Surat Rindu Untuk Mama

Yang dicintai Mama,
Terima kasih kerana melahirkan saya hari ini. Pertama kali saya melihat wajah Mama yang sangat cantik.. Mama, saya minta maaf kerana terlalu kuat menendang perut Mama hingga belon air tu bocor. Selama seminggu air tu menitis keluar. Saya rasa sangat bersalah. Maafkan saya Mama..
Mencintaimu,
Muhammad Afif Harraz
Feb 2006.

Duhai Mama yang sentiasa di hati,
Saya akan masuk ke bilik pembedahan hari ini. Saya tahu Mama sedih tapi Mama jangan risau. Saya kan kuat macam Mama.
Kita jumpa lagi lepas pembedahan nanti ya Mama.
Yang rindu,
Afif
Mei 2006.

Mama yang disayangi,
Saya pandai berjalan hari ini. Saya rasa sangat seronok, saya mahu panjat semua perabot Mama. Boleh tak Mama?
Terima kasih kerana sentiasa mengajar saya. Bila saya dah pandai berlari, kita main kejar-kejar pula ya!
Buah hati Mama,
Lil' Afif
Mei 2007.

Ke hadapan ratu di hati,
Mama, bila Mama nak keluar dari hospital? Saya rindu Mama sangat-sangat. Ayah kata Hospital tak bagi Mama keluar. Opah pula kata yang Adik dah tak ada. Adik pergi ke mana, Mama?
Mama janganlah menangis lagi. Saya akan selalu ceriakan Mama, saya janji.
Milik Mama selalu,
Afif Harraz
Feb 2008.

Mama yang disayangi,
Saya tak faham kenapa Ayah selalu tiada di sini. Ayah kata Ayah kena kerja tapi mengapa Ayah tak kerja dekat macam Mama? Saya selalu rindu Ayah. Saya tak suka bila Ayah kena naik bas sebab bas tu akan bawa Ayah pergi jauh..
Ayah kata, saya kena kira 5 hari barulah Ayah akan datang. Tolong Mama, suruh Ayah jangan pergi lagi.
Saya selalu menangis..Maafkan saya Mama.
Your lil janja,
Si Harraz
Julai 2008.

Mama,
Saya mohon maaf buat Mama marah hari ni. Saya sangka saya boleh tolong basuhkan kereta Mama. Saya guna besi penyapu air untuk basuh bonet. Saya dah calar-balarkan kereta Mama. Mama, nanti saya dah besar saya akan gantikan kereta Mama.
Peluk cium anakmu,
Janja.
Feb 2009.

Mama....mama,
Ayah kata Mama di Pangkor 2 minggu ni. Saya tak biasa bila Mama tak ada. Mama sentiasa ada. Saya selalu telefon Mama, Mama kata nanti kita jumpa tapi lamanya.. Mama, saya selalu sebut nama Mama. Ayah ada beritahu Mama kan? Saya rindu..
Saya sudah hafal A-Z. Saya sudah hafal nombor. Sudah boleh eja M.A.M.A., A.Y.A.H. dan A.F.I.F. Saya belajar di rumah seperti yang Mama ajar setiap hari.
Mama, cepatlah datang!
Rindu selalu,
Afif Harraz
Jun 2009.

Alhamdulillah, Kursus Induksi dah sampai ke penghujungnya. Esok pagi Peperiksaan Induksi. Tengaharinya Induksi berakhir. Tak sabar tunggu Abang dan Afif tiba di Pulau Pangkor ni. Kasihan Afif yang selalu merindui saya. Sabar ya, esok hari kita!

Wednesday, June 24, 2009

3 Comments:

Nora said...

suka bace surat utk mama nih. sgt menghiburkan :)
rupanya tarikh 25hb yg lps kita sama2 'meraikan' kepulangan & melepas rindu pd yg tersayang. akak sambut mr hubby yg baru balik dr mumbai. mmg x tertahan rasa rindu tu kan? lebih2 lg dgn telatah anak..

Humyrah said...

wah ye ke sama..? alhamdulillah, dapat jumpa semula. hari tu mak, abah, huby dan anak datang ke pangkor. memang seronok..

Girl Swim said...

ibu . . . .saya mengucapkan kata pertama saya di dunia dangan kata Ibu

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger