Rumah baru..

Semalam adalah malam pertama kami tiga beranak tidur di rumah baru. Walaupun barang2 banyak yang belum diunpack (sebab penat balik kerja), but ok lah, boleh lah tidur. Esok2 sambung lagi kemas. So far, ada juga 2-3 perabot yg kena beli. Maklumlah raya nanti mesti ramai kawan2 nak dtg rumah kan. Tak salah nak berbelanja sikit asalkan mampu...

Afif semalam banyak sangat bermain.. galak sungguh.. Seronok dia jumpa tok-tok dan makcik-pakcik nya. Kebetulan ayoh cik dan cik nah jemput berbuka dgn saudara mara (sebelah abang), jadi riuh rendah lah rumah mereka. Afif mmg suka ramai2 org sekitar dia. Mcm2 bunyi dan aksi dia akan buat..Cicit pertama lah katakan, jadi tumpuan kepadanya lebih dari yang lain.

Jadi malam tu, mungkin kerana afif penat, dia PERTAMA KALINYA tidur tanpa buai langsung. Biasanya mmg kena dodoikan dia dalam buai sampai lena, lepas tu baru angkat ke atas tilam.Kira record lah ni.. :)


Dan saya, sbg mamanya, mgkin kerana kepenatan jugak, tertidur LENA terus lepas solat malam. Lena di sini bermaksud...

.....Pertama kalinya saya tak sedar bila afif bangun kelaparan..Saya hanya tersedar apabila afif dah meniarap dari tilamnya ke lantai.. :( mean, mean mama of me..Sian afif, dia nangis2 mama tak pedulikan ya....
Saya terus angkat afif dan menyusukannya. Nasib baik susu botol dah siap. Lapar sungguh dia. Lepas nyusu terus tidur balik..Comel..

Sunday, October 15, 2006

1 Comment:

Unknown said...

wah!! rumah baru.. ku ngan wife pun dah berkira2 nak cari rumah beli sendiri.. lagi best kalu ada rumah sendiri.. nak hias apa2 pun sukati..

raya ni.. kawan2 p2i tak berapa ramai yang akan datang kot.. ramai yang kerja.. huhuhu

mr_rizal

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger