Konsert Eksklusif Siti... Memang Eksklusif!!!

Saya ke Konsert Eksklusif Siti Nurhaliza malam kelmarin.. Memang penat, sebab baru sampai dari kursus di Pangkor. Memang penat tetapi.....

BERBALOI!

Saya kagum dengan idea dan persembahan yang sangat memukau dari Datuk Siti Nurhaliza. Dashyat dan hebat. Mula dengan persembahan dari Aizat selama setengah jam, diikuti nyanyian lebih dari 30 buah lagu dari Datuk Siti sendiri.

Penonton dihiburkan melalui segmen-segmen. Setiap segmen dengan konsep tersendiri. Paling saya kagum dengan stamina Siti.. menyanyi sambil naik-turun tangga yang bertingkat lantainya..



Persembahan sempena segmen irama tradisional yang didedikasi untuk Pak Ngah.
Pak Ngah hadir sama..



Saya dan Abang terkejut dengan salah satu busana yang Siti pakai. Kimono yang panjang.... Setinggi 3 tingkat pula tu.. Dramatik bila stage diangkat satu persatu dan kain kimono panjang tu dilepaskan semasa klimaks lagu.


Kimono yang panjang tu. Mula-mula memang tak perasan hinggalah Siti jalan ke depan dan stage diangkat.



Antara busana indah di awal persembahan..She is so graceful.


Persembahan di selang seli dengan komunikasi Siti dengan audiens. Pada masa yang sama, konsert ditonton oleh Tun Mahathir dan isteri. Memang seronok dengar celoteh Siti. Kelakarlah orangnya.

Saya memang seronok. Vokal Siti memang tiada tandingan.

Selepas konsert, audiens dijemput untuk sesi fotografi dan autograf bersama beliau. Malangnya kami terpaksa bertolak pulang. Saya sempat bergambar dengan...



Puan Siti Salmah! (bonda Siti)


Kemuncak acara ialah penyampaian sumbangan kepada 4 buah badan kebajikan. Ya, sebenarnya konsert ni eksklusif kepada mereka yang memerlukan.
Gambar-gambar Siti di atas diambil dari www.ohbayu.com.

Tuesday, June 30, 2009

Surat Rindu Untuk Mama

Yang dicintai Mama,
Terima kasih kerana melahirkan saya hari ini. Pertama kali saya melihat wajah Mama yang sangat cantik.. Mama, saya minta maaf kerana terlalu kuat menendang perut Mama hingga belon air tu bocor. Selama seminggu air tu menitis keluar. Saya rasa sangat bersalah. Maafkan saya Mama..
Mencintaimu,
Muhammad Afif Harraz
Feb 2006.

Duhai Mama yang sentiasa di hati,
Saya akan masuk ke bilik pembedahan hari ini. Saya tahu Mama sedih tapi Mama jangan risau. Saya kan kuat macam Mama.
Kita jumpa lagi lepas pembedahan nanti ya Mama.
Yang rindu,
Afif
Mei 2006.

Mama yang disayangi,
Saya pandai berjalan hari ini. Saya rasa sangat seronok, saya mahu panjat semua perabot Mama. Boleh tak Mama?
Terima kasih kerana sentiasa mengajar saya. Bila saya dah pandai berlari, kita main kejar-kejar pula ya!
Buah hati Mama,
Lil' Afif
Mei 2007.

Ke hadapan ratu di hati,
Mama, bila Mama nak keluar dari hospital? Saya rindu Mama sangat-sangat. Ayah kata Hospital tak bagi Mama keluar. Opah pula kata yang Adik dah tak ada. Adik pergi ke mana, Mama?
Mama janganlah menangis lagi. Saya akan selalu ceriakan Mama, saya janji.
Milik Mama selalu,
Afif Harraz
Feb 2008.

Mama yang disayangi,
Saya tak faham kenapa Ayah selalu tiada di sini. Ayah kata Ayah kena kerja tapi mengapa Ayah tak kerja dekat macam Mama? Saya selalu rindu Ayah. Saya tak suka bila Ayah kena naik bas sebab bas tu akan bawa Ayah pergi jauh..
Ayah kata, saya kena kira 5 hari barulah Ayah akan datang. Tolong Mama, suruh Ayah jangan pergi lagi.
Saya selalu menangis..Maafkan saya Mama.
Your lil janja,
Si Harraz
Julai 2008.

Mama,
Saya mohon maaf buat Mama marah hari ni. Saya sangka saya boleh tolong basuhkan kereta Mama. Saya guna besi penyapu air untuk basuh bonet. Saya dah calar-balarkan kereta Mama. Mama, nanti saya dah besar saya akan gantikan kereta Mama.
Peluk cium anakmu,
Janja.
Feb 2009.

Mama....mama,
Ayah kata Mama di Pangkor 2 minggu ni. Saya tak biasa bila Mama tak ada. Mama sentiasa ada. Saya selalu telefon Mama, Mama kata nanti kita jumpa tapi lamanya.. Mama, saya selalu sebut nama Mama. Ayah ada beritahu Mama kan? Saya rindu..
Saya sudah hafal A-Z. Saya sudah hafal nombor. Sudah boleh eja M.A.M.A., A.Y.A.H. dan A.F.I.F. Saya belajar di rumah seperti yang Mama ajar setiap hari.
Mama, cepatlah datang!
Rindu selalu,
Afif Harraz
Jun 2009.

Alhamdulillah, Kursus Induksi dah sampai ke penghujungnya. Esok pagi Peperiksaan Induksi. Tengaharinya Induksi berakhir. Tak sabar tunggu Abang dan Afif tiba di Pulau Pangkor ni. Kasihan Afif yang selalu merindui saya. Sabar ya, esok hari kita!

Wednesday, June 24, 2009

Ya Habibi, Cintaku.

Saya berada di Pulau Pangkor untuk Kursus Induksi selama 2 minggu. Malam ini masuk malam kedua di sini. Tapi hati saya bagaikan tertinggal di Seri Kembangan..

Mungkin ada yang tak selesa membaca entri saya kali ini. Tak apa. Entri ini khas buat Abang; suami saya.

Abang seorang yang sangat penyayang. Mudah menunjukkan kasih sayangnya, tak segan, tak de 'cover-cover'. Pernah satu ketika di sebuah shopping mall (rasanya The Mines Shopping Fair kot), saya tolong seorang OKU yang kebetulan perlukan bantuan. Abang bangga dengan niat saya. Dia terlalu gembira hingga tiba-tiba dia mencium pipi saya dan berkata "Bagusnya isteri Abang," Tentulah saya malu walaupun saya suka :)

Kadang-kadang kalau berjalan-jalan dengan Afif dan adik saya, saya dan Abang bagaikan dalam dunia kami sendiri. Berpegangan tangan, jalan seiringan, berdua-duaan. Afif pula dipegang oleh adik saya. Kemudian kami akan ketawa, teringat anak yang tertinggal di belakang. Bukanlah kami sengajakan, cuma rasa seronok dan terbawa-bawa.

Bila kami lepak-lepak di rumah, dan tak buat apa, Abang akan mengurut kaki saya, mencari lenguh-lenguh dan 'meringankannya'.. Malah Abang gemar memotongkan kuku saya. Segalanya tanpa saya pinta. Layanannya menyebabkan saya rasa bagaikan seorang puteri.

Abang mudah mengesan perasaan saya. Sekali pandang saja Abang tahu adakah saya sedang sedih, gembira, malu atau marah. Bila saya sedang marah dan menahan geram (pada perkara lain), Abang akan menenangkan dengan memegang bahu saya dan memicit-micit sambil berkata "Abang faham, sabar ya". Kata-katanya sungguh melegakan.

Jangankan ayat, wajahnya saja sudah cukup mengubat segalanya.

Abang seorang yang sabar. Bayangkan setiap kali Abang datang ke Pontian setiap hujung minggu, saya pula akan ke kelas Master dari pagi hingga ke petang. Atas dasar kasih sayangnya dan merebut setiap saat untuk bersama yang ada, Abang akan hantar dan ambil saya dari kelas. Jika saya tertinggal nota/laptop di rumah, Abang akan hantarkannya ke kelas. Abang tak mengeluh. Bagaikan gemar dapat berjumpa dengan saya.

Tidak hairanlah bila kawan-kawan sepejabat selalu kata kami berdua a loving couple. Dan saya tak nafikan bila orang kata saya bertuah bersama Abang.

Saya teringat ketika saya menghantar Abang ke stesen bas Pontian. Abang katakan hidup Abang kosong tanpa saya menemaninya di KL. Abang perlukan saya. Abang berjalan perlahan-lahan ke arah bas, sesekali menoleh ke belakang. Wajahnya suram. Kelibat Abang hilang di sebalik belakang bas, tapi saya tetap memandang. Tiba-tiba Abang berpatah balik dan mengintai saya semula di sebalik belakang bas tu sambil tersenyum. Gelagatnya yang comel tu menyebabkan orang sekitar memerhatikan kami.
Bila Abang benar-benar dah naik bas tu, hati saya mengharapkan Abang mengintai lagi..

Abang bukanlah suami yang sempurna, begitu juga dengan saya sebagai isterinya. Cuma kami saling melengkapi. Saling mencari bila salah satu tiada di sisi. Cinta ini adalah bukti kekuasaan Allah pada setiap yang berpasangan.

Semasa menghantar saya untuk berkursus di Pangkor ni, mata Abang berkaca. Hampir menitiskan airmata. InsyaAllah Abang, kita jumpa lagi 10 hari...

Selamat Hari Bapa buat Abang. Terima kasih atas segalanya. Selamat Hari Bapa juga buat semua pembaca..

Monday, June 15, 2009

Jalan-Jalan

Saya bercuti hampir seminggu baru-baru ni. Tapi sebenarnya saya 'kerja dalam cuti' kerana saya dan kawan-kawan pensyarah yang lain buat program Lawatan ICT di sekitar KL dan Cyberjaya untuk students kami. Excited betul students nak jalan ke KL.. Disebabkan saya dah biasa dengan tempat yang bakal dilawati, saya bertugas ala tourist guide lah..
Yang seronoknya, saya bukan saja bawa students. Saya 'heret' Afif dan abang sekali! Ni baru betul sambil menyelam, minum air :)

Tempat 1 : Aquaria KLCC

Sudah lama nak bawa Afif ke Aquaria. Afif teruja sangat terutamanya bila jumpa dengan toitoi (cara Afif sebut tortoise). Sebenarnya Aquaria tak termasuk dalam senarai lawatan students. Saya, Abang dan Afif saja yang masuk (sementara menunggu bas students dari Johor sampai)




Afif gerun dengan little buaya


The best part; sesi bagi makan ikan-ikan dalam akuarium besar


Dalam tunnel. Nampak ikan jerung sebelah suami saya tu?


Percayalah, Afif sengaja posing macam ni..




Tempat 2 : Petrosains KLCC

"Mama, Ayah, Afif nak car ni.."
He's so into speed cars. Siapa ajar?


Afif kawal kren. Fast learner ni..


Befriended this American fella during the visit. We played the mind game (kena kawal minda supaya relaks dan tak cemas) and she won :(


Cuba 'katil' angkasawan


Angkasawan Dr. Muhd Afif Harraz..


Abang pujuk Afif selepas naik chopper simulation.
Afif nangis bukan sebab takut, tapi sebab dia nak naik lagi!



Pada hari kedua lawatan pelajar, kami ke MSC Cyberjaya. lawatan hari tu lebih kepada seminar, jadi tak banyak gambar yang menarik. Lagipun saya tak boleh lama-lama dalam seminar tu.. Afif asyik ganggu speaker tu. Dia berjoget-joget tanpa rasa malu. Akhirnya saya bawa Afif keluar..


Tempat 3 : Firefly Park Resort, Kuala Selangor

Kami ke sini 2 hari selepas lawatan di KL. Sebenarnya saya sekeluarga kena hadiri majlis perkahwinan sepupu. Alang-alang ke Kuala Selangor, kami singgah di Firefly Park Resort dan bermalam di sana. Malam tu kami naik bot untuk melihat gemerlapan cahaya dari kunang-kunang (atau kelip-kelip). Memang cantik. Pengunjung tak boleh buat bising, memasang lampu atau menangkap kunang-kunang ni.

Alhamdulillah Afif tak takut dan tak bising walaupun suasana sunyi dan gelap gelita. Lama juga kami pusing-pusing tepi sungai tu, sampai Afif terus tertidur..

Chalet yang kami duduki.



Gambar ni diambil dari www.fireflypark.com.
Saya dah try amik gambar tapi gelap aje..hehe.


Hujung minggu ni saya akan berjalan-jalan lagi. Tapi saya seorang je :( . Kursus Induksi di Pulau Pangkor mulai 14hb-25 Jun. Alahai macamanalah saya nak tinggalkan Afif nanti..........

Wednesday, June 10, 2009

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger