Tentang Si Harraz

Saya nak post tentang si Afif Harraz ni pula. Nanti dia dah pandai membaca, risau dia merajuk.. 'Mama tak cerita pun tentang saya dalam blog mama?' Alahai, sekarang ni Afif merajuk memanjang, muncungnya panjang..


Harijadi Afif jatuh pada 21 Februari lalu, lebih kurang seminggu selepas saya bersalin Hayyan. Ulang tahun yang ke-2. Hadiah harijadinya? Selain hadiah mainan yang murah (mahal pun jahanam juga akhirnya..heh), abang bawa Afif ke kedai gambar. Buat gambar pasport.. Tiap-tiap ulangtahun kami akan buat gambar pasport dia untuk kenang-kenangan.

Babak-babak semasa photoshoot --->

Eh, lampu tak on lagi.



Ala afif, senget laa.


Gambar untuk apply kerja ke? Serius je.

Abang punya angkara, rambut Afif jadi bertepek-tepek.. Banyak sangat letak baby oil. Siap ada antena lagi kat rambut tu. Hehe.


Gambar-gambar Afif sejak kecil sampai sekarang -->

usia : 1 hari. Nampak je besar, berat 1 kg je. Dah pandai masuk tangan dalam poket, eh pampers (ke tu??). Pampers paling kecik tu pun sampai ke lutut. Sian dia.


Usia : 5 Hari. Still dalam (open hud) incubatior lagi. Bantal diperbuat dari kain yg digumpal-gumpal. Nak sentuh dia kena sabunkan tangan dulu.


Usia : 10 Hari. Sedang belajar bernafas sendiri dalam kotak oksigen. First time without ventilator/tube. Meronta-ronta tendang kotak tu. Hmm masa ni dah tido, penat meronta kot.


Usia : 1 Bulan. Afif mampu bernafas sendiri sekejap sj, kemudian terpaksa masuk tiub semula. Masa ni dia sedang menolak-nolak 'benda' yang melekat kat hidungnya. Sedih melihat dia menangis tak henti-henti.


Usia : 2 bulan. Badan dah makin berisi. Macam nak bergusti je tu..


Usia : 6 bulan. Keluar wad sejak 3 bulan sebelumnya. Badan kurus aje tapi boleh tahan nakalnya..


Usia : 1 tahun. Belum pandai berjalan, tapi sudah pandai duduk sambil makan dengan kedua-
dua belah tangan.



Usia : 1 Tahun 6 Bulan. Sudah pandai dibawa berbincang. Gambar diambil ketika ayah bagi lecture 'kenapa afif suka letak cawan merata-rata'. Cawan di sebelah tu adalah 'bahan bukti'.


Usia : 26 tahun. Err.. tu usia saya. Gambar diambil semasa birthday saya Januari lalu.
Usia Afif: 1 Tahun 11 Bulan. :)

Tuesday, April 15, 2008

Khalifah di Syurga

Assalammualaikum. Saya dah kembali ke KL, bekerja, pandu kereta dll. Lega rasanya. Kawan ramai tanya, saya OK ke.. Terima kasih ya semua, saya OK saja. Saya berkongsi gambar arwah Abid Hayyan dengan mereka. Ada yg sy emailkan (ex opismate, kwn2 lama). Rata-rata mereka kata "Arwah tak nampak kekurangannya.. nampak macam baby normal je." Saya rasa itulah kurniaan Allah, dia pergi dalam keadaan yang TERBAIK.

Abang pun share gambar Hayyan dgn kawan2 opisnya. Opismate abg (yg wanita) menangis bila lihat, siap pergi ke bilik air untuk basuh muka. Bila keluar, dia kata "Amin, ko jagala si yan tu baik2 ya..". Halusnya perasaan wanita kan. Hehe.
Ok mari bercerita..

Bila Hayyan dilahirkan pada 9.39am, saya rasa lega dan tak sabar nk lihat wajahnya. Dalam keadaan saya sedang dijahit, doktor bawa Hayyan kepada saya. Hayyan tak buka mata, Hayyan masih bernafas tapi wajahnya pucat. Tiada tangisan dan raungan.. "Awak tengok anak awak ya. Sah penyakit tu".

Dalam setengah jam kemudian, saya selamat dan dibawa keluar dari bilik bedah. Hanya mampu disorong dan terbaring. Kemudian saya nampak abang yang sedang menunggu. Di sebelah abg ada baby cot. Saya tau Hayyan di situ.

Abang datang pada saya, namun dia biarkan saja Hayyan dalam cot tu. Saya rasa pelik. Saya minta melihat Hayyan, tapi Hayyan dah dibalut dgn kain. Wajahnya ditutup. Saya terkejut dan menangis..
"Hayyan dah tak ada.. B dah tau kan.."
"Tak! kat bilik bedah td Hayyan ok.. td dia ada.."

Abang memujuk saya. Sesekali dia mengesat airmatanya. Saya melihat Hayyan. Indah sungguh wajah dia. Tak terlihat pun kekurangannya. Ya Allah, dia pergi juga. Saya cium pipinya. Putih dan gebu. Saya cium matanya, hidungnya. Alahai comelnya.

Kekasihku, jangan bersedih lagi
keringkanlah titisan airmata di pipi..
Kekasihku, tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga, halangan yang melanda
Melenyapkan, impian bersama..
Jangan dikesali atas apa yg terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya, membuahkan bahagia...

Thursday, April 10, 2008

Ipar

Terlintas di hati untuk menaip tentang ipar kerana saya masih tinggal di rumah mertua saya. Di sini, saya ditemani tok, umi, ayoh (ayah), Afif dan adik ipar lelaki saya yang muda setahun dari saya. Suami saya di KL.

Walaupun di rumah keluarga, saya masih mengenakan tudung seperti saya berada di luar. Saya sudah biasa. Begitu juga jika ada perhimpunan keluarga seperti hari raya & majlis perkahwinan. Pernah sekali saya ditanya oleh sepupu kecil,
"Mengapa kak pakai tudung lagi? Semua dalam rumah ni kan keluarga kita?"
"Ya memang keluarga. Tapi kan dengan sepupu dan adik ipar kena tutup aurat juga.."
Dia mengangguk-angguk.

Dan baru-baru ini, adik ipar saya memohon kerja di KL, tak jauh dari rumah kami. Saya sendiri mengajak adik ipar saya untuk tinggal bersama kami memandangkan rumah kami mempunyai 5 bilik. Terlalu banyak bilik untuk kami sekeluarga. Adik ipar nampak gembira.

Jika jadi, saya kena pakai tudung di rumah.. Harap-harapnya Afif tak confius dengan mamanya!

- Peluang adik ipar mendapat kerja di situ sangat tinggi kerana dia direkomen oleh Abang Long saya sendiri.
- Haram membuka aurat begitu juga bersentuhan. Sayang sangat bagi muslimah yang bertudung di luar jika di dalam rumah dibuka pula. Cubalah perfect kan penjagaan aurat kita.

Friday, March 14, 2008

Perginya 'Yang Hidup'

Maaf lama tak update. Saya masih 3 minggu dalam pantang. Sekarang saya berada di rumah mertua di Kelantan, sambung berpantang di sini. Ada internet, dapatlah online.

Alhamdulillah sy selamat melahirkan anak ke-2 pada 15 Februari yg lalu di Hospital Serdang. Kali ini melalui pembedahan LSCS (Lower Segment Caesarean Section). Namun hayat putera kami, yg kami namakan *Muhammad Abid Hayyan tidak dapat bertahan lama.. Arwah Hayyan meninggal dunia selepas dilahirkan.

Sewaktu anak Rasulullah, Ibrahim meninggal dunia, baginda memangku jenazah anaknya lalu menitiskan air mata. Ya, Nabi menangis.. Bila ditanya, jawab nabi,
"Aku melarang raungan akan kematian. Namun jika sekadar mengalirkan air mata, ia adalah suatu rahmat dan menunjukkan kelembutan hati. Siapa yang tiada rahmat, maka dia tidak dirahmati Allah,"

Sedih. Sabarlah. Sementara saja.

Dan akan datang di akhirat nanti ketika semua manusia dihimpun untuk dihitung untung nasib mereka.. Tiba-tiba datang anak-anak kecil yang comel dan berseri-seri wajah mereka. Mereka berlari-lari sambil mencari-cari. Di tangan mereka ada cahaya, sementara sebelah tangan lagi memegang cawan emas berisi air. Di saat semua orang menggelupur kehausan, anak-anak itu mengendahkan. Kata anak-anak itu,
"Kami adalah anak-anak Islam yang meninggal dunia ketika kecil. Air ini kami bawakan hanya untuk orang tua kami,"

'Bergembiralah kerana dia akan menanti bonda & ayahanda di sana. Penebus & mberi syafa'at. Semoga ujian ini mengangkat martabat kalian berdua di sisi Allah' (SMS dari Kakteh. Terima kasih)

Gembira. Saya akan menanti saat bertemunya semula. Harapnya di sana nanti keadaan saya juga berseri-seri :) Terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai yang datang melawat (walaupun tiada baby hmm), sms yg disertakan doa dan ucapan takziah, dan juga sahabat yang telah bersedekah kepada arwah. terima kasih tak terhingga..

Saya akan taip posting tentang pengalaman saya ketika melahirkan arwah Hayyan. Sekadar merakamkan kenangan.

* Muhammad - Yang Terpuji
Abid - Hamba Yang Rajin Beribadah
Hayyan - Yang Hidup

Sunday, March 09, 2008

Maal Hijrah & Perancangan Kewangan

’Jgn lupa ptg ni (sblm maghrib) baca doa akhir th & doa awal th lepas maghrib’
‘Sudah baca doa? Umi dan ayah esok btolak ke kl’

Petikan SMS dari umi. Dah menjadi rutin umi hantar reminder setiap maal hijrah, nisfu syaaban dan lain-lain pada setiap tahun. Terima kasih umi. Dan hari ini umi dan ayah bertolak ke KL dari Pasir Mas. Moga selamat sampai kedua-duanya.

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua. Kita gandakan azam kita, sempena juga tahun baru 2008 ni. Rancang kehidupan dunia dan akhirat. Jadikan azam tu lebih spesifik.. Macam doa lah juga. Doa kita setiap hari pun kena spesifik kan.. Contohnya ”Tahun ni aku nak jadi muslimah yang lebih baik..” Tapi baik dari segi apa? Lebih baik kita spesifikkannya – ”Tahun ni aku nak tutup aurat”, Atau ”tahun ni aku tekad tak mau lengah-lengahkan solat..”

Azam juga adalah perancangan. Tak semestinya setahun sekali. Untuk sasaran jangka masa panjang, azam 5 tahun juga boleh diaplikasikan.. Mereka yang sudah berkeluarga terutamanya, adalah sangat-sangat digalakkan mempunyai azam jangka panjang macam ni. Lebih indah bila plan sesama suami-isteri J Contohnya ”dalam 5 tahun ni aku nak usaha habiskan study master aku, dapat kerja, dan ada rezeki nak cuba memiliki sebuah rumah sendiri”. Atau ”Dalam 5 tahun ni aku nak cukupkan duit untuk hantar mak dan abah pergi haji”. Sekadar contoh sahaja ya... Ringkasnya, kita cuba buat yang terbaik dengan perancangan yang dah dibuat tu. The rest, kerja Allah.

Saya hanya berkongsi sedikit maklumat dari pengalaman dan bacaan dari buku. Kita sama-sama mengingatkan antara kita.

Hm lagi satu, perancangan kewangan juga sgt penting. Macam mana kita nak get the highest profit of our savings. Baru-baru ini duit pelaburan yang saya handle dah mencapai keuntungan 13% dalam masa 3 bulan! Alhamdulillah, thanks to the beauty of unit trust (unit amanah) investment. Ramai orang mempunyai stigma dan blueprint bahawa UT investment ni mempunyai risiko rugi, kurang dipercayai, kena ada duit yang banyak dan lain-lain. Hmm hakikatnya sangat berbeza.. banyak lagi kelebihan lain yang kita pun tak sangka kalau kita tak ambil tahu.

Friday, January 11, 2008

Selamat Datang Ke Dunia Pendidikan!

SMS di awal pagi rupa-rupanya dari Amni. ‘Saya sekarang jadi tutor di UDM’ katanya. Seronok saya mendengarnya. Begitu juga dengan Kak Teh. Sekarang dia pun dah jadi pensyarah. Alhamdulillah. Tahniah kepada dua beradik ini.

Ramai kalangan kawan-kawan saya menjadi pendidik. Saya sendiri rasa teruja. Ada yang mengeluh kerja banyak, ada yang seronok menimba pengalaman baru. Saya harap saya jadi seperti mereka juga nanti. Just a matter of time.. InsyaAllah!

Oh ya, ni gambar siapa ya?



Fernando Torres datang ke Malaysia ke?......

The 'Death Bringing' Dysplasia

Thanatophoric dysplasia (TD) Type 2 is the most common form of skeletal dysplasia that is lethal in the neonatal period. The term thanatophoric derives from the Greek word thanatophorus, which means "death bringing". Characteristics of TD include severe shortening of the limbs, a narrow thorax, macrocephaly, and a normal trunk length.

Infants with this condition have disproportionately short arms and legs with extra folds of skin. Other signs of the disorder include a narrow chest, small ribs, underdeveloped lungs, and an enlarged head with a large forehead and prominent, wide-spaced eyes.

An unusual head shape called craniosynostosis ("cloverleaf skull") is seen with type 2 thanatophoric dysplasia.

Infants with TD are usually stillborn or die shortly after birth from respiratory failure; however, some children have survived into childhood with significant medical help. These children are severely mentally handicapped due to a variety of brain abnormalities and have difficulty breathing on their own.

Menyedari keadaan kandungan, saya telah diberi pilihan untuk menggugurkan kandungan pada pertemuan pertama dgn Dr. Norazimah dahulu. Tapi saya berniat untuk meneruskan juga jadi Dr. Norazimah anggap bahawa that is not an issue anymore.

Disebabkan kandungan sudah besar.. saya hanya boleh melahirkan dengan kaedah pembedahan caesarean. Alahai, saya paling takut kena caesar ni. Bagi saya, biarlah sesakit manapun bersalin biasa, asalkan bukan caesar. Tak boleh bersalin normal kerana..

- Saiz kepala baby terlalu besar. Secara relatif, 6 minggu lebih besar dari sepatutnya. Dan mungkin lebih besar lagi..
- Keadaan tulangnya yang abnormal tidak dapat membantunya untuk ‘turun’ semasa proses kelahiran secara normal. Dia tak mampu push himself/ herself out..
- Air ketuban yang terlalu banyak boleh menyebabkan kelahiran normal sukar bagi saya. Luka besar dan perndarahan yang banyak boleh berlaku.
- Boleh menyebabkan kematian baby serta merta.

Ok, saya dah banyak membaca dan bertanya dgn kawan2 tentang caesar ni. Jadi, isu ini selesai. Isu kedua ialah – memandangkan air ketuban terlalu banyak, saya ada risiko premature labour (melahirkan anak yang tidak cukup bulan). Dr Baskaran dan Dr. Norazimah memberi pilihan sama ada saya mahu bersalin sekarang (sebelum 37 minggu usia baby) atau menunggu saja waktu untuk dilahirkan. Menurut mereka, kedua-dua pilihan saya itu tidak mempengaruhi keadaan baby selepas lahir.. Lahirkan sekarang atau menunggu waktu adalah sama saja. Kata Dr. Baskaran, "You deliver now or you just wait, the outcome is still the same.. there is no hope for the baby to survive." Kejam saja bunyinya.. :(

Pelbagai nasihat dan saranan dari keluarga dan rakan-rakan. Antaranya...

- Jika saya mahu bersalin sekarang, saya perlu dapatkan pengesahan dari pakar psikologi (Dr. Norazimah akan uruskan, katanya). Prosedur ini perlu kerana undang-undang perubatan di Malaysia tidak membenarkan kelahiran sebelum 37 minggu kecuali mendapat pengesahan dari segi medikal dan mental. Kemudian, saya set tarikh bila untuk bersalin, dan bersedia ke bilik bedah. Setelah bersalin, saya boleh get over it dan teruskan kehidupan macam biasa dengan lebih cepat.

Atau

- Jika saya mahu menunggu, saya mungkin boleh bersalin bila-bila masa saja kerana risiko premature labour tadi. Boleh wujud keadaan 'emergency caesar'. Saya juga perlu menanggung proses mengandung seperti yang saya alami sekarang. Perut saya semakin besar, saya sering sesak nafas dan saya tak mampu jalan lama-lama. Percayalah, ia bukan seperti proses mengandung yang normal.. huhu.. Boleh saya katakan.. seksa juga..

Doktor-doktor tu beri saya tempoh seminggu untuk beri jawapan. Tapi saya minta lanjutkan tempoh, jadi minggu depan baru saya beri jawapan. Sebenarnya saya dan abang dah ada jawapan sendiri, tapi saya alu-alukan pendapat semua..

Sunday, January 06, 2008

Happy Anniversary, Happy Birthday & Happy New Year!

aidilfitri 2007



I just swear, that i'll always be there
I give everything, and anything
I will always care
Through weakness and strength
Happiness and sorrow
For better for worse
I will love you,
With every beat of my heart...

19 Dis adalah ulang tahun perkahwinan.. untuk tahun 2007 ini, genap 3 tahun usianya. Alhamdulillah! Susah senang diharungi bersama, tak terasa 3 tahun yang berlalu tu. Especially kehadiran Muhammad Afif Harraz yang lebih menceriakan (kadangkala menghuru-harakan.. :) suasana.

Terima kasih Allah atas kurniaan keluarga ini. There’s lot more to come.. banyak perancangan lagi untuk masa depan dan akhirat.. Harapnya segala impian menjadi kenyataan.

Dan selamat hari lahir buat abang!!! 3 Januari lalu genap 26 tahun. Usia dah dikira sbg ’lewat 20-an’ hehe.. Terima kasih atas segalanya. I’m so grateful i have you.

Akhir sekali, Selamat Tahun Baru 2008 buat semua.. Sama-sama kita lebih memanjatkan doa agar tahun ini rahmat Allah sentiasa bersama kita, walaupun dalam keadaan gembira atau berduka. Ambil kesempatan di tahun baru ini untuk merancang pelbagai perkara. Cuba capai apa yang kita ingini. Moga hati kita sentiasa terang setiap hari..

Al - Fatihah Buat Serikandi

Saya sangat terkejut dengan pemergian Benazir Bhutto ke rahmatullah. Sangat ketara nyawanya sangat terancam di bumi sendiri (berdasarkan cubaan membunuhnya ketika beliau baru sampai ke Pakistan). Namun saya bagaikan tak bersedia dengan kematiannya. Saya mengharapkan perjuangannya diteruskan, namun nampaknya tak kesampaian.

Saya teringat di zaman sekolah dahulu, betapa saya sangat membencinya. Mungkin kerana terpengaruh dengan kes rasuah yang melibatkan beliau. Tetapi beliau sebenarnya adalah seorang pejuang yang berani. Kerana keberaniannya, musuh-musuhnya tak senang duduk bila dia kembali ke tempat asalnya ini.

Moga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas roh Benazir Bhutto. Namanya tersemat sebagai Perdana Menteri Wanita Pertama sebuah negara Islam!

Saturday, December 29, 2007

Dari Feto Maternal Unit HKL 2: Appoinment Ke-2

Saya tangguhkan sambungan part 1 hari tu.. Semalam saya ke appoinment kedua, jadi saya updatekan terus.

Kali kedua scan baby di sini. Tak banyak beza result berbanding 2 minggu lepas. Saiz anak sama saja.. relatively tulang-tulangnya terlalu pendek. Kecuali kepalanya makin besar.. Kandungan saya sudah memasuki minggu ke-29, tetapi saiz kepala anak sudah menjangkau saiz 35 minggu.. Terlalu besar!

Scan kali ini mmg sangat lama.. Mula-mula Dr. Norazimah scan, kemudian saya dibawa berjmpa Dr. Baskaran. Dr. Baskaran lebih senior dari Dr. Norazimah. Dan tak pernah saya mengalami proses scan yang sangat menyakitkan.. mungkin kerana Dr. Baskaran ni lelaki. Mungkin dia kurang perasan yang saya sedang menahan sakit.

Di bilik Dr. Baskaran ada dua skrin komputer. Satu skrin menghadapnya, satu lagi betul-betul di kaki katil saya. Apa yg terpapar di skrin Dr. itu juga terpapar pada skrin yg menghadap saya. Ada lebih kurang 5 orang doktor lain, dan 3 nurse memerhatikan skrin itu yang menunjukkan segala struktur tulang baby.

Setelah segalanya selesai, kami dibawa berbincang ke sebuah bilik rehat. Duduk di sofa, saya rasa lebih relaks. Saya harap saya dapat bertenang mendengar penjelasan dari doktor. Dr. Norazimah dan Dr. Baskaran duduk di hadapan saya dan abang. Ada lagi seorang nurse menyertai kami. Penjelasan kedua-dua doktor :

"Sebelum ni kami dah beritahu, baby awak mengalami Fetal Skeletal Dysplasia. (Dalam 175 jenis Skeletal Dysplasia itu,) baby ini mengalami Thanatophoric dysplasia (TD) Type 2 . Kami dapat kenalpasti jenis itu hari ini berdasarkan struktur tulang kepalanya yang berbentuk 'cloverleaf'. Tulang kepala itu memang sangat berbeza dan ia sangat besar berbanding bayi biasa,"

"Apa puncanya penyakit ni doktor?"

"Bukan disebabkan apa yang si ibu pernah makan/tak makan, buat/tak buat.. Juga bukan kerana keturunan. Bukan salah sesiapa. Setiap manusia mempunyai 23 pasang kromosom. Semasa proses pembentukan fetus, ia mewarisi ciri-ciri dari kedua ibubapanya melalui kromosom ini. TD ini terjadi disebabkan mutasi pada kromosom ke-4, iaitu Fibroblast Growth Factor Feceptor 3 Gene (FGFR3). Mutasi pada satu kromosom ini memberi impak pada tulang-tulang baby, "

"Kesan mutasi ini kita dapat lihat dari scan. Tulang-tulang terutamanya pada kepala, kaki, tangan dan rusuk adalah tidak normal. Kepala sangat besar. Kaki dan tangan sangat pendek. Dada kecil. Masalah mula timbul kerana walaupun tulang-tulang tidak membesar, tisu-tisu badan seperti otot, daging dan kulit masih berkembang. Ni menyebabkan daging pada tulang berlipat-lipat dan nampak chubby,"

Saya teringat semasa scan tadi, Dr. tunjukkan saya jari-jari baby saya yang chubby, montel. Kasihan dia.. dia tak dapat merapatkan jari-jari tangannya..

"Tulang rusuk juga tak membesar menyebabkan dada jadi sangat kecil. Maka paru-paru baby tak dapat membesar. Dia akan sukar bernafas apabila lahir nanti. Tisu badan di bahagian dada sebaliknya terus berkembang, ia akhirnya memberi tekanan pada rusuk. Salur pemakanan, esofagus juga terhimpit menyebabkan baby awak sukar untuk minum. Air ketuban awak semakin banyak dari hari ke hari kerana baby awak lebih banyak kencing berbanding minum.."

"Berapa peratus peluang untuk dia hidup?"

"......... Tak pernah ada baby begini yang hidup selepas 7 hari. Kecuali di luar negara, pernah direkodkan 2 orang baby yang dapat hidup. Seorang hingga 6 tahun, seorang lagi sehingga 10 tahun. But they have no quality of life. Mereka bergantung pada bantuan pernafasan sepanjang hayat, dan mereka tidak boleh bergerak sendiri (ringkasnya, bedridden...)."

Dr. Norazimah membawa sebuah buku tentang penyakit ini. Setelah kami katakan kami sudah bersedia untuk melihat foto-foto kes bayi yang mengalami penyakit ini, dia tunjukkan kepada kami. Kasihan saya melihat foto-foto bayi tu. Allahu akbar..

Saya tak tahu apakah reaksi wajah saya.. Saya tak tahu, saya tak ingat.. Yang saya sedar, tiba-tiba nurse yang sejak tadi berdiri di hadapan kami telah ke sebelah saya dan memeluk bahu saya. Saya dengar sebak dari suara nurse tu.. Dia menangis!

Perbincangan seterusnya lebih kepada bagaimana mengurangkan risiko terhadap saya. Apakah kaedah terbaik melahirkan baby ini.. Adakah saya perlu bersalin awal..

Tak banyak opsyen yang saya ada.. Saya sambung pada entry seterusnya.

Wednesday, December 19, 2007

Kedua

Dialog ni sebenarnya dah lama.. Di awal2 perkahwinan dulu :) Tiba2 saya terkenang2kan pula.

Abang : B tau kan, b ni wanita kedua di hati abang?
Saya : Tahu.. Abang kenalah utamakan umi (ibu mertua saya) dulu. Abang pun sebenarnya lelaki kedua dalam hidup b ni. Abang tahu kan?
Abang : Hmm.. tahu..

Masing2 orang kedua!

Sunday, December 09, 2007

Dari Feto Maternal Unit HKL 1 : Mengukur Si Kecil

Rabu, 5 Dis lepas saya telah ke Feto Maternal Unit HKL, bertemu subspecialist Dr. Norazimah. Tak perlu tunggu lama kerana appoinment dgn beliau dah dibuat awal2 oleh Dr. Wan Hamilton dari Hosp. Serdang. Dengan langkah yang positif, disertai doa dan harapan.. Saya dan abang terus ke bilik ultrasound.

Dr. Norazimah memperkenalkan dirinya. Lembut dan ramah orangnya. Saya baring untuk scan. Abang pula duduk di kaki saya. Skrin jelas di tepi saya. "Kita buat detail scan ya", kata Dr.

Kerana scan kali ini sgt detail dan 3D pula, saya rasa teruja..

Struktur tulang-temulang baby nampak jelas ketara. Dr. beritahu, tulang bahagian apa dan kemudian dia akan 'capture' untuk diukur. Tulang humerus, radius, dll.. Kami mulakan dari kepala baby hingga ke kaki. Ukur lilit kepala, abdomen, dada dll. Segalanya nampak sempurna di mata saya.. Dalam kami sedang seronok melihat2 si kecil ini, tiba2 dia mengangkat sebelah kiri tangannya, melambai2 pada kami!

"Tengok, anak awak say hi!" kata Dr.
Dan ada suara terjerit "Subhanallah!". Saya senyum, suara abang rupanya..

Kemudian doktor periksa aliran darah pada tali pusat. Ada warna biru dan merah, seakan aliran darah di kawasan tali pusat itu. Normal, kata Dr. Dia memeriksa pula bunyi aliran darah tu, saya turut mendengarnya.. Dan di skrin sudah ada graf aliran bunyi tu. Canggih!

Dr. zoom pula ke bahagian otak. Struktur yg tidak saya fahami. "Struktur otak dia pun ok.." Kemudian bergerak ke jantung. Kecil tapi kencang degupnya. Dr. zoom lebih dekat.. Kami nampak 'bilik-bilik' dalam jantung itu.. Nampak derasnya aliran darah keluar masuk. Alhamdulillah normal juga.

Jadi apa masalahnya ya? Ini penjelasannya berdasarkan skrin tu..

Kepala --> Saiz kepala yg kecil. Tp masih ok. Walaubagaimanapun, tulang kepala tidak membulat lonjong seperti yg sepatutnya. Bila Dr. zoom di bahagian kepala itu, baru saya perasan.. memang lain sikit. Ada lekukan ketara di kiri dan kanan.

Paru-paru --> Dari skrin, didapati ukuran dada lebih kecil berbanding abdomen. Sepatutnya dada dan abdomen sama saja saiznya. Ya, saiz dada sangat kecil. Oleh sebab dada terlalu kecil, saiz jantung kelihatan sangat besar hingga meliputi seluruh dadanya. Sepatutnya saiz jantung hanya satu pertiga dari saiz dada. Dan kerana saiz dada yg terlalu kecil juga, peparu tidak dapat membesar seperti saiz sepatutnya...

Tulang tangan --> Sangat kecil. Kandungan saya berusia 28 minggu sekarang, tetapi malangnya, tulang tangannya pendek = usia 15 minggu sahaja.

Tulang paha --> Kes yang sama seperti tulang tangannya. Ukuran seperti baru 15 minggu. Sepatutnya tulang paha sudah mencapai 5cm, tetapi ia baru 1.6 cm..

Air ketuban --> Terlalu banyak. Paras normal ialah 5-25. Setelah didiagnosis, air ketuban saya sudah mencapai 32. Kata Dr., ia menyebabkan saya sering luar biasa penat, mengah2 dan senak. Saya dinasihatkan untuk mengeluarkan air ketuban supaya normal semula. Jika tidak, ia akan bertambah banyak.

Mendengar penerangan Dr. di bilik scan tu, saya merasa syukur.. Di akhir proses scan, Dr. tanyakan kami, "Ada apa2 lagi yg awak nk tengok?" Kami minta lihat jantinanya.. Dr. zoom dan pusing arah kamera.. kami lihat dari arah sisi dan depan. Hehe.. Tak malunya dia..

Kemudian kami melihat gelagat2nya.. Sesekali dia angkat kakinya. Dan yang menarik sekali bila Dr. zoom ke wajahnya, memusingkan sudut supaya kami betul2 menatap wajahnya. Nampak kelopak mata, hidung dan mulut. Comelnya. Tiba-tiba dia membuka mulut, menjelir lidah!

"Anak awak sedang minum air"

Mulutnya terbuka, menghirup air ketuban rupanya. Comel.. Hidungnya mancung juga. Seakan2 wajah Afif :)

Tapi penerangan Dr. tadi hanya pengenalan saja. Banyak lagi perkara yang harus dibincangkan.. Yang akan menceritakan masalah sebenar.

"Kita bincang di meja depan", kata Dr. Norazimah.

bersambung..

Friday, December 07, 2007

Sayang, Anakku Sayang..

Assalammualaikum..

Pagi td appoinment saya dgn specialist O & G Hos. Serdang. Result yg mengejutkan.. Nampaknya mungkin jurnal antenatal saya ni penuh onak dan duri. Namun saya masih mengharapkan happy ending..

Masuk ke bilik pemeriksaan dan ultrasound mcm tak ada apa-apa yg abnormal. Abang dan afif tunggu di kerusi luar bilik, sambil Afif sibuk berlari sana-sini. Saya berharap kali ini dapat tanyakan doktor jantina bayi.. Sebelum ni saya tak ada idea, is it boy or a girl.

"Nanti saya bgth jantina dia.." kata pegawai perubatan tu. Saya senyum tak sabar. Selama ni saya dan abang assume babygirl.

Lama btul doktor tu try to scan.. Kadang2 dia mengeluh "macamana baby ni duduk ni.. tak dapat cari femur dia..kaki pun tak nampak". Akhirnya dia panggil doktor pakar. Hmm kali ni baru betul2 pakar.. Dia cari femur, kemudian baru saya sendiri nampak kaki kecil. Comel. Doktor pakar ni bercakap dlm terms yg saya tak faham.. Tp bunyinya mcm kurang bagus. Datang pula doktor yang lain, wajah dia lebih serius. Macam ada yg tak kena..

"Panggil suami dia.. Suami dia ada kat luar kan?"

Doktor ni memperkenalkan dirinya. Doktor perunding rupanya.

"Family awak ada tak yang mcm org kerdil? Badan normal tp kaki dan tangan pendek?"
Takde doktor.. kenapa?
""Baby ni ada kecacatan sikit.. tangan dan kaki dia pendek. Ketara. walaupun badan dia normal. Awak tau kan, mcm org kerdil tu."
Macamana bole jd mcm tu doktor?
"Ini faktor genetik.. keturunan. Saya akan hantar awak refer ke Unit Fetomaternal, HKL. Tempat tu specialist untuk kes2 mcm ni. Lgpun bayi-bayi mcm ni ada risiko mati dalam kandungan atau gugur. "

Saya rasa mcm susah nak percaya, saya rasa wajah saya berubah. Senyum tadi dah tak ada. Tapi saya rasa ok lagi. Berkali-kali doktor tu menyatakan kepada saya.. Seakan-akan sukar untuk saya terima. Alhamdulillah saya rasa saya ok.. boleh senyum lagi. Boleh bergurau dengan doktor-doktor lain.. Abang pandang saya, pegang tangan saya, "B, ok ke?". Saya senyum aje.

Dalam kereta on the way back, baru saya rasa lain. Rasa sebak skit, then burst into tears. Ya, kebetulan 26 minggu kandungan ni (ikut kiraan). It was about the same news 2 years ago.

So I cried, then i smiled again. Kadang2 tak tau nk emosi apa.. Ya Allah, mengapala harus saya keluh-kesahkan. Semuanya datang dariMu, kembali padaMu.. Dan bukankah dunia ini sementara? Fitrah saya berasa sedih, tp janganlah takdir pula disalahkan.. Bersabar saja. Walaupun kadangkala saya rasa macam tak mampu, bukankah Kau yang lebih mengetahui. Tak ada dugaan dariMu yang aku tak tertanggung!

Datanglah dugaan.. Saya tak takut!!! (sekadar memotivasi diri)

Namun saya masih berharap, segalanya selamat.. Appoinment 5 hb Dis, 10 am di HKL. InsyaAllah!

Thursday, November 29, 2007

Start of Something New.. Again?

Nmpknya matlamat kerjaya saya agak bersimpang siur skrg ni.. Saya pun x pasti bila saya dpt smbung study saya. Tp xpelah, berkorban skit utk family - anak dan suami. Harap2nya lepas bersalin dan abg pun dah habis study, saya dpt semula smbung study saya.. (selagi Kem. Pengajian Tinggi benarkan sy tangguh.. :( )

Dr. Khairina, bekas pensyarah abg (sewaktu abg buat degree) di UKM mencari pembantu untuk satu projek besar di Malaysia Genome Institute. Khabarnya projek tu memakan belanja berjuta-juta RM. Usahasama dengan USM dan UTM. Dr. Khairina offer sebagai RA dia. Dah lama dia panggil, tapi masa tu saya tak terbuka hati bertemunya. Kebetulan saya sibuk exam FMUTM, dan secara part time saya jadi unit trust consultant. Part time sebab saya pregnant, sj nak lebihkan rehat tanpa komitmen tinggi.

Akhirnya selepas 3 kali Dr. Khairina offer jumpa, baru saya terima. Dia beri saya pelbagai opsyen > boleh buat kerja dari rumah, tak perlu masuk ofis selalu pun tak apa, dan yang penting.. dia tak kisah walaupun saya dah pregnant 7 bulan. Hmm.. dia sendiri sedang sarat mengandung rupanya! Namun begitu semasa interview dgn dia, saya rasa sangat risau.. Yelah, dah 3 kali ajak, baru saya terkial2 nk datang.

Walaupun dia mahukan RA dalam bidang IT, tp projek ini lebih kepada bidang Bioinfomatik.. Sesuatu yg terlalu baru untuk saya. Saya kena study subjek berkenaan dengan gen, genom, organisma Leucosporidium antarticum (yis dari antartika, sebagai bahan kajian utama), protein2 dll.. Ringkasnya, saya perlu banyak membaca. Alhamdulillah, membaca bukanlah masalah.. Insya Allah :)

Sebenarnya saya tidak terdesak untuk bekerja, abg sendiri tak kisah jika saya mahu duduk saja goyang kaki di rumah. Cuma saya risau perbelanjaan selepas melahirkan anak makin bertambah, dan alangkah baiknya jika saya dapat shopping lebih2 dengan duit sendiri.. Hehe.. Hmm, kalau anda seorang isteri, tentu anda faham maksud saya > Shopping dengan duit poket sendiri lebih baik.. dan lebih puas..

Hari ini hari kedua saya sebagai staf UKM. Tak lama lg saya akan daftar Afif ke nurseri UKM. Dia pun dah lama x ke sekolah. Macamana la gaya dia berjumpa kawan2 baru nanti.

Seronok rasanya kembali ke suasana bekerja. Lepas ni ada masa, bolehla saya selalu update blog. Saya kena kembali membacalah, currently reading A Practical Guide To The Analysis of Genes And Proteins !

Jumpa lagi!

Friday, November 23, 2007

Antenatal

Assalamualaikum

Al kisah, pd mulanya saya brcadang nk buat jurnal pengalaman saya mengandung selama 9 bulan ni, tp memandangkan byk kekangan (internet connection), so agak lambat sikit baru nk start buat catatan ni. Sekarang pun dah 7 bulan kandungan, so lmbat sgt tp xpelah.

Kandungan kali ini alhamdulillah, lebih lama dari mengandungkan Afif sebelum ni. Syukur, xde apa2 masalah serius. Kdg2 sy terjaga waktu malam, sy check tilam yg sy baring, manalah tau ada air ketuban yg tiba2 pecah.. Mcm kes Afif dulu tu. Trauma sedikit.

Namun baru2 ni masa pergi regular check kat klinik, doc yg periksa kata kandungan lebih besar dari usia jangkaan.. Katanya, "kalau ikut anggaran, patutnya 24 minggu, tp perut awak ni besar mcm dah 28 minggu. Jauh beza ni, sebulan.."
Bila saya tanya, mcm mana boleh begitu? Katanya lg, "mcm2. sebab common ialah salah tarikh, boleh jadi juga sebab air ketuban terlalu byk, bayi terlalu besar, atau ketumbuhan pd rahim."

2 kali doc tu scan, stil dia x dpt jwpan, akhirnya dia beri sy surat utk refer pd doktor pakar O & G hospital serdang. Saya positif, insyaAllah xde yg serius atau negatif. Lumrah ibu mengandung, mcm2 jangkaan blh berlaku.. Minggu depan appoinment sy dgn doktor pakar tu.

Paru-paru = Jalan Tar? (Kisah Afif sakit 10 hari) Part 3

Dalam wad, Afif kena pakai oksigen 24 jam. Mula2 dia mmg menangis tak nak pakai.. Puas pujuk. Pakai neb pula setiap 6 jam. Nasib baik saya pernah pakaikan dia sebelum ni, jadi takde masalah buat sendiri. Itupun mula2 Afif meraung2 tak mau. Antibiotik + drips mmg first day masuk dah pakai. Lagi satu, Afif meragam sungguh. Tak mahu baring atas katil langsung. Saya terpaksa dukung. Dia malu dgn orang lain atau tak selesa kat bilik wad tu, saya pun tak tahu. Akhirnya staf nurse terpaksa tukarkan katil Afif kepada katil saiz besar, supaya saya boleh duduk atas katil tu sambil dukung Afif. Tak larat sungguh, sebab saya sendiri dukung kandungan dalam perut ni. Tapi ragam dia tak lama dah.. 4-5 jam pertama je.

Staf di sini sangat prihatin. Salah seorang nurse tegur saya, mengapa saya letak tong sampah kecil di sisi katil. Saya kata senang sikit saya nak capai, sebab Afif asyik muntah. Tak lama kemudian, nurse tu datang bawa bekas khas berpenutup (yg comel) untuk muntah. Afif juga kerap cirit-birit. Jangan tak percaya, sekali dia cirit, boleh tembus terus ke cadar katil. (Walaupun pampers baru tukar!) Sabar btul nurse di sini setiap kali saya minta tukar cadar... :)

Ramai btul orang melawat Afif. Kebetulan keluarga mertua datang ke KL. Yang kelakarnya, Afif pantang nampak orang pakai baju putih.. Menangis2 dia.. Kononnya tak mau dekat dgn nurse dan doktor. Jadi ada kalangan sepupu kami yang dah plan awal2 pakai baju berwarna selain putih. Yang paling saya tak tahan, bila orang yang Afif tak kenal datang melawat. Macam family Kak Nora dan kawan2 ofis abang. Haa.. haram la Afif nak duduk kat katil. Melekat la dia kat ayah dan mama dia. Ngada-ngada..

Alhamdulillah hari ke-4 dalam wad, Afif improve sangat.. Makin berselera makan. Muntah, cirit-birit takde. Asyik menari2 kat katil, panjat2 pagar katil.. Bila orang sebelah pakai neb, dia sibuk nak pakai jugak. (bunyi neb tu kan kuat.. Afif cepat notice bunyinya tu) Tekanan oksigen reduce, akhirnya tak pakai dah. Cuma satu je yang kena undergo masa hari ke-4 tu. Afif kena buat fisio, proses sedut kahak dalam kahak dan nostrils. Doktor bg option, saya nak masuk ke tak masa proses tu. Saya rasa better saya masuk.. Saya sendiri yg pegang Afif. Kesian tengok dia, bila tiub kecik masuk dalam tekak dan hidung..

Hari kelima??? BALIK!!! Hmm.. tp lewat petang baru dapat keluar sebab ada masalah sistem kat hosp. Bil tak dapat disetel selagi sistem tu tak ok. tapi yg bestnya, keluar je dari wad, ayah cik dan cik nah jemput ke 101 Resort (dekat2 Hosp Serdang je..) untuk berbuka. Dengan muka saya yg kering (air cond hosp. selama 5 hari telah mengeringkan wajah saya), baju yg sempoi, kami ke sana. Best! Puas hati makan kat situ.. percuma pulak tu! Hehe.. Pengalaman jaga Afif ygx sihat selama 10 hari, sangat menginsafkan sy. Betapa Allah beri kita kesihatan, dan bila2 Dia boleh tarik semula. Dan betapa saya teringat jasa ibu bapa. Yelah, kalau dah 10 malam saya x dpt tidur lena, tentu saya terbayang agaknya begitulah pengalaman mak abah saya..

Wednesday, October 03, 2007

Paru-paru = Jalan Tar? (Kisah Afif sakit 10 hari) Part 2

Kisah ni berlaku lebih kurang 2 minggu lepas. Masa tu dah start pose dah. Kira Ujian Ramadhan la ni..

Malam tu lepas Afif muntah2. Peliknya sedang tidur pun dia boleh muntah2. Kerap. Saya dan abang siap buat bekas khas untuk dia muntah.. Senang sikit, kalau tak habis la cadar dan lampin yg ada. Suhu badan dia panas. Kami pakaikan dia baju yang nipis2 je. Kadang2 dia batuk. Biasanya bila dia macam tu, mmg confirm ada kahak. Dan abang akan sedut kahak dia.. Memang banyak. (Saya pernah juga sedut kahak dia. Nak harapkan penyedut tu, tak berapa efisien..)

The next day saya tekad tak nak anta Afif ke klinik. Saya positif, ini demam biasa. Biasanya 2 hari dah sembuh. Lagipun syrup paracetemol dia masih ada. Madu pun ada lagi (ubat untuk batuk/selsema Afif). Malangnya masih tak sembuh. Makin teruk pula. Afif langsung tak mau bangun. Apatah lg nak jalan. Selera makan kosong. Menyusu pun sikit je. Cirit birit berkali-kali. So the following day, kami ke klinik komuniti seri kembangan. It's better to go to gomen, sebab mereka ada rekod. Lagipun mudah kalau kena refer hosp.

Doktor suspect denggi.. Malangnya masa tu elektrik xde kat klinik tu.Mereka x dpt nk buat ujian darah. Jd kami balik dulu, esoknya kembali ke situ. Esoknya, lepas amik darah, doktor kata negatif denggi. Jadi apa masalah Afif?? Doktor tu pun mcm konpius.. (doktor ni bior btul??) Dia kata datang semula lepas 2 hari. Kalau x ok, terus ke Hosp. Macam serius ni..

Sepanjang 2 hari tu, Afif langsung takde improvement. Saya makin hilang sabar bila Afif langsung tak bangun tidur.. Dari pagi sampai 6 petang. Menyusu tak mau, makan tak mau. FLAT... Lewat ptg tu jugak kami terus ke hosp. Dah 5 hari Afif sakit, saya tak mau bertangguh ke klinik lagi. Dalam minda saya, saya agak dia kena food poisoning. Saya siap refer pada kawan saya, Kak Nora sebab anak dia pernah muntah2.

Kat hosp., saya rasa lebih lega. Sebab at least saya tau apa masalah Afif. Doktor kata dia ada masalah pneumonia. Ya, jangkitan kuman pada paru2. Nafas + paru2 dia berbunyi. Alahai... kecil2 lagi ada jangkitan mcm tu. Patutla Afif tak bermaya.. Matanya cengkung sangat. Lembik, susut badan. Berbeza dgn karakter dia sebelum ni. (Lincah dan nakal..)

Banyak doktor dengan banyak soalan.. Macam kena siasat pulak. Kadang2 saya naik penat menjawab soalan. Soalan yang sama pula tu.. Contohnya "Anak awak pernah guna neb (nebulizer) sebelum ni? Berapa kali? Berapa lama pakai ventilator? Pernah guna ubat asthma? Anak awak selalu cungap2? Berapa kali masuk wad? Usia kandungan ketika dilahirkan?" Penat nk cerita sebab masa tu puasa.. :p

Paru-paru = Jalan Tar? (Kisah Afif sakit 10 hari)

Kali terakhir Afif sakit/demam ialah bulan Mei lepas. Masa tu 2 malam demam dia. Memang 2 malam la kami tak tidur. Serius ni, tak tidur.. Kebetulan masa tu sedang cuti kat rumah mertua di Pasir Mas. Bila ke klinik di sana, doktor kata.. "Anak awak ni asthma.." Kami tak percaya Afif athma sebab doktor pakar (Hosp Kajang) yang check dia sebulan sekali tak pernah sebut Afif ada asthma. Alhamdulillah, lepas 2 hari tu Afif sihat. Kami pulang ke KL tak lama lepas tu..

Balik sini je kami terus refer pakar Hosp Kajang yg mmg ada history Afif since birth. Kata doktor ni..
"Memang ada bunyi pada paru2 anak awak ni. Bunyi dia mcm bunyi org yg ada asthma. tp anak awak clinically xde asthma. Peparu dia mmg mcm tu, dah rosak. Kita bayangkan jalan tar. Peparu normal/sihat kita ibaratkan jalan tar yang cantik, licin. tapi anak awak ni lain. Peparu dia macam jalan tar yang dikorek, kemudian ditampal balik. Jalan tu dah tak rata, tak licin. "

Mengapa peparu Afif jd mcm tu? Ni kata doktor tu..
"Bila lahir, peparu anak awak tak cukup matang. Lahir2 terus kena pakai ventilator, nebulizer dll."

"Tapi saya tengok, anak awak stil aktif. Saya bagi 2 hari lagi. Kalau dalam masa 2 hari ni dia flat, nafas cungap2 dan berbunyi, kita kena masukkan dia ke wad"

Masa tu alhamdulillah, dia fully recovered!

Sejak kejadian bulan Mei tu sampai pertengahan September, Afif langsung tak demam. Miraclenya! Sebab sebelum tu, boleh dikatakan setiap bulan ada aje sakit dia.

Rupa-rupanya kali ni, sakit dia lama sampai 10 hari??!!

Start of Something New..

Are You Afraid of Starting of Something Very New To You???
NO!

Saya akan keja dan terlibat dalam bidang yang sangat kontras dengan apa yang saya buat selama ni > FINANCING!

Takut ke? Entahla.. takut campur seronok kot..

Saya positif bahawa saya masih mahu belajar.. Jadi mungkin tak ada masalah. Sekarang ni pun dah start membaca tentang financial, investment, economics dll..

Kerana saya sekarang dah bekerja di tempat baru. Walaupun ofis ni kecil dan baru 4 tahun lahir, tapi seronok.. Ini antara faktor2nya :
1. Manager ku yang supportive dan baik ati..
2. Takde stress mcm company lama.. You work hard, you gain more. kalau malas, sendiri mau ingat.. Yela keja 9-6, mon-fri, kurangla stress kan..
3. Takde politik2 opis.. environment yang friendly.. hehe..

Hmm setakat ni mcm tula.. harap2 last selamanya.. :)

Oh ya saya juga buat part time as wealth advisor. But stil in progress as im in running to take license dulu. Wish me luck! (there's lot more to come)

oh ya.. saya pegi keja naik lrt tiap hari. gud for me cos i can read loads and loads of books in the train!!!! (walaupun penat sebab agak jauh.. huk)

Saturday, July 21, 2007

Torres si Terror..

i wont take long sebab afif ni dah bising nak balik umah. maklumlah kat cyber cafe je nih..

just want to say that im happy we signed another record deal (for liverpool fc).. fernando torres dari atletico madrid, ditukarkan dengan luis garcia. memang sejak akhir2 ni prestasi garcia agak tenggelam.. well.. what can i say..

torres pemain muda yg berbakat besar. sebalum ni mmg selalu nampak dia beraksi dengan rambut berekornya berwarna perang.. sekarang dah matang skit, tapi still pemain yg berbahaya di bhgian hadapan..

tak kisahla walaupun liverpool fc tak bebrelanja banyak seperti man u tu.. sebab torres akan jadi penyerang paling hebat di EPL!

oh ya im so sad kehilangan henry di EPL. bagi saya, Epl dah kurang serinya..

Saturday, July 07, 2007

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger