Start of Something New.. Again?

Nmpknya matlamat kerjaya saya agak bersimpang siur skrg ni.. Saya pun x pasti bila saya dpt smbung study saya. Tp xpelah, berkorban skit utk family - anak dan suami. Harap2nya lepas bersalin dan abg pun dah habis study, saya dpt semula smbung study saya.. (selagi Kem. Pengajian Tinggi benarkan sy tangguh.. :( )

Dr. Khairina, bekas pensyarah abg (sewaktu abg buat degree) di UKM mencari pembantu untuk satu projek besar di Malaysia Genome Institute. Khabarnya projek tu memakan belanja berjuta-juta RM. Usahasama dengan USM dan UTM. Dr. Khairina offer sebagai RA dia. Dah lama dia panggil, tapi masa tu saya tak terbuka hati bertemunya. Kebetulan saya sibuk exam FMUTM, dan secara part time saya jadi unit trust consultant. Part time sebab saya pregnant, sj nak lebihkan rehat tanpa komitmen tinggi.

Akhirnya selepas 3 kali Dr. Khairina offer jumpa, baru saya terima. Dia beri saya pelbagai opsyen > boleh buat kerja dari rumah, tak perlu masuk ofis selalu pun tak apa, dan yang penting.. dia tak kisah walaupun saya dah pregnant 7 bulan. Hmm.. dia sendiri sedang sarat mengandung rupanya! Namun begitu semasa interview dgn dia, saya rasa sangat risau.. Yelah, dah 3 kali ajak, baru saya terkial2 nk datang.

Walaupun dia mahukan RA dalam bidang IT, tp projek ini lebih kepada bidang Bioinfomatik.. Sesuatu yg terlalu baru untuk saya. Saya kena study subjek berkenaan dengan gen, genom, organisma Leucosporidium antarticum (yis dari antartika, sebagai bahan kajian utama), protein2 dll.. Ringkasnya, saya perlu banyak membaca. Alhamdulillah, membaca bukanlah masalah.. Insya Allah :)

Sebenarnya saya tidak terdesak untuk bekerja, abg sendiri tak kisah jika saya mahu duduk saja goyang kaki di rumah. Cuma saya risau perbelanjaan selepas melahirkan anak makin bertambah, dan alangkah baiknya jika saya dapat shopping lebih2 dengan duit sendiri.. Hehe.. Hmm, kalau anda seorang isteri, tentu anda faham maksud saya > Shopping dengan duit poket sendiri lebih baik.. dan lebih puas..

Hari ini hari kedua saya sebagai staf UKM. Tak lama lg saya akan daftar Afif ke nurseri UKM. Dia pun dah lama x ke sekolah. Macamana la gaya dia berjumpa kawan2 baru nanti.

Seronok rasanya kembali ke suasana bekerja. Lepas ni ada masa, bolehla saya selalu update blog. Saya kena kembali membacalah, currently reading A Practical Guide To The Analysis of Genes And Proteins !

Jumpa lagi!

Friday, November 23, 2007

4 Comments:

Nora said...

wah bestnyer... skrg yan ade mcm2 ilmu.. sume frm different fields.. good for u lah ;) skrg ni byk reading, baby dlm perut pun ikut bijak ibunya :)

Humyrah said...

hmm byk reading belum tentu byk yg boleh diingat! utk elakkan stres, i have to make things 1 step at a time.. syukran jazilan..

Unknown said...

membaca adalah satu kelemahan bagi ku... RA memang sesuai untuk golongan yang suka membaca... syabas!!

kalau anak lelaki tak perlu nak belanja lebih untuk barang keperluan... boleh recycle mana yang elok lagi...!! tapi kalau anak perempuan... wajib beli baru..

Anonymous said...

salam, maaf mengganggu.. saya nak mintak tolong. saya pelajar undergraduate yg kena analyse prot sequence Leucosporidium Antaricum jgk. boleh x akak bgtaw cmne nak dpt journal berkaitan species ni? time kasih byk2!!=)

ni ym sy: liyana88_rpl

;)

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger