Cerita Berpantang

Mimpi Di Hospital

Selepas melalui C-Section surgery, saya disorong keluar dari OT (Operation Theatre) ke bilik wad yang baru. Berbanding bilik wad sebelum ini yang menempatkan 4 orang, wad ini hanya menampung untuk seorang saja. Senang kata, wad ini lebih kecil dan lebih privasi. Tandas untuk saya seorang. Doktor tempatkan saya jauh dari pesakit lain supaya saya tak sedih bila dengar bunyi bayi mereka yang baru lahir.

Malam pertama selepas operation tu, saya bermimpi sesuatu yang pelik. Dalam mimpi tu ada saya dan abang. Abang pegang tangan saya, kemudian tiba-tiba seakan ada kuasa yang kuat mengangkat kami ke atas. Kami bagaikan terbang tinggi ke langit. Tinggi dan laju..... Sangat laju dalam sekelip mata kami lihat bumi yang kecil di bawah kaki kami. Subhanallah, mimpi tu seakan benar-benar berlaku.

Emosi saya di hospital baik-baik saja. Selepas melihat arwah buat kali terakhir, saya sedikitpun tidak mengalirkan airmata. Pelawat datang tanpa henti hinggakan saya rasa penat dan hampir tertidur bila berbual dan bercerita! Cerita pada pelawat tentang perkara yang sama berulang kali pula tu.. :)

Sedih Di Rumah

Namun apabila dibenarkan keluar dari wad, emosi saya mula terasa. Menjejakkan kaki di rumah menyebabkan saya teringat pelbagai kenangan tentang si kecil. Melihat katil, dah rasa rindu. Yelah, saya teringat bila saya nak tidur je arwah dah start tendang-tendang perut. Bunyinya remeh-temeh. Mungkin sebab dalam pantang, saya mudah terikutkan perasaan.

Saya tekad nak keluar berjalan-jalan. Keluar rumah sewaktu dalam pantang?? Tak boleh! Tolonglah, saya rasa sedih asyik duduk di rumah saja.. Saya perlu keluar, bernafas dan merasa tenang. Abang, boleh tak?

Langgar Pantang

Jadi pada minggu ke-2 (hari ke 15 ) dalam pantang, saya berjalan ke kenduri kahwin kawan di Gombak..kemudian ke rumah mak abah di Balakong dan akhirnya membeli –belah di Alamanda.. Dalam keadaan luka jahitan yang belum sembuh (it takes at least 6 weeks untuk sembuh) dan kekurangan tenaga & darah, saya gagahi juga kaki ni untuk melangkah. Saya berdegil. Tak hingat langsung kepenatan naik turun tangga ke.. tolak troli barang shopping ke..mahu pun menjerit & mengejar Afif dalam pasaraya. Ia membantu saya melepaskan rasa sedih dan terkilan.

Semenjak keluar dari hospital, saya tak makan langsung painkiller yang dibekalkan doktor. Saya menahan sendiri segala kesakitan, biar lupa yang disedihkan. Abang kata saya hebat, dalam hati saya lemah..

Pulang ke Rumah Mertua

Minggu ke-3 (hari ke 21), keluarga mertua ajak pulang menetap di rumahnya di Pasir Mas. Naik kereta ibu saudara. Bukan mudah juga menaiki kereta dalam perjalanan yang hampir 11 jam. Dengan jalan yang bengkang-bengkok dan tidak rata. Sakit tapi tahan sajalah..

Saya rasa gembira untuk pulang. Seronok dapat keluar dari rumah. Saya di sini selama lebih dari 2 minggu. Menenangkan fikiran sambil berurut. Tempoh berpantang saya hampir habis sewaktu pulang ke Kuala Lumpur. Niat di hati nak tinggal di Kelantan lebih lama, tetapi abang suruh pulang dan kebetulan kakak ipar baru melahirkan anak. Bestnya dia dapat baby..


* untuk catatan kenangan

Sunday, May 25, 2008

7 Comments:

aliya said...

salam humyrah,
Ya, kak faham mengapa kamu kena keluar dari rumah yang penuh dengan kenangan. Benar kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga sentiasa tabah dan sabar meneruskan hidup ini dengan berkat dan bimbinganNya :)

Nora said...

indahnya mimpi yan tu :) mungkin ada hikmah disebaliknya.

part melanggar pantang tu > mcm pernah akak buat jer.. hahaha! rasanya ibu moden dah x bole tunggu lama2 dlm umah. dok dlm umah lg stressed. so better kuar dptkan angin + mood baru.

Unknown said...

Pantang tu adalah ciptaan orang orang tua lama kita yang bertujuan untuk pastikan sesuatu perkara tu akan berpengakhiran dengan baik... ada macam macam pantang kalau nak ikutkan dan terpulang pada orang untuk ikut atau tak... bangsa lain tak berpantang kita tgk ok juga... cuma recommended: ikut aaa pandang selagi mampu...!!

Frozen said...

aku berpantang time sunat je dulu...

Nora said...

yeap rizal.. aku berpantang dulu pun ikut yg logik dr segi sains & kedoktoran. ewah, mcm aku doktor :p

Unknown said...

Time sunat memang aaa beb...!! kalau bentan... adoii!!

Humyrah said...

Kak Aliya, terima kasih memahami. Terlalu banyak perkara yang berlaku, ini adalah sedikit sekadar kenangan agar saya tak lupa. Terima kasih memahami.

Betul la Kak Nora & Rizal. Dalam berpantang ada juga amalan yang tak masuk akal. Kita sendiri dah boleh fikir mana yang baik. Yang tak baik tu tak payah ikut pun takpe.

Ahaha.. Ben, jauh tu nk compare bersunat dan bersalin. C-section tu je dah kira major surgery.. Ben, nanti wife kau dah bersalin mesti kau bz jaga dia berpantang.

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger