'Tahniah'la Kepada Saya

Rayuan untuk mengajar di Kolej Komuniti Hulu Langat gagal. Maka saya kena mengajar juga di Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG). Saya akan berpisah dari Abang. Abang di Selangor, saya di Johor. Saya bawa Afif bersama saya sekali.

Rancangannya ialah; saya berpindah ke rumah kawan saya di Pasir Gudang. Kawan saya masih bujang, kebetulan rakan serumahnya baru pindah keluar. Jadi kami duduk bertiga, saya, Afif dan dia. Segalanya nampak sudah selesai dan tiada masalah. Kami akan bertolak ke sana pada pagi Sabtu, 28hb ni. Daftar diri pada Isnin.

Semalam saya menelefon KKPG. Alangkah terkejutnya saya.

"Maaf, cik sebenarnya kena daftar diri di Kolej Komuniti Tanjung Piai (KKTP). Cik akan bertugas di sana, bukan di sini." (KKTP terletak di Pusat Perdagangan Pantai Pontian)

"Tapi saya check di website KPT, saya dikehendaki daftar diri di KKPG. Surat tawaran pun nyatakan tempat yang sama.."

"Dulu memang KKTP gunakan alamat KKPG. Sebab dulu bangunan dia tak siap lagi. Sekarang bangunan dia dah siap. Saya bagi cik alamat dan no telefon KKTP yang baru."

Aduh.. macam tu pula. Rupanya saya dikehendaki mengajar di Pontian! Saya selidik dan bertanya pada saudara mara, jarak masa perjalanan dari Pasir Gudang ke Pontian tu mengambil masa lebih dari 1 jam. Jauhnya tu..

Nak tak nak, terpaksalah saya rancang semula. Penyelesaian yang ada setakat ini..

Saya dan Afif menetap di Pasir Gudang seperti dirancang sebelum ni. Afif akan di hantar ke Daycare dan saya akan menaiki bas ke tempat kerja. Naik bas 2 kali. Bas pertama ke Larkin, turun dan ambil bas ke Pontian pula. Perjalanan kedua-dua bas dijangka 80 minit.

Well, itulah dia setakat ni. Belasah je la.

(Dalam hati, jauh di dasar hati saya, saya rasa excited dan teruja. Ia akan jadi pengalaman atau cabaran yang saya bersungguh-sungguh nak buat. Go go go!!!)

Thursday, June 26, 2008

13 Comments:

Unknown said...

2 bas, 80 min... memang mencabar...!!

Anonymous said...

saya telah mengetag kamu..
http://nurnana.wordpress.com/2008/06/26/tag-satu/

Humyrah said...

Rizal >> tu je cara yang ada setakat ni. Dalam perjalanan naik bas tu, aku bawak buku banyak2. Mungkin aku boleh habiskan 3-4 buah buku dalam perjalanan!

Kak Nana >> Kena tag? Name tag atau smart tag? Keh.. keh.. Yela, yela.. Thanks 4 the visit to my blog.

aliya said...

Semoga tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. Dapat gaji lebih nanti belilah kereta viva macam saya..huhuhu. Jangan setakat bawa buku, ingat dua benda penting gak, bawa DUIT & PAYUNG!

♥ Mrs. C ♥ said...

ehmm.. takper la... mungkin next time bley try apply permohonan rayuan tu balik.. mana tau kan.. dpt pulak... ape pon... 'Selamat Mengajar'...

zahidah seran said...

"Rancangannya ialah; saya berpindah ke rumah kawan saya di Pasir Gudang. Kawan saya masih bujang, kebetulan rakan serumahnya baru pindah keluar"

waahhhh..macam saya lah dulu2..saya pun masa kat pasir gudang dok rumah bujang...hhihihihi...

Humyrah said...

Kak Aliya >> Wah bestnya kalau ada kereta lagi satu, Viva pun ok sangat.. Duit mesti bawa. Payung pun juga. Bukan saja untuk berlindung jika hujan, tapi sebagai SENJATA. (Cucuk mata orang jahat dengan hujung payung yg tajam tu..)

Kak Connie >> Sama ada saya apply balik ke Selangor atau husband saya apply mengajar di UTM. Pilihan masih terbuka. Terima kasih..

Mrs Redzuan >> Wah sama la kita. Dulu kat PG kerja apa? Mengajar juga? Duk rumah bujang tapi hati masih 'i'm married..' :) Terima kasih sudi jenguk blog.

Frozen said...

ko ngaja dulu 2-3 bulan then try mintak tuka balik..takleh eh? kalo da kawin ni selalunye advantage kan? ye ke? aku agak je... :P

Humyrah said...

ben >> hmm.. ia bergantung pada kekosongan. kalau tempat yang aku minta tukar tu ada kekosongan, barulah cerah peluang untuk ditukarkan. memang dah kawen ni ada advantage, sebab semua member aku yang single kena posting lebih jauh; sabah, sarawak, kedah..

Inilah lumrah cikgu berjuang..

Frozen said...

ooo...ye tak ye jugak eh., jadi cekgu ke pensyarah ke mmg cantu la eh? tapi best pe bleh citer pasal tempat keje kat dalam blog, keje kat sini kalo masukkan dalam blog, silap haribulan kene kick..hahahaha

Humyrah said...

Kolej Komuniti ialah IPTA (mostly peringkat Sijil)di bawah pentadbiran JPPKK (Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolek Komuniti), Kementerian Pengajian Tinggi. Ya, aku bakal jadi pekerja gomen..

Maka tak dapatlah nak memilih tempat sangat. Ramai orang yang dah kawen pun, ada yang lepas 5-6 tahun baru dapat tukar dekat dengan wife/husband dorang. Isk, isk..

Aku tukar title la lepas ni--> .::cerita hamba yg terpisah dari suami::. Ahahaha... Aku boleh cerita dalam blog, confirm banyak cerita!

Nora said...

alaaaa... sudah jauh.. x sempat jumpe! huhu! take care tau yan + afif! i'll be missing both of u...

Humyrah said...

Kak Nora >> Isk, isk.. Huwaa..

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger