Little caliph ke sekolah...

Si kecil dalam carseat..yang digunakan ke sekolah..

Lama dah x menulis kat blog ni..Sibuk memanjang.. Alhamdulillah hari ni ada masa menulis :)

Pagi tadi bangun awal, sebab kena anta afif ke sekolah.. ke sekolah? Baby 7 bulan ke sekolah ke? Hehe.. sebenanya hari ni hari keempat afif dihantar ke rumah babysitter dia, rumah kak zainon. Umah dia umah flat. Tingkat 7..Nasib baik ada lift.. tiap2 hari saya anta dia sorang2 sebelum ke tempat keja. So kena ngendong dia sambil bawak bakul berisi pampers dan baju2 dia. Ngendong dengan carrier dia tu, ala yang tali ikat2 keliling badan tu. Suami saya kata.. "B macam mak indon la..hahaha.." hmm..

Sepanjang si kalifah kecil ni duk kat umah kak zainon tu, xe masalah pape. Alhamdulillah sangat, Allah permudahkan urusan saya dan suami. Akhirnya dapat juga cari pengasuh yg beriman (insyaAllah, setakat yg saya dan suami nampak), yg menjaga aurat nya ketika bersama yg bukan muhrim (kak zainon cepat2 pakai tudung bila suami saya nak masuk rumahnya). Dan semalam, saya lebih terharu..

Abang pergi ke rumah kak zainon utk bawak afif balik, saya x pulang kerja lagi. Dia pergi pun, x bagitahu detail pun pukul berapa, biar surprise sikit..

Masa tu kebetulan lepas berbuka.. abang kata, dia ketuk pintu, tapi xde orang buka..tunggu punya tunggu.. rupanya suami kak zainon tengah baca yaasin depan afif.. :)

Alhamdulillah ya Allah..
rindu pada si kecil yg comel tu..

Monday, October 02, 2006

4 Comments:

hakim dirani said...

Hebat! bila membaca tulisan ini terharu saya melihat kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya.

Unknown said...

sob.. sob.. sama aaa... skang bukan senang nak cari babysitter yang betul2 bercirikan babysitter.. even tadika abim pun belum tentu boleh pakai..

ni cerita tadika abim kat depan rumah saya.. budak2 diberi minuman yang berisi ubat tidur pada masa tertentu, tujuan untuk menidurkan diorang dan memudahkan kerja cikgu2 muda sekolah abim tu..

ada ke patut.. kecil dah terdedah ngan benda2 camtu, macam mana hotak anak2 melayu nak jadi genius..

mr_rizal

Humyrah said...

hakim dirani : ya, begitulah kasih sayang mak dan ayah kita kepada kita dahulu.

rizal : masyaAllah .. ye ke.. bahaya ubat tidur, boleh effect otak anak2..dadah yg kuat tu.

Moga anak2 kita terhindar dari perkara2 yg x elok.. dan terima kasih kerana membaca blog saya. ;)

Humyrah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger