Dia pulang dari kerja agak lewat malam itu. Seperti biasa, dia memandu ke rumahnya. Dia agak kepenatan, mungkin kerana tak cukup tidur.
Sebelum pulang ke rumah, dia akan mengambil anaknya dari nursery dahulu. Suaminya yang menunggang skuter, pulang lebih lewat darinya malam itu.
Walaupun jarak dari rumahnya ke nursery anaknya tidak jauh, namun dia akan memandu ke rumah dahulu. Dia menggunakan jalan belakang yang lebih lurus ke rumahnya. Dia akan membuka pintu pagar, kemudian barulah ke nursery dengan keretanya. Dia buat begitu supaya mudah untuk memasukkan keretanya sebaik saja mengambil anaknya. Jika dia tidak buat begitu, dia terpaksa meninggalkan anaknya di dalam kereta untuk membuka pintu pagar. Anaknya akan menangis meraung-raung jika ditinggalkan. Kadangkala hingga termuntah-muntah di dalam keretanya.
Jadi pada malam itu, setelah membuka pintu pagar, dia memandu ke nursery. Dia mengambil anaknya yang sudah keseorangan di nursery itu. Semua kanak-kanak lain sudah pulang.
Mereka dua beranak menuju ke rumah. Dia memandu melalui jalan yang berbeza dari sebelum ini. Kali ini menggunakan jalan depan yang banyak simpang.
Mereka menuju ke simpang terakhir ke rumahnya. Kelihatan rumah mereka dengan pagar yang sedia terbuka.. tidak berapa jauh lagi. Dia terus memandu masuk ke perkarangan rumah. Enjin kereta dimatikan.
Dia keluar dari kereta, mendukung anaknya dari tempat duduk bayi di sebelah tempat duduknya. Terasa gelapnya kawasan rumah.. Mungkin kerana malam itu bulan tidak muncul. Mungkin juga lampu jalan yang paling dekat, sebenarnya tidak berapa dekat..
Dalam kesuraman itu, dia mengeluarkan kunci rumahnya..sedia untuk membuka pintu.
Dia ternampak pasu bunga di tepi pintu. Eh, dia tak pernah tanam pokok bunga itu..
Di atas lantai.. kasut dan selipar bertaburan.. Padahal rasanya baru pagi tadi dia susun semuanya. Siapa punya kerja?
Dia meninjau sekeliling.. Dari mana pula datangnya ampaian yang besar ini? Baru beli? Anak2 baju yang tergantung di ampaian itu kelihatan lain saiznya...Siapa punya?
Lain saja rasanya..
Akhirnya dia sedar, itu bukan rumahnya. Itu rumah jirannya. Jiran sebelah punya rumah rupanya!!!
Siapa Dia?
Keganjilan
Saya kena tagged!
Saya dah agak lambat laun mesti kena..
My fren kak nora said knowing my weird habits could let her know about me closer, i hope that she is right.. Manalah tau kot kak nora baca ni, kak nora tak nak kawan dengan saya lagi.... :p
Baiklah mari mulakan..
1. Bila saya rasa marah+geram yang amat, saya dapat rasakan 'angin' tu naik kat kepala saya. Saya jarang merasai benda ni sebab ia adalah marah tahap maksimum, paling maksimum. Dalam dua-tiga tahun adalah sekali dua benda ni terjadi. Kira perasaan macam nak mengamuk la.. hehe. Apa yang saya akan buat? Dalam keadaan teramat marah tu saya akan keluarkan angin tu melalui jari-jari saya. Orang kata, letup-letup kan sendi jari. Bahasa lain, cracking knuckles. Berbunyi2 nanti jari saya nih. Apa yang lebih memelikkan, saya tak pandai letupkan jari dan saya rasa sakit kalau saya sengaja buat kalau bukan semasa saya nak marah ni. Habit ni bukan boleh dibuat-buat. Ia tak berlaku bila saya marah biasa.
Baru2 ni saya rasa angin tu dalam diri saya. Ada seorang makhluk Allah ni, yang kerja satu ofis dengan saya, menyebarkan fitnah pada kawan2 saya bahawa saya telah mencuri barang dia (yang sebenarnya hak syarikat. Duh..) Pada mulanya saya tak tahu dia tuduh saya, yang saya tahu dia tak mahu bercakap dengan saya. (Ada perkara lain yang dia buat terhadap saya, tapi kita ketepikan saja).
Akhirnya saya tanya sendiri dengan dia apa masalahnya. Dengan cara dia yang kurang sopan, tuduhan tidak berasas dan niat menjatuhkan maruah saya itu, saya rasa angin semacam dalam badan. Tak semena-mena saya letup2kan jari depan dia seolah2 saya nak tumbuk muka dia. (saya anggap pada pandangan dia, bukan saya ada niat nak tumbuk pun). Saya tau cara saya tu menyebabkan wajah dia seakan takut. Jadi saya rasa, bagus juga. ;)
2. Keganjilan ni saya alami sejak kecil, eversince i can remember. Saya rasa mungkin berlaku semasa saya mula2 pandai mengeja (lebih kurang 21 tahun lepas..) Saya suka mengira suku kata dalam kepala saya. Saya akan ulang, ulang berkali-kali tanpa saya sedari. Bila saya sedar saya sedang mengira, saya berhenti. Kemudian ia berlaku lagi. Bila-bila masa, di mana jua. Tak kira saya sedang makan, menonton tv, apa saja. Apa yang saya kira bergantung pada ayat apa yang terlintas atau disebut oleh seseorang, atau sedang saya baca. Tak faham? Saya sediakan contoh.. (mesti anda semua tak ada yang macam saya)
Katakan saya sedang menonton tv, kemudian ada iklan tertulis "toyota moving forward..".. Ayat itu ialah TOYOTA MOVING FORWARD. Di luar tahap kesedaran, ayat itu berulang-ulang dalam kepala dan saya mula mengira.. TO-YO-TA-MO-VING-FORWARD. Ada 7 suku kata. Jari saya automatik kira.. Saya biasanya akan gerak-gerakkan jari, macam satu rythm.. Anda boleh kata, macam orang gila..jari saya terus mengira, sehingga saya fade up. Bila la nak stop. Then baru saya cuba lupakan, apa benda jadahla yang saya sedang buat. I cant help it. I need therapy....
3. Keganjilan ketiga ialah tentang badan saya. Kulit saya panas berbanding orang biasa. Sejak kecil, kalau ada orang sentuh tangan saya, orang tu mesti tanya, "demam ke?" padahal saya sihat saja. Suami saya sendiri pelik. Selalu juga dia sangka saya tak sihat. tapi sekarang dah almaklum :) Mengiringi keganjilan ini ialah tangan saya. Peluh yang amat banyak. Zaman sekolah dulu selalu kena ejek, amfibia. Melampau betul kilang peluh kat tapak tangan ni. Lencun habis..Tapak tangan je tau..ketiak biasa je macam orang lain!
4. I'm a Coulrophobic - A person who fear of clowns. Saya takut sangat pada mereka yang memakai pakaian badut.. Atau pun mereka yang mekap muka sampai putih semua, jalan2 dengan costume yang kononnya disukai kanak2..Takut saya bukanlah dibuat2, kerana saya pernah hampir pengsan bila mereka ni datang dekat pada saya. Baru2 ni ofis suami saya ada majlis ala Hari Keluarga - AstroFest. So saya, suami dan anak dengan hepinya melangkah masuk ke perkarangan Astro tu. Langkah saya terhenti bila ada makhluk2 mengerikan tu di merata2. Dada saya berdegup kencang. Sukar nak bernafas.
So my dear Afif, there's no way for mama to snap some photos of u with those bozos ok.. Nak dekat dengan badut, suruh ayah yang temankan! (I'll be miles away)
5. Keganjilan saya seterusnya ialah.. er.. saya.. saya kerapkali.. rasa.. nak.. buang air kecil.. :$ Sehari tu mmg banyak kali ke bilik air.. Dan bila ada majlis ke, acara ke, saya mesti nak siap2 buang air dulu. Dulu selalu tengok wayang dgn abang. Sebelum nak masuk tu, saya mesti buang air. Tak konfiden betul.. kalau tak buang siap2, for sure nanti dalam panggung tu terhegeh2 nak keluar ke toilet. Hmm tak silap saya, mak mertua saya pun mcm ni jugak. Masa konvo abang, kami berdua dalam dewan, dua-dua terkulat2 cari toilet siap2. (Umi tak baca blogger.. hehe)
6. Keganjilan saya yang terakhir.. yang selalu saya fikirkan sehingga kini.. Ialah bagaimana saya, seorang hamba yang hina dan tak tahu malu ni, selalu mendapat apa saja yang saya mahu.. Sungguh, saya tak mengerti..
Saya sebenarnya bukanlah seorang yang baik. Zaman remaja saya, saya banyak membazir masa dengan perkara2 larangan Allah. Saya pernah dipanggil anak derhaka, dan tergelincir di usia kegadisan saya. Saya memutarbelitkan hukum Allah, saya memperlekehkan semua yang menasihatkan saya tentang siapa saya di sisiNya. Gaya saya tidak digemari jantina yang berlawanan dengan saya. Tapi saya tak pernah peduli. Saya hidup dengan prinsip yang ntah apa2. Percayalah.
Kemudian saya di'sapa' oleh seorang yang sangat saya benci. Bermula dengan pergaduhan, berakhir dengan kasih sayang. Kasih sayang seorang sahabat. Dia banyak bantu saya. Alhamdulillah.
Dari kecil hingga dewasa, dari zaman gelap hingga terang kini, saya dilimpahi segalanya. Allah mengasihani saya. Yang saya tahu, semua perkara saya minta, semuanya saya dapat. Alangkah peliknya. Ganjil sungguh.
Saya mahu sebuah kereta untuk belajar, semasa saya dalam tahun 2. Tup-tup rezeki saya murah, saya beli tanpa pengetahuan ibu bapa (saya takut mereka marah.. kemudian baru saya bgth).
Saya mahu memiliki suami yang penyayang, alhamdulillah, saya ada kini.. :)
Saya inginkan anak, alhamdulillah, saya dapat juga..
Sekarang saya dalam proses mendapatkan pekerjaan yang sangat saya idamkan sejak kecil.. (saya nak jadi pendidik).. Saya harapkan kasih Allah sekali lagi.
Banyak lagi perkara lain, tak perlulah diceritakan semuanya ya.
Yang saya tahu semua yang saya dapat, bukan mudah. Sukar dan perit.
Yang saya tahu, semua yang saya dapat, bukan semua orang dapat.. saya sangat bersyukur..
Yang saya tahu, semua yang saya dapat, bukanlah perkara yang mewah. Segalanya sederhana namun sempurna.
Apa yang saya dapat dariMu Tuhan, tidak setanding apa yang aku beri padaMu..
Rules & Regulations: Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!
Saya takde ramai blogger friends lagi, jadi sementara ini, saya tag Mr Rizal dulu. Hehe..
Wednesday, March 21, 2007
Rezeki jangan ditolak, dugaan kena berani...
Ya, boleh saya bantu?
Saya pelajar tajaan kpm. Saya dah tamat degree, nak apply posting terus...
Sekejap, saya check keputusan peperiksaan awak..Hmm, awak tak boleh posting terus. Mengikut perjanjian, keputusan degree awak ni membolehkan awak sambung masters in education. Awak kena sambung dulu.. baru kami hantar posting..Mereka yang dapat pointer 3.0 ke bawah saja kami benarkan posting..
Kalau boleh, saya minta posting terus cik. Saya ada anak dan suami. Suami saya pun nak belajar juga. Tak boleh saya posting saja?
Tak boleh. Awak akan langgar perjanjian. Kena bayar RM60k nanti. Usahakan dulu masters tu. Tak rugi. Gaji lebih tinggi. Kerjaya pensyarah pun terjamin.
....................................
Pening. Serabut.
Saya tahu, satu masa nanti saya kena juga sambung belajar. Sambung belajar masters adalah impian saya. Sejak dulu saya berkata dengan diri sendiri, selagi mampu saya akan belajar. Sekurang-kurangnya masters. Kalau lagi tinggi lagi bagus. Saya kagum dengan prof-prof wanita di universiti. Saya mahu jadi seperti mereka. Semasa konvokesyen mereka berada di atas pentas. Mereka pakai jubah yang lain dari biasa. Tak ramai. Yang ramai lelaki.
Tambahan pula insyaAllah kerjaya pensyarah terjamin. Bukan mudah nak dapat kerja pegawai kerajaan. Sekarang saya dah ada peluang tu. KPM siap nak taja saya, duit yuran dan sara diri dah ada. Biasiswa ni cost a fortune untuk saya.. jadi mengapa saya tolak? Mengapa saya nak terus posting/mengajar saja?
Kebetulan suami saya pun dapat tawaran sambung belajar juga. Berbeza dengan saya, abang buat masters by research. A good deal, saya rasa. Sponsor dari MPOB, dengan yuran dan duit sara diri RM1500 mereka beri bulanan. Syukur alhamdulillah... Tetapi itulah masalahnya.. saya kena sambung di UTHM, Johor. Suami di UKM Bangi. Anak letak kat mana...?
Nak sangat bawa afif ke Johor, tapi susah.. Saya mungkin ada kelas malam, ada discussions dan meetings. Dua kali ganda lebih sibuk dari buat degree (menurut kawan saya yang sedang buat masters in edu skrg ni) Itu tak termasuk aktiviti lain. Macam biasa, kadang-kadang ada kursus di hujung minggu. Ujian, kuiz, assignment dan projek, sudah tentu ada..
Nak hantar afif ke rumah mak di Balakong, tak ada halangan. Mak dan abah sanggup jaga cucu sulung mereka ni. Tapi abang kata, lebih baik dia jaga sendiri. Memandangkan study abang lebih kepada research dalam lab, abang akan ulang alik ke MPOB dari Isnin-Jumaat, waktu pejabat. Ala-ala bekerja katanya.
Sebenarnya Afif sangat-sangat manja dengan abang. Pantang nampak ayahnya tu, dia akan minta didukung dan bermain. Kalau ayahnya tinggalkannya sekejap aje dia dah menangis meraung macam apa je.. Abang nak ke toilet sekejap je pun susah.. Kalau abang nak pergi kerja, afif seolah-olah tak benarkan. Abang dah siap nak keluar, dia dah mula meraung.. Dia kejar abang. Terpaksalah saya tenteramkan Afif tu.
Abang cerita suatu hari tu abang hantar Afif ke nursery, Afif menangis teresak-esak tak nak didukung pangasuh. Dengan saya tak pernah pun sampai menangis.. Afif setakat menolak didukung je, tak pernah pun sampai nangis-nangis..Tak pernah pun meraung bila saya tinggalkannya sekejap. Haii...
Jadi saya faham kenapa abang rela jaga Afif sendiri. If i were him i would decide the same.
Masalah lain?
Duit. Punca kewangan untuk keperluan anak tentunya, hanya duit sara diri yang abang akan dapat tu. Cukup ke RM1500 sebulan? Barang-barang anak - susu, pampers, dll. Duit sewa rumah. Bil-bil. Makan minum abang. Saya harap sangat cukup.. Nasib baik dalam hampir setahun saya bekerja ni saya tak banyak berbelanja shopping dll. Boleh la mengumpul..
Saya teringat dulu, semasa tahun pertama perkahwinan, kami pun terpisah masa tu. Kami sama-sama dalam tahun terakhir pengajian. Saya mengandung semasa semester akhir. 3 minggu saya di hospital sambil bertungkus lumus siapkan projek tahun akhir. Dalam pantang tu juga saya present projek tahun akhir. Saya mampu hadapi sekali lagi. insyaAllah saya boleh..
There's a saying "being a mother make you feel that you can do anything..."
Yang bimbangkan saya ialah abang. Saya sangat kesiankan abang. Bukan senang menjaga anak kecil. Selalunya saya yang uruskan mereka berdua, nanti saya tak ada, bagaimana? Saya harap abang mampu..
Ya Allah, kami yakin akan jalan yang Kau berikan ini.. Tak ada satu pun dugaanMu yang kami tak mampu hadapi..
Friday, February 23, 2007
Oleh Humyrah Pada 7:29 PM 2 ulasan
Topik baiti jannati, jurnal kerja
Mamm.. mm. mamm..
Wah bestnya mainan ni. Bestnya..Bestnya.. Eh yang biru ni boleh gigit.. Oh yang merah ni boleh picit.
Hmm.. Uhh.. Ehh.. Cii.. Puihh..Puihhhhhh..! (sembur air liur)
Hmm saya paling suka yang ada tali terjurai ni. Sedap digigit. Hm tapi kalau mama nampak mesti mama amik. .
Mama eh mana mama..?
Mamm.. mm. mamm.. (Panggil mama)
Biarlah mainan ni kat sini. Saya nak cari mama. Eeee. Lagipun mainan tu dah busuk dan basah kena air liur..Dah kering nanti skit saya amik balik la..
Jee.. Jee.. Huh, huh.
Hah mesti kat sana.. Sebab tak nampak pun kat sini. Hah..
Huh, huh.
Panjat bantal, panjat.. Sikit lagi, lagi..
Mamm.. mm. mamm..
Mama tak dengar, kuat lagi.
Mamm.. mm. mamm..!
Hah dah nampak mama.. Senyum, tunjuk lesung pipit saya. Mama suka lesung pipit saya. Mama suka..mama suka..
Mamm.. mm. mamm..!
"Afif jangan panjat bantal tu.. Bantal tu tinggi.. Turun.."
Eh saya dah berdirila..Hehe.. Mama senyum kat saya..Mama! Afif dah pandai berdiri! Mama!
"Afif! Ya Allah budak ni.."
Mama dah datang yea.. Angkat tangan, mama nak dukung saya yea...
"Afif!!!!!"
BUK!!!!
........aduh rasa apa ni.....
Wa..uwa..ah ah ah...Uwa..!!! Ah.. Ah..! (ulang lebih kurang 13 kali)
"Ya Allah.. kan dah jatuh.. Puh, puh..(tiup kepala). Mama ke dapur sekejap aje sayang.. "
Moral of the story : Capailah anak anda sebelum dia mencecah lantai.. huk.. sian anakku..
Friday, January 19, 2007
Oleh Humyrah Pada 6:20 PM 1 ulasan
Topik baiti jannati
Sabar Atas Musibah
Assalammualaikum...
Saya sangat bersimpati dan sedih dengan banjir yang berlaku di negara kita. Johor dan Sabah dilanda banjir, yang boleh saya katakan - dasyat. Tapi begitulah dugaan Allah. Itu tanda sayangNya Dia kepada kita.
Sebenarnya tindakbalas kita sebagai manusia adalah 'simple'. Allah telah menetapkan Qada' dan QadarNya kepada setiap antara kita. Kita hanya perlu MENJALANINYA DENGAN TABAH DAN REDHA sahaja. Ya, jalan kita sudah ditetapkan. Namun 'simple' itu bukanlah bermaksud mudah. Simple itu mungkin pahit, sukar ditelan dan diterima..
Saya pernah membaca, bahawa jika kita bersabar semasa melakukan suruhan Allah, Allah anugerahkan 300 kali pahala. Jika bersabar ketika mengelakkan larangan Allah, kita dikurniakan 600 kali pahala. Dan andainya kita bersabar ketika menerima musibah dari Allah, percayalah, kita terima 900 kali pahala. (betulkan jika saya salah)
Di sini Allah letakkan ketinggian bersabar ketika menerima musibah. Kesabaran kita ketika diganggu perasaan mengantuk ketika solat, adalah tidak sama dengan sabar apabila kita kematian keluarga. Kesabaran kita menahan diri untuk merokok tidak sama dengan kesabaran banjir melanda rumah dan tanaman kita. Sudah tentu tidak sama.
Saya doakan agar saudara-saudara saya yang ditimpa bencana ini agar ditetapkan kesabaran mereka. Dilipatgandakan semangat dan usaha untuk bangkit kembali. Sedih itu tetap ada, tetapi janganlah terlalu dikeluh kesahkan. Dalam tangan kamu sudah ada 900 pahala tadi, jika mengeluh, bimbang ia akan hilang..
Doa saya bersama kalian..
Thursday, January 18, 2007
Oleh Humyrah Pada 3:33 PM 0 ulasan
Topik out n about
MARI MEMBACA
Saya mempunyai satu, satu hobi yang sama dengan suami saya - MEMBACA. Saya suka membaca.. Bukan, saya rasa saya sangat suka membaca. Tentang apa-apa saja, tapi biasanyalah tentang yang saya minat.. seni jahitan, bolasepak EPL (Liverpool Rules!), karya-karya Said Bediuzzaman Said Nursi, komputer dll. Ohh saya baru je beli buku resepi party food dan novel Dan Brown.. hmm..
Hobi ni dah jadi macam habit.. Ke mana, buat apa, rasa teringat kat buku yang nak di baca.. Masalahnya? Masalah (Masa.. lah) Masa memang tak cukup.. Jadi saya sendiri kadang-kadang curi masa nak membaca. Macam kat pejabat, saya simpan beberapa buku yang saya nak baca kat dalam lokar yang dikhaskan untuk staf. Masuk waktu kerja je saya keluarkan satu buku, letak di sisi komputer. So bila ada masa sementara tunggu pc run ke, server run ke, saya jenguk-jenguk sikit beberapa helai. Kesian kan..kadang-kadang tu saya cuma sempat letak katalog IKEA je kat sebelah saya. Bila server problem dan tak boleh buat kerja, mata saya ni gatal nak membaca, baca katalog tu jelah.. :)
Lagi satu yang peliknya, kalau time makan seorang diri, saya kena pegang sebarang material yang boleh dibaca. Ya, baca sambil makan.. Ada sesiapa di luar sana yang ada habit macam tu? Ada.. adik bongsu saya.. Makannya tak ceria tanpa membaca.. hehe..
Banyak ilmu yang kita bole dapat dengan membaca ni. Tentang apa-apa saja.. Apa yang saya nak tahu? Saya boleh dapat dengan membaca. Memang tak rugi..
Kadang-kadang adalah satu kelebihan pada diri sendiri bila kita lebih mengetahui sesuatu berbanding orang lain, tak kiralah sesama kawan-kawan atau keluarga. Dan satu bonus lagi, bila mereka semua tu akan mendapatkan kita semata-mata mahukan ilmu dari kita.. Kita dapat pahala bila kita ada ilmu.. Dan orang pun akan pandang kita sebagai orang yang berilmu kan?
Menjadi ibu ni menyebabkan saya mula alert tentang diri saya sendiri. Saya mahu menjadi ibu yang dicontohi. Saya sendiri mahu anak saya rajin membaca..
Saturday, January 13, 2007
Sekolah Baru
Assalammualaikum.. dah lama betul x menulis dalam blog ni.. Sedar tak sedar Afif dah tumbuh 2 batang gigi. Sebab dia dah pandai meniarap dan asyik nak merangkak, saya pindah kan dia ke sekolah baru.. A nursery which is nearer to our house.
Sebenarnya tak dekat sangat pun, dalam 200 meter kot dari rumah. Pernah sekali abang amik Afif dari sekolah baru tu berjalan kaki. Berpeluh2 jugak dia. One day i will try that. Bersenam juga tu kan..
Kebetulan officemate saya, Kak Nora, cadangkan tempat tu sebab daughter dia juga kat situ. Alhamdulillah setakat ni ok je Afif kat situ. Nampak badan dia bersemangat.. Kuat makan la tu..
Monday, January 08, 2007
Oleh Humyrah Pada 1:58 PM 3 ulasan
Topik baiti jannati
Kelahiran
Assalammualaikum..Post ni saya tujukan khas untuk sahabat saya, Ungku Azreena.
Ya, saya gembira lagi. Baru dapat tahu sahabat saya, yang saya kenali sejak di bangku sekolah rendah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan.. :) Alhamdulillah.
Saya kenalinya sebagai seorang yang yang lemah lembut, ceria dan begitu mengambil berat. Dialah (antaranya) yang bergegas ke hospital untuk melawat saya ketika saya mengalami leaking sewaktu 6 bulan setengah mengandungkan afif..(sehingga kini, bila ingat semula, macam x percaya bahawa saya terus bersalin seminggu selepas tu)
Saya yakin kehidupannya bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya ini. Wah, kawan saya dah ada tiga orang anak! (Hmm..insyaAllah kalau afif dah besar sikit, mama 'carikan' adik pula ya)
Saya doakan agar rezeki nya bertambah murah dengan kelahiran puterinya itu (sudah tentu), dan sentiasa bahagia..Amin..
Lirik lagu di bawah ini, saya tujukan buat si kecil yang baru lahir. (Lagu ini juga sering mengingatkan saya kepada afif saya)
Perjalanan masih jauh harus kau tempuh
Ku di sini memerhati tanpa rasa sangsi
Jangan gentar ada sabar semai di jiwa
Ku di sini mendampingi agar kau mengerti
Berlarilah kau berlari
Terbanglah dikau terbang tinggi
Bumi yang engkau jejaki
Janganlah dikau lupai
Andai kucapai si pelangi
Akan kuserah kepadamu
Agar dapat kau mewarnai
Seluruh hidup nanti
Yang hitam harus dijauhi
Jangan disimpan dalam hati
Putihkan jiwamu dengan Kasih suci
Kuterima dirimu dengan seadanya
Dalam suka dalam duka Kau tetap cahaya
Ku bersyukur pada Yang Esa
Punya segala-galanya
Sederhana tapi oh sempurna
Friday, October 20, 2006
Rumah baru..
Semalam adalah malam pertama kami tiga beranak tidur di rumah baru. Walaupun barang2 banyak yang belum diunpack (sebab penat balik kerja), but ok lah, boleh lah tidur. Esok2 sambung lagi kemas. So far, ada juga 2-3 perabot yg kena beli. Maklumlah raya nanti mesti ramai kawan2 nak dtg rumah kan. Tak salah nak berbelanja sikit asalkan mampu...
Afif semalam banyak sangat bermain.. galak sungguh.. Seronok dia jumpa tok-tok dan makcik-pakcik nya. Kebetulan ayoh cik dan cik nah jemput berbuka dgn saudara mara (sebelah abang), jadi riuh rendah lah rumah mereka. Afif mmg suka ramai2 org sekitar dia. Mcm2 bunyi dan aksi dia akan buat..Cicit pertama lah katakan, jadi tumpuan kepadanya lebih dari yang lain.
Jadi malam tu, mungkin kerana afif penat, dia PERTAMA KALINYA tidur tanpa buai langsung. Biasanya mmg kena dodoikan dia dalam buai sampai lena, lepas tu baru angkat ke atas tilam.Kira record lah ni.. :)
Dan saya, sbg mamanya, mgkin kerana kepenatan jugak, tertidur LENA terus lepas solat malam. Lena di sini bermaksud...
.....Pertama kalinya saya tak sedar bila afif bangun kelaparan..Saya hanya tersedar apabila afif dah meniarap dari tilamnya ke lantai.. :( mean, mean mama of me..Sian afif, dia nangis2 mama tak pedulikan ya....
Saya terus angkat afif dan menyusukannya. Nasib baik susu botol dah siap. Lapar sungguh dia. Lepas nyusu terus tidur balik..Comel..
Sunday, October 15, 2006
Oleh Humyrah Pada 8:08 PM 1 ulasan
Topik baiti jannati
Bidadari syurga
Sepasang suami isteri pulang ke rumah setelah penat bekerja. Entah mengapa, mungkin kerana kepanatan, si isteri tak henti2 membebeli suaminya. Ada ketika, suaranya, walaupun tidak tinggi, tapi kedengaran memarahi si suami. Si suami x membalas, tetapi hanya mendiamkan diri..
Malam itu, ketika mereka masuk ke bilik untuk tidur, si suami dengan mesra memeluk isterinya dan berbisik padanya..
Suami: Sayang, sayang marah2 tadi..boleh berdosa tahu.. X baik marah2 abang macam tu..
Si isteri diam..Terdengar seketika keluhannya..
Suami: Sayang tahu tak, kalau sayang marah2 abang, siapa yang akan marah sayang balik?
Si isteri: Allah marah sayang..
Suami: Lagi? Siapa lagi akan marah sayang selain dari Allah?
Si isteri: Ada lagi ke bang? Siapa?
Si suami: Bidadari2 syurga akan marah sayang..Mereka akan marah pada sayang dan berkata "Wahai perempuan yang memarahi suaminya..kau akan hidup dgn suamimu di dunia ini yang sementara, sedangkan aku akan hidup dengannya selama-lamanya"
Si isteri memandang suaminya, memeluk erat dan terus menangis..
Si isteri: Tak boleh, tak boleh, abang milik sayang, orang lain tak boleh ambil abang dari sayang.
Si suami: Jadi sayang kena taat dengan abang, tak boleh marah2 abang begitu ya..nanti sayang boleh jadi ketua bidadari abang di syurga..
Si isteri: Maafkan sayang abang, ampunkan sayang..Sayang janji tak akan marah2 pada abang lagi..
Si suami tersenyum..
Kisah teladan untuk para isteri.
Tuesday, October 03, 2006
Oleh Humyrah Pada 5:38 PM 1 ulasan
Topik fikir-fikirkan
Little caliph ke sekolah...
Lama dah x menulis kat blog ni..Sibuk memanjang.. Alhamdulillah hari ni ada masa menulis :)
Pagi tadi bangun awal, sebab kena anta afif ke sekolah.. ke sekolah? Baby 7 bulan ke sekolah ke? Hehe.. sebenanya hari ni hari keempat afif dihantar ke rumah babysitter dia, rumah kak zainon. Umah dia umah flat. Tingkat 7..Nasib baik ada lift.. tiap2 hari saya anta dia sorang2 sebelum ke tempat keja. So kena ngendong dia sambil bawak bakul berisi pampers dan baju2 dia. Ngendong dengan carrier dia tu, ala yang tali ikat2 keliling badan tu. Suami saya kata.. "B macam mak indon la..hahaha.." hmm..
Sepanjang si kalifah kecil ni duk kat umah kak zainon tu, xe masalah pape. Alhamdulillah sangat, Allah permudahkan urusan saya dan suami. Akhirnya dapat juga cari pengasuh yg beriman (insyaAllah, setakat yg saya dan suami nampak), yg menjaga aurat nya ketika bersama yg bukan muhrim (kak zainon cepat2 pakai tudung bila suami saya nak masuk rumahnya). Dan semalam, saya lebih terharu..
Abang pergi ke rumah kak zainon utk bawak afif balik, saya x pulang kerja lagi. Dia pergi pun, x bagitahu detail pun pukul berapa, biar surprise sikit..
Masa tu kebetulan lepas berbuka.. abang kata, dia ketuk pintu, tapi xde orang buka..tunggu punya tunggu.. rupanya suami kak zainon tengah baca yaasin depan afif.. :)
Alhamdulillah ya Allah..
rindu pada si kecil yg comel tu..
Monday, October 02, 2006
Oleh Humyrah Pada 12:40 PM 4 ulasan
Topik baiti jannati
Assalammualaikum
Bismillahirrahmanirahim..
Alhamdulillah, syukur kepada Allah dapat juga saya mulakan blog ni setelah sekian lama mencuri waktu.. Hehe sekarang dah ada blog sendiri..
