The Dark Knight

Saya gemar memakai jubah, walaupun koleksi yang ada tak banyak. Salah satu jubah kegemaran ialah jubah hitam ala Arab. Jubah itu dua lapis, di dalam tebal, manakala di luarnya ialah kain 'jojet' yang tipis. Kain jojet di luar itu dijahit hingga ke paras pinggang, dari pinggang ke bawah pula ia akan terbelah dua.. Di mata saya, ia jubah yang menarik dengan manik-manik dan labuci yang agak berkilauan.

Satu hari di minggu lepas, saya memakai jubah itu ke tempat kerja. Walaupun kolej saya belum ada air-cond tapi semangat memakai jubah tu memang berkobar-kobar (ahaha..). Sampaikan pengarah saya menggelarkan saya 'The Lady In Black'.

Ceritanya.. Sewaktu rehat tengahari, saya meluru ke rumah untuk mengambil barang yang tertinggal. Jalan ke rumah kebetulan melalui kawasan pekan. Sesak dan jam pula. Kereta kancil saya tersekat dalam kesesakan kereta besar yang lain..

Kereta saya masih tak berganjak. Lampu isyarat masih jauh di depan. Tiba-tiba saya ternampak seorang perempuan tua dengan pakaian yang sangat compang-camping dan daif. Dia menyorong basikal tuanya yang sarat berisi barang-barang buangan. Barangan tersebut sangat banyak, menjadi timbunan yang seakan mustahil untuk dibawa. Dan tiba-tiba.. sewaktu saya berada tak jauh darinya, barang-barang tersebut jatuh dan berselerakan di atas jalan..

'Ya Allah berilah keretaku ruang untuk berhenti...' saya merayu di dalam hati. Dalam kesesakan tu, saya harap saya dapat meletakkan kereta dan membantu perempuan tua tu. Tiba-tiba, entah dari mana dan bila, ada ruang kosong di kiri jalan, tak jauh dari kereta. Saya berusaha ke depan dan cepat-cepat keluar.

Saya bantu makcik tadi. Sungguh banyak barang dia; besi, kotak-kotak, kertas dan plastik.
"Alhamdulillah hari ini dapat banyak barang. Apek kedai tu (sambil menunjukkan pasaraya) bagi banyak kotak hari ini. Alhamdulillah!" katanya.
Bajunya buruk, dengan kain batik lusuh dan selipar jepun. Anak tudung di kepala. Senyum sentiasa dan bertanya pelbagai soalan pada saya.

Saya terharu, dia makcik tua yang miskin. Dia tak mengeluh, malah bersyukur. Tiada sesiapa yang mempedulikannya tetapi dia murah senyuman.

Dan saya baru perasan - Saya seperti The Dark Knight di tengahari!

Thursday, August 14, 2008

8 Comments:

Opie said...

org mskin yg bersyukur akan sentiasa rasa hidupnye lengkap...tp ade org kaye, sentiase rase hartanya tak cukup & asek berfikir bagaimana nak carik harta....tp hati org miskin sentiase tenang, org kaye selalu gelisah...itu la hukum alam...

sentiase bersyukur dgn ape yg ada...alhamdulillah

Nora said...

ingatkan yan nk citer psl movie batman.. hehehe!

slalunya kita nmpak pakcik² tua yg kutip kotak², besi camtu. kali ni seorg makcik tua, mungkin hidupnya terlampau susah smpai dia sendiri kuar bekerja. kdg² x smpai hati tgk mereka yg sesusah itu kat mana². cepat terasa sebak. w'pun camtu, hati mereka tetap 'kaya'.

Frozen said...

aku pi KFC kat semenyih ngan wife, ade sorang pengemis tua perempuan berdiri tepi kaunter, kat tangan die aku pasan ade 2 hengget, kami perati dari start berbaris tunggu giliran, abg kaunter tu aku tgk rilek je, sampai giliran kami aku suroh abg kaunter tu amek order makcik tu dulu, abg kaunter tu kate takpe, bia kan je...wife ku pasan pempuan tu menitikkan airmate...

kami order then bayo pastuh blah sambil nak menuju parking kami bertanye sesame sndiri "APE YE YG SPTTNYE KAMI BUAT?"

maksud aku dalam citer tu: ko mmg pantas bertindak la yan, turun keter terus tolong makcik tu :)

Unknown said...

Ben... Ko bingung sikit je tu... ko bayangkan mat saleh yang nak cari review movie dark night lagi terpinga pinga tak reti nak baca article bahasa melayu...

Unknown said...

And
Selamat menyambut ramadhan for you and your family.

Anonymous said...

Assalamualaikum.. selamat berpuasa pn.yan..... ;)

Siti Blogger said...

Yeay Humyrah! For being a good samaritan.

Makcik tu banyak bersedekah (senyum) sebab tu la dia tak mengeluh dengan kesempitan hidupnya. I think walaupun nampak melarat, somehow rezekinya cukup, sebab berkat.

Btw, salam perkenalan :-)

Humyrah said...

Kak Opie >> Benar, saya setuju. Banyak yang saya belajar dari orang sepertinya..

Kak Nora >> Oh saya dah tonton Batman tu. Saja letak title macam tu. Nak letak 'A knight in shining armor' tapi segan pula.

En. Ben >> Mungkin kerana aku mencari-cari orang yang hendak aku tolong, jadi aku rasa bersedia.. InsyaAllah bila masa dah tiba, kau dapat juga tolong orang macam tu.

Mr. Rizal >> Kau selalu salah refer :p Kau tujukan pada Ben ke, Kak Nora? Ekekeke.. Terima kasih, selamat menyambut Ramadhan..

Ayu >> Wslm. Terima kasih..

Nin >> I second that. As the saying goes 'Dunia ni makin dikejar, makin ia lari'..

Salam perkenalan & your blog is really an eyecatching.

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger