Road to Wembley Kembali!

United Atau Chelsea?

Dua2 takmau.. Dua2 tak besh.. Saya sokong Wembley!!

Mari kita lihat Stadium Wembley yang diberi nafas baru dengan kos melebihi 750 juta pound (RM5.066 bilion) ni..

Tapi kalau sebolehnya saya harap Chelsea menang.. sebab melampau la dua2 united nak.. kan...?

Friday, May 18, 2007

Kisah Kasih Ibu

Seorang anak malu dengan ibunya. Ibunya cacat.. hanya kerana hilang sebelah mata. Tapi kasih sayang ibu tak pernah cacat. Ibunya menjaga anak itu penuh kasih dan sayang. Bapa anak itu telah lama tiada. Ibu itulah bapanya, yang menyara dan mencari nafkah.

Bila anak itu mula bersekolah, dia malu diejek dek kerana kecacatan ibunya itu. Kadangkala dia lari dari ibunya kerana malu dilihat rakan-rakan. Dia masih kecil untuk memahami kasih ibunya. Ibunya redha..

Kemudian anak itu belajar di Universiti, berkat doa dan usaha ibu itu. Namun perasaan anak itu kekal sama. Malu dengan ibunya sendiri. Malang sungguh ibu itu.. Anaknya meninggalkannya bila sudah berjaya. Anak itu tinggal di negara jiran bersama isteri yang dikahwini tanpa pengetahuan ibunya.

Ibu tidak patah hati. Rajuk ibu tidak lama kerana kasih pada anaknya. Dia menjejaki anaknya. Jumpa. Di depan pintu rumah anak itu, ibu memanggil nama anaknya. Anaknya yang tahu ibunya datang, tidak mengendahkan ibunya di luar. Akhirnya ibu sedar, apalah yang hendak di tunggu lagi. Ibunya pulang...dengan hati yang sangat hiba...

Masa berlalu pantas.. Tiada bezanya bagi si anak ini. Ibunya menanti hingga ke akhir hayatnya.. Anak itu sedar akhirnya, tetapi segalanya sudah terlambat.

Anak itu kembali ke tempat asalnya, ingin berjumpa dengan ibunya buat kali terakhir. Ibu sudah tidak boleh memeluk anak itu.. Tiada lagi suara ibu.. Tiada lagi ciuman untuk anak itu seperti tahun-tahun dahulu. Yang tinggal hanya sekeping surat..

"Anakku.. Ibu sangat sayangkanmu. Ibu sangat bangga dengan apa yang kau kecapi..kejayaanmu adalah kejayaan ibu.. Mengenangkan itu, ibu sentiasa saja tersenyum..Anakku..ibu hanya mahu kau tahu. Sebenarnya semasa kau terlalu kecil dan tidak mengerti apa-apa, kemalangan telah menimpamu. Ibu bersyukur kau selamat, namun matamu sebelah buta. Ibu kasihankan mu anakku.. Ibu hadiahkan mata ibu untukmu. Supaya kau sempurna.. Supaya kau tak perlu malu akan kekuranganmu dengan kawan-kawan yang lain.. Ibu mahu yang terbaik untukmu.. "

Catatan: Saya hiba mendengar cerita ini. Saya akan lakukan pengorbanan yang sama, jika situasi yang sama berlaku ke atas saya..

Sewaktu di hospital dulu, saya pernah berbual dengan seorang ibu yang menemani anaknya di hospital selama 8 bulan. Ibu itu berhenti kerja sementara... Ada juga kenalan saya yang hampir hilang nyawa demi melahirkan anaknya.. begitulah kasih seorang ibu..

Apa yang saya sanggup lakukan untuk anak saya..?? Apa sahaja. Walaupun hilang kerja..Itu pun sebenarnya tak seberapa berbanding cerita-cerita tadi..
Afif anak yang istimewa.. sejak kecil berkali-kali doktor katakan pada saya.."susah nak jaga anak macam anak awak ni, kena extra care dari baby biasa.." Saya sanggup apa saja deminya.

Selamat hari Ibu kepada semua ...

Saturday, May 12, 2007

Sakit

Minggu-minggu yang lalu, saya rasa sangat sedih dan kecewa. Saya telah menyakiti hati orang lain. Saya sangka saya tidak bersalah, tetapi saya masih menyakiti saudara saya.

Apa saya nak buat.. Saya berusaha sedayanya. Saya beralah, masih juga terkena. Saya ditegur, saya terima..walaupun pahit, sangat pahit. Walaupun saya telah memohon maaf, adakah ia berbaloi..

Saya malu. Dengan diri sendiri. Rasa macam nak masuk ke dalam kotak mancis, menyorok selama-lamanya. Teringat akan Nabi Daud a.s. Kisah baginda yang malu dengan salahnya..

Jadi saya kena bangkit. Orang bodoh ialah orang yang masih berbuat salah walaupun ditegur. Saya tak mau jadi orang bodoh. Saya hanya perlu ubah diri.. Perlu jadi lebih baik..

"....janganlah berdukacita atas sesuatu yang telah Aku (Allah) selesaikan urusannya untukmu!" - hadis Qudsi

Hari ini saya kembali, seindah pelangi. Saya redha saja. Apa nak jadi-jadilah. Alhamdulillah, saya dah tak rasa sedih lagi.. :) Kebetulan segalanya berjalan lancar, kembali seperti dulu.

Saya tak mau menyakiti sesiapa lagi!

Friday, May 11, 2007

Gila Bola... & You'll Never Walk Alone!

Saya gila bola.. Selama ni saya agak segan nak bercerita, tapi dah kantoi dengan Mr. Rizal Juve. Dan saya memang malas nak bercerita tentang minat saya ni sebab biasanya sukar nak saya kongsikan dengan kawan-kawan sejantina dengan saya. Tapi takpe, tak terlambat pun kan.
Jadi mulai hari ni, saya akan corat-coret tentang sukan kegemaran dunia ni!

Saya anak kedua dari 5 adik beradik.. Majoriti lelaki. Abang saya (saya biasa panggil abijam) tua 3 tahun dari saya. Adik lelaki bawah saya pula muda 2 tahun dari saya. Jadi perbezaan usia antara kedua orang lelaki ini agak jauh, 5 tahun. Abijam perlu 'gang' untuk berkongsi minat ini, jadi saya lah teman dia..

Saya masih ingat, semasa saya darjah 2, pada thn 1990.. Abijam mengajak saya menemankannya menonton bola di TV. Mungkin kerana dia takut menonton seorang diri. Dan saya sajalah kawannya paling rapat.

Masa tu World Cup di Italy. Saat tu semuanya bermula. Saya masih ingat kelibat Juergen Klinsmann dan Lothar Mattheus. Mengkagumkan. Hebat. Masih ingat jersi putih dengan jalur-jalur bendera Jerman. Saya dan Abijam menyokong Jerman Timur ketika itu (kini Jerman). Jerman menang tipis. Tapi kami puas hati..

Dari 1990 ke 1992 (kejohanan EURO), disusuli World Cup 1994, EURO 96, silih berganti kejohanan ini, sehingga ke hari ini. Minat saya tak berkesudahan. Tak pernah bosan.. :)

Jika bercakap tentang kelab bolasepak, kegemaran saya sejak tingkatan 2 ialah Liverpool FC. Ya, saya tau ramai di luar sana mengatakan Liv ni membosankan. Tapi itu ketika era pengendalian oleh manager Gerard Houlier..Saya akui terlalu defensive. Tapi menang juga Piala F.A. di final menentang Arsenal (suspen punya match.. sakit jantung je tengok..) pada musim 2000/2001. Musim tu Liv menang treble (Worthington, F.A. dan Eufa Cup) Dan tak silap saya, bila musim seterusnya bermula, Liv menang Piala Sumbangsih.. Kalahkan Man U(yang menang EPL..huhu) So, hebat tak hebat???

Sekarang dikendali oleh pengurus Sepanyol, Rafael Benitez (bekas Valencia). Musim yang paling saya suka ialah 2004/2005. Perlawanan paling saya suka.. Champions League Final Liv kalahkan AC Milan walaupun ketinggalan 0-3 pada babak pertama. Saya masih ingat saya merungut sedih. Abang yang sedang menonton sama (dia stay up buat programming) menenangkan saya. Abang kata boleh kejar lagi tu. Dan memang ia berlaku.. :) The other half time was a miracle.

Adik beradik lelaki memang sangat menyukai bola. Saya seronok melayan sama. Dan saya pasti, mereka akan sms saya dengan kata-kata pedas bila final Liverpool vs AC Milan, final nanti. Hmm dengki la tu.. pasukan mereka kalah..

Hmm jangan sangka orang perempuan tak tahu juga tentang bola ni. Pernah abang tanya "macamana kita nak tahu team apa terpilih untuk CL?", "apa beza UEFA Cup dan UEFA CL?", "kenapa jersi warna lain?" dan macam-macam lagi.. Saya tak kisah memberitahunya.

Tak keterlaluan minat saya ini.. Suami pun ada juga terpengaruh :) I'LL NEVER WALK ALONE!!

Thursday, May 03, 2007

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger