Xxxcittedddd………..!!!

Baju Melayu

Apa yang excitednya ni Humyrah? Ehem ehem.. saya excited tentang persiapan untuk hari raya tahun ini. Tuan-tuan dan puan-puan, raya tahun ini berbeza sekali sebab abang pun sibuk tentang persiapan baju raya dan lain-lain. Tak macam sebelum-sebelum ni. Sebelum ni..
- baju melayu beli jela, cepat dan murah.
- warna apa, warna tanah? Warna langit? Ikut b lah..

Typical abang.. memang tak kisah tentang pakaian. Boleh dikatakan, saya yang pilih baju dan persiapan lain. Abang hanya bersetuju dan keluarkan belanja.

Tapi tahun ni awal-awal lagi abang dah bersemangat nak beraya. Dia pilih warna tema dan design baju yang dia mahu. Bila abang dah bersemangat macam tu, saya pun bersemangatlah juga.. hehe.

Design baju melayu yang abang nak sangat, lebih kurang macam di bawah ni ..


Oh ya, Si kecil Afif tu pun tak ketinggalan, mestilah bergaya di hari raya.

Untuk saya pula, tahun ni saya tak payah beli kain untuk baju kurung. Mak dan ibu mertua masing-masing dah bagi kain. Jimat, jimat..

Jahit sendiri? Jangan haraplah.. Kali terakhir saya jahit baju sendiri ialah 7 tahun yang lalu.. :p Kain-kain awal-awal dah hantar kedai. Bulan depan insyaAllah siap semua. Fikir untuk lain pula. Langsir, table runner, kuih raya, casual attire, etc. Best, best..

Peti Ais

Bila baca cerita Kak Nora tentang dapurnya, saya excited pulak nak cerita tentang peti ais yang baru saya beli. Sebelum memiliki peti ais baru ni, kami sekeluarga tak ada pun peti ais dapur. Yang ada hanyalah peti ais mini (bar). Peti ais ’cenonet’ Itulah yang kami guna untuk isi ayam ke.. ikan ke.. sayur-sayuran dan lain-lain. Terima kasih kepada ’cenonet’ tu, yang telah 3 tahun berkhidmat kepada kami..

Kenapa baru ada peti ais besar? Kesiannya tak mampu beli peti ais sendiri.. Ketawalah, ketawa.. Sebenarnya duit simpanan baru cukup untuk beli peti ais tu. Saya dan abang tak guna kad kredit. So kalau nak beli apa-apa, kumpullah duit walau sehingga kucing bertanduk! Play safe, beb..

Walau apapun, saya memang excited sangat dah ada fridge ni kerana akhirnya lengkaplah perabot asas dalam rumah kami! Yay!!!

Thursday, May 22, 2008

10 Comments:

Frozen said...

waaa...sgt bagus kerane bertahan daripade menggunekan kad kredit...bijak bijak, jgn pakei..sbb aku tgh merase penangan kad kredit...huhuhuhuh...

bile raye eh??

Humyrah said...

ben >> wah sudah tukar nama ya.. bagus, bagus.. sebab kau ni tak seswai dgn gelaran 'beautiful' (oopss). aku rela pakai tune kad. yang tu bagus, takde la hutang2 nih. aku hanya akan pakai kad kredit bila aku betul2 kaya dan mampu bayar kredit tu sekaligus tanpa tangguh2. entah bila la aku mampu macam tu.. huk huk

Unknown said...

ha'ah... Raya bila ekk!!

♥ Mrs. C ♥ said...

waa.. peti ais baru, bley la buat kenduri, pastu jgn lupa jemput kite.. huhuhuhu...

aliya said...

wah, humyrah.. nak raya sakan nampaknya tahun ni,hahahaa. Jangan lupa jemput nanti. Kita sama geng la, kak pun tak pernah ada kad kredit. Mudah dan jimat, takde la berhutang sana sini, kan3.

Nora said...

alamak.. yan dah start wat preparation utk raye! hehehe, azam akak kali ni pun nk prepare seawal mungkin.. huhu! meh kite beraye sakan thn nih :) tahniah gak coz dpt beli peti ais tanpa mengkreditkannya... hehehe!

Humyrah said...

Hadirin dan hadirat yang dihormati, hari raya thn ini insyaAllah jatuh pada 1 & 2 OKTOBER 2008. Nanti jemputlah ke rumah ya.. Dah ada fridge ni boleh la masak-masak, hehe..

kak connie >> kita nak ambush rumah akak nak tengok syasya!

kak aliya >> setuju sgt dgn kak aliya..tapi hutang ptptn tak setel2 lagi.. huwa!

kak nora >> extra excited sebab cik abg yan tu lg excited :) but hopefully yan ada mesin jahit sendiri, lg jimat kalau jahit sendiri. peti ais tu pun tak besar mana kak, tapi puas hati.

Unknown said...

Rumah kami pun ada peti ais baru... tapi takde barang pun kat dalam tu... Mesin basuh baru... tapi tak banyak baju kotor yang nak di cuci dirumah... DVD player baru... buat display je kat rak tv sebab remote tv rosak... almari baju baru... tapi ada kosong ada beberapa helai baju je... dan beberapa benda lagi yang baru... tapi cukup aaa ku bagi tau yang tadi je...

zahidah seran said...

hum...mcm ada persamaan lah kita nie...

saya berjauhan dengan suami & rumah saya takde peti ais..hahahhaaaa...

Humyrah said...

Terima kasih sudi singgah.. Sama-sama weekend wife la kita berdua ni ya.. :P

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger