Kata Dua

Saya dapat peluang sambung belajar. Master di UTM, Program Pesisir secara sambilan. Ia memakan masa 2 tahun.

Kata dua dari Abang, "Abang tak ada halangan. Abang sokong kalau nak sambung. Tapi Abang tak ada. B kena jaga Afif, dengan kelas lagi. Boleh ke?"

Saya kata "Boleh. Kelas kan masa hari minggu.."

"Lagi satu, kalau nak sambung, tangguhkan tambah anak. Lepas 2 tahun tu baru plan untuk pregnant semula. Sanggup ke?"

Kata dua dari Abang. Jawapan saya?

Huhu.. (nangis sikit) Tak jadilah. Saya nak pregnant semula tahun depan.
Tolong doakan saya ya...

Thursday, September 18, 2008

10 Comments:

Nora said...

huaaa... mengapakah kita mesti 'memilih' & membuat pilihan? lebih2 lagi bila terpaksa memilih 1 antara 2.. hehehe.. saje mengaitkan dgn situasi lain dlm diri :)

ok2 kali ni serius.. kdg² kita rasa kita bole buat & grab sume benda dlm masa yg sama. tp hakikatnya, kita x mampu. jd, mmg perlu bijak memilih & yakin dgn kebolehan kita. selesaikan satu², so hati kita lebih tenang & mudah nk capai apa yg kita impikan :)

Humyrah said...

Wah, apakah situasi Kak Nora itu? :)

Setuju,setuju.. Ibarat kata Prof Kamil (member blogger & penulis buku Travelog Haji) 'Ketika saya berada di puncak, isteri saya merudum' (lebih kurang ayatnya). Saya dan Amin bergilir. Support each other..

Take 1 step at a time kan kak. InsyaAllah..

aliya said...

Ahhh.. tensen bila suami suruh kita pilih, bukan. Sabar, everything comes to those who wait, and wait, and wait..(macamlah saya ni sabar sangat, hahaha). Saya eprcaya Humyrah bijak dalam membuat keputusan

Nora said...

prof kamil ckp mcm tu? agree with that. tp misti ada sbb Allah takdirkan mcm tu kan? support dr each other mmg penting di kala salah seorg dr kita 'down' :)

Unknown said...

Yan... untuk mengelakkan kekusutan ko dari bertambah... ku cadangkan ko jangan dengar lagu "antara dua" nyanyian Farah AF...

lagu tu lagi kusut...!!

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Humyrah - ayat yang hampir betul: Ketika saya mendaki naik, Roza menyonsang turun. Ia ayat bagi menggambarkan pengorbanan seorang isteri.

Pregnant dengan belajar? Kenapa tidak begini: Belajar dulu... bila nak graduate dah pregnant 6 bulan.

He.. he..

Selamat hari raya maaf zahir batin. TQ atas kad yang dihantar.

Unknown said...

Rasanya susah kut nak belajar pastu pregnant... bukan sebab letih atau susah tapi emosi... bila pregnant, emosi akan lain macam... jadi kebarangkalian untuk quit adalah besar... eh!! betul ke teori ku ni..?? ekekek!!

Ok, Disini ku mengambil kesempatan mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
Maafkan segala salah silap kata dan perbuatan.

Anonymous said...

saya suka melawat blog awak setelah membaca kisah kelahiran anak kedua awak.Tentang masalah antara dua ni, saya cadangkan, ikut kata suami dan perempuan rumahtangga lebih utama. insya Allah, dalam ketaatan kita, ada keberkatan dan bantuan dari Allah. Saya pernah menangguhkan hasrat untuk mengambil master terus selepas tamat degree kerana tuntutan dalam rumahtangga dan anak2, 6 tahun lalu. Sedih....kawan2 ramai yang sambung master ttp saya terus bekerja-guru.Alhamdulillah, berkat sokongan suami dan hasrat yang x pernah padam,saya ditawarkan biasiswa oleh KPM dan cuti belajar. Suatu ketika dahulu, bila saya ajukan pd suami-ramai kawan2 dah ada master, suami selalu menjawab-rezeki seseorang Allah yang tentukan, yang penting kita sentiasa berusaha dan pengorbanan kita untuk keluarga akan sentiasa dibantu oleh Allah........

Nashrin said...

Kata-kata kalian tu saya sokong sangat,so Yan follow their advices.Aku doakan ko berjaya dpt cahayamata kedua and kalau boleh perempuan.leh jd geng aku.Ahahah!!Dan kau berjaya juga dalam pengajian kau.Love u always!!

Opie said...

dah bersawang dah rumah nih...mane la tuan rumah menghilang nih

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger