Dari Feto Maternal Unit HKL 1 : Mengukur Si Kecil

Rabu, 5 Dis lepas saya telah ke Feto Maternal Unit HKL, bertemu subspecialist Dr. Norazimah. Tak perlu tunggu lama kerana appoinment dgn beliau dah dibuat awal2 oleh Dr. Wan Hamilton dari Hosp. Serdang. Dengan langkah yang positif, disertai doa dan harapan.. Saya dan abang terus ke bilik ultrasound.

Dr. Norazimah memperkenalkan dirinya. Lembut dan ramah orangnya. Saya baring untuk scan. Abang pula duduk di kaki saya. Skrin jelas di tepi saya. "Kita buat detail scan ya", kata Dr.

Kerana scan kali ini sgt detail dan 3D pula, saya rasa teruja..

Struktur tulang-temulang baby nampak jelas ketara. Dr. beritahu, tulang bahagian apa dan kemudian dia akan 'capture' untuk diukur. Tulang humerus, radius, dll.. Kami mulakan dari kepala baby hingga ke kaki. Ukur lilit kepala, abdomen, dada dll. Segalanya nampak sempurna di mata saya.. Dalam kami sedang seronok melihat2 si kecil ini, tiba2 dia mengangkat sebelah kiri tangannya, melambai2 pada kami!

"Tengok, anak awak say hi!" kata Dr.
Dan ada suara terjerit "Subhanallah!". Saya senyum, suara abang rupanya..

Kemudian doktor periksa aliran darah pada tali pusat. Ada warna biru dan merah, seakan aliran darah di kawasan tali pusat itu. Normal, kata Dr. Dia memeriksa pula bunyi aliran darah tu, saya turut mendengarnya.. Dan di skrin sudah ada graf aliran bunyi tu. Canggih!

Dr. zoom pula ke bahagian otak. Struktur yg tidak saya fahami. "Struktur otak dia pun ok.." Kemudian bergerak ke jantung. Kecil tapi kencang degupnya. Dr. zoom lebih dekat.. Kami nampak 'bilik-bilik' dalam jantung itu.. Nampak derasnya aliran darah keluar masuk. Alhamdulillah normal juga.

Jadi apa masalahnya ya? Ini penjelasannya berdasarkan skrin tu..

Kepala --> Saiz kepala yg kecil. Tp masih ok. Walaubagaimanapun, tulang kepala tidak membulat lonjong seperti yg sepatutnya. Bila Dr. zoom di bahagian kepala itu, baru saya perasan.. memang lain sikit. Ada lekukan ketara di kiri dan kanan.

Paru-paru --> Dari skrin, didapati ukuran dada lebih kecil berbanding abdomen. Sepatutnya dada dan abdomen sama saja saiznya. Ya, saiz dada sangat kecil. Oleh sebab dada terlalu kecil, saiz jantung kelihatan sangat besar hingga meliputi seluruh dadanya. Sepatutnya saiz jantung hanya satu pertiga dari saiz dada. Dan kerana saiz dada yg terlalu kecil juga, peparu tidak dapat membesar seperti saiz sepatutnya...

Tulang tangan --> Sangat kecil. Kandungan saya berusia 28 minggu sekarang, tetapi malangnya, tulang tangannya pendek = usia 15 minggu sahaja.

Tulang paha --> Kes yang sama seperti tulang tangannya. Ukuran seperti baru 15 minggu. Sepatutnya tulang paha sudah mencapai 5cm, tetapi ia baru 1.6 cm..

Air ketuban --> Terlalu banyak. Paras normal ialah 5-25. Setelah didiagnosis, air ketuban saya sudah mencapai 32. Kata Dr., ia menyebabkan saya sering luar biasa penat, mengah2 dan senak. Saya dinasihatkan untuk mengeluarkan air ketuban supaya normal semula. Jika tidak, ia akan bertambah banyak.

Mendengar penerangan Dr. di bilik scan tu, saya merasa syukur.. Di akhir proses scan, Dr. tanyakan kami, "Ada apa2 lagi yg awak nk tengok?" Kami minta lihat jantinanya.. Dr. zoom dan pusing arah kamera.. kami lihat dari arah sisi dan depan. Hehe.. Tak malunya dia..

Kemudian kami melihat gelagat2nya.. Sesekali dia angkat kakinya. Dan yang menarik sekali bila Dr. zoom ke wajahnya, memusingkan sudut supaya kami betul2 menatap wajahnya. Nampak kelopak mata, hidung dan mulut. Comelnya. Tiba-tiba dia membuka mulut, menjelir lidah!

"Anak awak sedang minum air"

Mulutnya terbuka, menghirup air ketuban rupanya. Comel.. Hidungnya mancung juga. Seakan2 wajah Afif :)

Tapi penerangan Dr. tadi hanya pengenalan saja. Banyak lagi perkara yang harus dibincangkan.. Yang akan menceritakan masalah sebenar.

"Kita bincang di meja depan", kata Dr. Norazimah.

bersambung..

Friday, December 07, 2007

6 Comments:

Unknown said...

menarik sungguh cerita kamu ni...

amni said...

she or he?
amni or roslan? heheh...

kalo saya pg KL nanti saya nak jupa yan. mak saya pesan suruh baca doa akasyah. ada dalam majmuk syarif.

Humyrah said...

mr rizal > sambungannya nanti mgkin lebih menarik dan lebih menyerabutkan otak saya.. :(

amni > jantinanya rahsia lg ya.. dah lahir nanti baru sy announce! doa akasyah? minta ajarkan ya.. sy pun sedang serabut nih.

Nora said...

part scanning baby in 3D ni mmg seronok... tringat plak masa 1st time tgk nana dlm perut nih, tp x sempat nk tgk 3D lah.
hmm... tabahkan hati yer yan... ada few weeks lg utk baby dilahirkan. doakan yg terbaik utk baby baru nih.

Humyrah said...

kak nora > ya, pengalaman yg x dpt lupa scan baby kali ni.. detail scan (3D) ada di certain hospital saja..

terima kasih doakan ketabahan saya. saya semakin bersemangat bila kak nora wish mcm tu. syukran..

aliya said...

Perkataan sabar mudah disebut tetapi sukar untuk dipraktikkan... hanya yang pernah dan sedang melalui ujianNya tahu makna sabar. Semoga semua berjalan lancar dan semoga semua selamat.

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger