Saya gila bola.. Selama ni saya agak segan nak bercerita, tapi dah kantoi dengan Mr. Rizal Juve. Dan saya memang malas nak bercerita tentang minat saya ni sebab biasanya sukar nak saya kongsikan dengan kawan-kawan sejantina dengan saya. Tapi takpe, tak terlambat pun kan.
Jadi mulai hari ni, saya akan corat-coret tentang sukan kegemaran dunia ni!
Saya anak kedua dari 5 adik beradik.. Majoriti lelaki. Abang saya (saya biasa panggil abijam) tua 3 tahun dari saya. Adik lelaki bawah saya pula muda 2 tahun dari saya. Jadi perbezaan usia antara kedua orang lelaki ini agak jauh, 5 tahun. Abijam perlu 'gang' untuk berkongsi minat ini, jadi saya lah teman dia..
Saya masih ingat, semasa saya darjah 2, pada thn 1990.. Abijam mengajak saya menemankannya menonton bola di TV. Mungkin kerana dia takut menonton seorang diri. Dan saya sajalah kawannya paling rapat.
Masa tu World Cup di Italy. Saat tu semuanya bermula. Saya masih ingat kelibat Juergen Klinsmann dan Lothar Mattheus. Mengkagumkan. Hebat. Masih ingat jersi putih dengan jalur-jalur bendera Jerman. Saya dan Abijam menyokong Jerman Timur ketika itu (kini Jerman). Jerman menang tipis. Tapi kami puas hati..
Dari 1990 ke 1992 (kejohanan EURO), disusuli World Cup 1994, EURO 96, silih berganti kejohanan ini, sehingga ke hari ini. Minat saya tak berkesudahan. Tak pernah bosan.. :)
Jika bercakap tentang kelab bolasepak, kegemaran saya sejak tingkatan 2 ialah Liverpool FC. Ya, saya tau ramai di luar sana mengatakan Liv ni membosankan. Tapi itu ketika era pengendalian oleh manager Gerard Houlier..Saya akui terlalu defensive. Tapi menang juga Piala F.A. di final menentang Arsenal (suspen punya match.. sakit jantung je tengok..) pada musim 2000/2001. Musim tu Liv menang treble (Worthington, F.A. dan Eufa Cup) Dan tak silap saya, bila musim seterusnya bermula, Liv menang Piala Sumbangsih.. Kalahkan Man U(yang menang EPL..huhu) So, hebat tak hebat???
Sekarang dikendali oleh pengurus Sepanyol, Rafael Benitez (bekas Valencia). Musim yang paling saya suka ialah 2004/2005. Perlawanan paling saya suka.. Champions League Final Liv kalahkan AC Milan walaupun ketinggalan 0-3 pada babak pertama. Saya masih ingat saya merungut sedih. Abang yang sedang menonton sama (dia stay up buat programming) menenangkan saya. Abang kata boleh kejar lagi tu. Dan memang ia berlaku.. :) The other half time was a miracle.
Adik beradik lelaki memang sangat menyukai bola. Saya seronok melayan sama. Dan saya pasti, mereka akan sms saya dengan kata-kata pedas bila final Liverpool vs AC Milan, final nanti. Hmm dengki la tu.. pasukan mereka kalah..
Hmm jangan sangka orang perempuan tak tahu juga tentang bola ni. Pernah abang tanya "macamana kita nak tahu team apa terpilih untuk CL?", "apa beza UEFA Cup dan UEFA CL?", "kenapa jersi warna lain?" dan macam-macam lagi.. Saya tak kisah memberitahunya.
Tak keterlaluan minat saya ini.. Suami pun ada juga terpengaruh :) I'LL NEVER WALK ALONE!!
3 Comments:
wahh!! kira beruntung aaa ada adik beradik yang boleh bincang pasl bola atau lebih tepat hobi sedunia ni... ku kat rumah sorang jeee... adik lelaki ngan perempuan tak minat, ayah lagi minat smack down dari bola... jadi rakan2 aa tempat untuk bertukar pandangan...
takpe, ku ada anak lelaki yang ku akan cuba asuh untuk meminati bolasepak...
uik.. ciannya.. huhu mesti bosan..
di kemuncak musim ni, aku dah terima mcm2 ugutan dan kutukan berupa sms dari adik.. dengki la tuh..
Athens, here we go!
ahaks...sori lar yan...baru ni dpt bace betul² entry nih..tp mmg ek, bile ade game kat tv tuh, berpusu² lar sms in & out..cik abg kite pun camtu lar, bising sungguh hp dia time tuh.acah² betting lar, gaduh memain lar :p
Post a Comment