Konsert Eksklusif Siti... Memang Eksklusif!!!

Saya ke Konsert Eksklusif Siti Nurhaliza malam kelmarin.. Memang penat, sebab baru sampai dari kursus di Pangkor. Memang penat tetapi.....

BERBALOI!

Saya kagum dengan idea dan persembahan yang sangat memukau dari Datuk Siti Nurhaliza. Dashyat dan hebat. Mula dengan persembahan dari Aizat selama setengah jam, diikuti nyanyian lebih dari 30 buah lagu dari Datuk Siti sendiri.

Penonton dihiburkan melalui segmen-segmen. Setiap segmen dengan konsep tersendiri. Paling saya kagum dengan stamina Siti.. menyanyi sambil naik-turun tangga yang bertingkat lantainya..



Persembahan sempena segmen irama tradisional yang didedikasi untuk Pak Ngah.
Pak Ngah hadir sama..



Saya dan Abang terkejut dengan salah satu busana yang Siti pakai. Kimono yang panjang.... Setinggi 3 tingkat pula tu.. Dramatik bila stage diangkat satu persatu dan kain kimono panjang tu dilepaskan semasa klimaks lagu.


Kimono yang panjang tu. Mula-mula memang tak perasan hinggalah Siti jalan ke depan dan stage diangkat.



Antara busana indah di awal persembahan..She is so graceful.


Persembahan di selang seli dengan komunikasi Siti dengan audiens. Pada masa yang sama, konsert ditonton oleh Tun Mahathir dan isteri. Memang seronok dengar celoteh Siti. Kelakarlah orangnya.

Saya memang seronok. Vokal Siti memang tiada tandingan.

Selepas konsert, audiens dijemput untuk sesi fotografi dan autograf bersama beliau. Malangnya kami terpaksa bertolak pulang. Saya sempat bergambar dengan...



Puan Siti Salmah! (bonda Siti)


Kemuncak acara ialah penyampaian sumbangan kepada 4 buah badan kebajikan. Ya, sebenarnya konsert ni eksklusif kepada mereka yang memerlukan.
Gambar-gambar Siti di atas diambil dari www.ohbayu.com.

Tuesday, June 30, 2009

5 Comments:

Nora said...

puas hati sebab berbaloi kan.. akak pun rasa, kalo nk pi mane2 konsert, konsert beliau lar antara berbaloi kalo nk berhabis duit ;)

amean23 said...

Best konsert Siti. Tp yang tak best klon siti yang berlainan jantina duduk kat belakang, nak nyanyi sekali time siti nyanyi.

Humyrah said...

Kak nora >> betul. setuju. sebab koleksi lagu2 dia sedap semua. tu pun dia x dapat nyanyi full, medley saja.

Abang >> Ahaha.. tu betul2 fanatik kan.. Citizoners mmg bersemangat!

Nora said...

oops.. kalo akak ade kat situ pun akan turut menyanyi sama kot. sbb suke banget ngan lagu2 cinta dia. sungguhpun x berapa minat datuk :)

Humyrah said...

haha memang nyanyi sama tapi suara tenggelam timbul jek!

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger