Siapa Dia?

Dia pulang dari kerja agak lewat malam itu. Seperti biasa, dia memandu ke rumahnya. Dia agak kepenatan, mungkin kerana tak cukup tidur.

Sebelum pulang ke rumah, dia akan mengambil anaknya dari nursery dahulu. Suaminya yang menunggang skuter, pulang lebih lewat darinya malam itu.

Walaupun jarak dari rumahnya ke nursery anaknya tidak jauh, namun dia akan memandu ke rumah dahulu. Dia menggunakan jalan belakang yang lebih lurus ke rumahnya. Dia akan membuka pintu pagar, kemudian barulah ke nursery dengan keretanya. Dia buat begitu supaya mudah untuk memasukkan keretanya sebaik saja mengambil anaknya. Jika dia tidak buat begitu, dia terpaksa meninggalkan anaknya di dalam kereta untuk membuka pintu pagar. Anaknya akan menangis meraung-raung jika ditinggalkan. Kadangkala hingga termuntah-muntah di dalam keretanya.

Jadi pada malam itu, setelah membuka pintu pagar, dia memandu ke nursery. Dia mengambil anaknya yang sudah keseorangan di nursery itu. Semua kanak-kanak lain sudah pulang.

Mereka dua beranak menuju ke rumah. Dia memandu melalui jalan yang berbeza dari sebelum ini. Kali ini menggunakan jalan depan yang banyak simpang.
Mereka menuju ke simpang terakhir ke rumahnya. Kelihatan rumah mereka dengan pagar yang sedia terbuka.. tidak berapa jauh lagi. Dia terus memandu masuk ke perkarangan rumah. Enjin kereta dimatikan.

Dia keluar dari kereta, mendukung anaknya dari tempat duduk bayi di sebelah tempat duduknya. Terasa gelapnya kawasan rumah.. Mungkin kerana malam itu bulan tidak muncul. Mungkin juga lampu jalan yang paling dekat, sebenarnya tidak berapa dekat..

Dalam kesuraman itu, dia mengeluarkan kunci rumahnya..sedia untuk membuka pintu.

Dia ternampak pasu bunga di tepi pintu. Eh, dia tak pernah tanam pokok bunga itu..

Di atas lantai.. kasut dan selipar bertaburan.. Padahal rasanya baru pagi tadi dia susun semuanya. Siapa punya kerja?

Dia meninjau sekeliling.. Dari mana pula datangnya ampaian yang besar ini? Baru beli? Anak2 baju yang tergantung di ampaian itu kelihatan lain saiznya...Siapa punya?

Lain saja rasanya..

Akhirnya dia sedar, itu bukan rumahnya. Itu rumah jirannya. Jiran sebelah punya rumah rupanya!!!

Saturday, March 24, 2007

6 Comments:

Nora said...

penat sgt mama afif ni agaknye..smpai salah masuk umah :p
malunyeee...ade sesape nmpak tak? hahahah!

~albazrah~ said...

Aduh...kok bisa silap rumah? Lagi ngapaen? Berkhayalkah? Nyaris ku fikirkan ada rompakan...ada kecurian... Astaghfirullah...

Salam Maulidur Rasul

sha said...

hahahaaaa.. yan.. yan.. ish awat laa haru sgt tu?? Nak kate ternyanyuk.. muda lagik.. ish ish ishhhh.. malunye saye blush.. blushh.. =P

Humyrah said...

kak nora > nasib baik xde sape nampak kak.. kebetulan jiran yan tu keluar rumah sekejap, so dia pun bukak pagar rumah dia

kakteh >bukan berkhayal.. saya pun tak tahu mengapa saya salah rumah.. nasib baik anak saya tak bising..

kak sha > nyanyuk? hehe..

Unknown said...

moderate cerita memang macam thriller...
susunan ayat macam seram jer...
penghabisnya memang best giler...
Boleh menang award best story of the yerr..

muuuaaahahahahahaaa...

Humyrah said...

Mr. Rizal> ya, ia kisah seram dan tragis.. :p

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger