Rezeki jangan ditolak, dugaan kena berani...

Ya, boleh saya bantu?

Saya pelajar tajaan kpm. Saya dah tamat degree, nak apply posting terus...

Sekejap, saya check keputusan peperiksaan awak..Hmm, awak tak boleh posting terus. Mengikut perjanjian, keputusan degree awak ni membolehkan awak sambung masters in education. Awak kena sambung dulu.. baru kami hantar posting..Mereka yang dapat pointer 3.0 ke bawah saja kami benarkan posting..

Kalau boleh, saya minta posting terus cik. Saya ada anak dan suami. Suami saya pun nak belajar juga. Tak boleh saya posting saja?

Tak boleh. Awak akan langgar perjanjian. Kena bayar RM60k nanti. Usahakan dulu masters tu. Tak rugi. Gaji lebih tinggi. Kerjaya pensyarah pun terjamin.

....................................

Pening. Serabut.

Saya tahu, satu masa nanti saya kena juga sambung belajar. Sambung belajar masters adalah impian saya. Sejak dulu saya berkata dengan diri sendiri, selagi mampu saya akan belajar. Sekurang-kurangnya masters. Kalau lagi tinggi lagi bagus. Saya kagum dengan prof-prof wanita di universiti. Saya mahu jadi seperti mereka. Semasa konvokesyen mereka berada di atas pentas. Mereka pakai jubah yang lain dari biasa. Tak ramai. Yang ramai lelaki.

Tambahan pula insyaAllah kerjaya pensyarah terjamin. Bukan mudah nak dapat kerja pegawai kerajaan. Sekarang saya dah ada peluang tu. KPM siap nak taja saya, duit yuran dan sara diri dah ada. Biasiswa ni cost a fortune untuk saya.. jadi mengapa saya tolak? Mengapa saya nak terus posting/mengajar saja?

Kebetulan suami saya pun dapat tawaran sambung belajar juga. Berbeza dengan saya, abang buat masters by research. A good deal, saya rasa. Sponsor dari MPOB, dengan yuran dan duit sara diri RM1500 mereka beri bulanan. Syukur alhamdulillah... Tetapi itulah masalahnya.. saya kena sambung di UTHM, Johor. Suami di UKM Bangi. Anak letak kat mana...?

Nak sangat bawa afif ke Johor, tapi susah.. Saya mungkin ada kelas malam, ada discussions dan meetings. Dua kali ganda lebih sibuk dari buat degree (menurut kawan saya yang sedang buat masters in edu skrg ni) Itu tak termasuk aktiviti lain. Macam biasa, kadang-kadang ada kursus di hujung minggu. Ujian, kuiz, assignment dan projek, sudah tentu ada..

Nak hantar afif ke rumah mak di Balakong, tak ada halangan. Mak dan abah sanggup jaga cucu sulung mereka ni. Tapi abang kata, lebih baik dia jaga sendiri. Memandangkan study abang lebih kepada research dalam lab, abang akan ulang alik ke MPOB dari Isnin-Jumaat, waktu pejabat. Ala-ala bekerja katanya.

Sebenarnya Afif sangat-sangat manja dengan abang. Pantang nampak ayahnya tu, dia akan minta didukung dan bermain. Kalau ayahnya tinggalkannya sekejap aje dia dah menangis meraung macam apa je.. Abang nak ke toilet sekejap je pun susah.. Kalau abang nak pergi kerja, afif seolah-olah tak benarkan. Abang dah siap nak keluar, dia dah mula meraung.. Dia kejar abang. Terpaksalah saya tenteramkan Afif tu.

Abang cerita suatu hari tu abang hantar Afif ke nursery, Afif menangis teresak-esak tak nak didukung pangasuh. Dengan saya tak pernah pun sampai menangis.. Afif setakat menolak didukung je, tak pernah pun sampai nangis-nangis..Tak pernah pun meraung bila saya tinggalkannya sekejap. Haii...

Jadi saya faham kenapa abang rela jaga Afif sendiri. If i were him i would decide the same.

Masalah lain?

Duit. Punca kewangan untuk keperluan anak tentunya, hanya duit sara diri yang abang akan dapat tu. Cukup ke RM1500 sebulan? Barang-barang anak - susu, pampers, dll. Duit sewa rumah. Bil-bil. Makan minum abang. Saya harap sangat cukup.. Nasib baik dalam hampir setahun saya bekerja ni saya tak banyak berbelanja shopping dll. Boleh la mengumpul..

Saya teringat dulu, semasa tahun pertama perkahwinan, kami pun terpisah masa tu. Kami sama-sama dalam tahun terakhir pengajian. Saya mengandung semasa semester akhir. 3 minggu saya di hospital sambil bertungkus lumus siapkan projek tahun akhir. Dalam pantang tu juga saya present projek tahun akhir. Saya mampu hadapi sekali lagi. insyaAllah saya boleh..

There's a saying "being a mother make you feel that you can do anything..."

Yang bimbangkan saya ialah abang. Saya sangat kesiankan abang. Bukan senang menjaga anak kecil. Selalunya saya yang uruskan mereka berdua, nanti saya tak ada, bagaimana? Saya harap abang mampu..

Ya Allah, kami yakin akan jalan yang Kau berikan ini.. Tak ada satu pun dugaanMu yang kami tak mampu hadapi..

Friday, February 23, 2007

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger