huk.. sian anakku..

Friday, January 19, 2007

Sabar Atas Musibah

Assalammualaikum...

Saya sangat bersimpati dan sedih dengan banjir yang berlaku di negara kita. Johor dan Sabah dilanda banjir, yang boleh saya katakan - dasyat. Tapi begitulah dugaan Allah. Itu tanda sayangNya Dia kepada kita.

Sebenarnya tindakbalas kita sebagai manusia adalah 'simple'. Allah telah menetapkan Qada' dan QadarNya kepada setiap antara kita. Kita hanya perlu MENJALANINYA DENGAN TABAH DAN REDHA sahaja. Ya, jalan kita sudah ditetapkan. Namun 'simple' itu bukanlah bermaksud mudah. Simple itu mungkin pahit, sukar ditelan dan diterima..
Saya pernah membaca, bahawa jika kita bersabar semasa melakukan suruhan Allah, Allah anugerahkan 300 kali pahala. Jika bersabar ketika mengelakkan larangan Allah, kita dikurniakan 600 kali pahala. Dan andainya kita bersabar ketika menerima musibah dari Allah, percayalah, kita terima 900 kali pahala. (betulkan jika saya salah)

Di sini Allah letakkan ketinggian bersabar ketika menerima musibah. Kesabaran kita ketika diganggu perasaan mengantuk ketika solat, adalah tidak sama dengan sabar apabila kita kematian keluarga. Kesabaran kita menahan diri untuk merokok tidak sama dengan kesabaran banjir melanda rumah dan tanaman kita. Sudah tentu tidak sama.

Saya doakan agar saudara-saudara saya yang ditimpa bencana ini agar ditetapkan kesabaran mereka. Dilipatgandakan semangat dan usaha untuk bangkit kembali. Sedih itu tetap ada, tetapi janganlah terlalu dikeluh kesahkan. Dalam tangan kamu sudah ada 900 pahala tadi, jika mengeluh, bimbang ia akan hilang..

Doa saya bersama kalian..

Thursday, January 18, 2007

MARI MEMBACA

Saya mempunyai satu, satu hobi yang sama dengan suami saya - MEMBACA. Saya suka membaca.. Bukan, saya rasa saya sangat suka membaca. Tentang apa-apa saja, tapi biasanyalah tentang yang saya minat.. seni jahitan, bolasepak EPL (Liverpool Rules!), karya-karya Said Bediuzzaman Said Nursi, komputer dll. Ohh saya baru je beli buku resepi party food dan novel Dan Brown.. hmm..

Hobi ni dah jadi macam habit.. Ke mana, buat apa, rasa teringat kat buku yang nak di baca.. Masalahnya? Masalah (Masa.. lah) Masa memang tak cukup.. Jadi saya sendiri kadang-kadang curi masa nak membaca. Macam kat pejabat, saya simpan beberapa buku yang saya nak baca kat dalam lokar yang dikhaskan untuk staf. Masuk waktu kerja je saya keluarkan satu buku, letak di sisi komputer. So bila ada masa sementara tunggu pc run ke, server run ke, saya jenguk-jenguk sikit beberapa helai. Kesian kan..kadang-kadang tu saya cuma sempat letak katalog IKEA je kat sebelah saya. Bila server problem dan tak boleh buat kerja, mata saya ni gatal nak membaca, baca katalog tu jelah.. :)

Lagi satu yang peliknya, kalau time makan seorang diri, saya kena pegang sebarang material yang boleh dibaca. Ya, baca sambil makan.. Ada sesiapa di luar sana yang ada habit macam tu? Ada.. adik bongsu saya.. Makannya tak ceria tanpa membaca.. hehe..


Banyak ilmu yang kita bole dapat dengan membaca ni. Tentang apa-apa saja.. Apa yang saya nak tahu? Saya boleh dapat dengan membaca. Memang tak rugi..

Kadang-kadang adalah satu kelebihan pada diri sendiri bila kita lebih mengetahui sesuatu berbanding orang lain, tak kiralah sesama kawan-kawan atau keluarga. Dan satu bonus lagi, bila mereka semua tu akan mendapatkan kita semata-mata mahukan ilmu dari kita.. Kita dapat pahala bila kita ada ilmu.. Dan orang pun akan pandang kita sebagai orang yang berilmu kan?

Menjadi ibu ni menyebabkan saya mula alert tentang diri saya sendiri. Saya mahu menjadi ibu yang dicontohi. Saya sendiri mahu anak saya rajin membaca..

Saturday, January 13, 2007

Sekolah Baru

Assalammualaikum.. dah lama betul x menulis dalam blog ni.. Sedar tak sedar Afif dah tumbuh 2 batang gigi. Sebab dia dah pandai meniarap dan asyik nak merangkak, saya pindah kan dia ke sekolah baru.. A nursery which is nearer to our house.

Sebenarnya tak dekat sangat pun, dalam 200 meter kot dari rumah. Pernah sekali abang amik Afif dari sekolah baru tu berjalan kaki. Berpeluh2 jugak dia. One day i will try that. Bersenam juga tu kan..

Kebetulan officemate saya, Kak Nora, cadangkan tempat tu sebab daughter dia juga kat situ. Alhamdulillah setakat ni ok je Afif kat situ. Nampak badan dia bersemangat.. Kuat makan la tu..

Monday, January 08, 2007

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger