Seorang anak malu dengan ibunya. Ibunya cacat.. hanya kerana hilang sebelah mata. Tapi kasih sayang ibu tak pernah cacat. Ibunya menjaga anak itu penuh kasih dan sayang. Bapa anak itu telah lama tiada. Ibu itulah bapanya, yang menyara dan mencari nafkah.
Bila anak itu mula bersekolah, dia malu diejek dek kerana kecacatan ibunya itu. Kadangkala dia lari dari ibunya kerana malu dilihat rakan-rakan. Dia masih kecil untuk memahami kasih ibunya. Ibunya redha..
Kemudian anak itu belajar di Universiti, berkat doa dan usaha ibu itu. Namun perasaan anak itu kekal sama. Malu dengan ibunya sendiri. Malang sungguh ibu itu.. Anaknya meninggalkannya bila sudah berjaya. Anak itu tinggal di negara jiran bersama isteri yang dikahwini tanpa pengetahuan ibunya.
Ibu tidak patah hati. Rajuk ibu tidak lama kerana kasih pada anaknya. Dia menjejaki anaknya. Jumpa. Di depan pintu rumah anak itu, ibu memanggil nama anaknya. Anaknya yang tahu ibunya datang, tidak mengendahkan ibunya di luar. Akhirnya ibu sedar, apalah yang hendak di tunggu lagi. Ibunya pulang...dengan hati yang sangat hiba...
Masa berlalu pantas.. Tiada bezanya bagi si anak ini. Ibunya menanti hingga ke akhir hayatnya.. Anak itu sedar akhirnya, tetapi segalanya sudah terlambat.
Anak itu kembali ke tempat asalnya, ingin berjumpa dengan ibunya buat kali terakhir. Ibu sudah tidak boleh memeluk anak itu.. Tiada lagi suara ibu.. Tiada lagi ciuman untuk anak itu seperti tahun-tahun dahulu. Yang tinggal hanya sekeping surat..
"Anakku.. Ibu sangat sayangkanmu. Ibu sangat bangga dengan apa yang kau kecapi..kejayaanmu adalah kejayaan ibu.. Mengenangkan itu, ibu sentiasa saja tersenyum..Anakku..ibu hanya mahu kau tahu. Sebenarnya semasa kau terlalu kecil dan tidak mengerti apa-apa, kemalangan telah menimpamu. Ibu bersyukur kau selamat, namun matamu sebelah buta. Ibu kasihankan mu anakku.. Ibu hadiahkan mata ibu untukmu. Supaya kau sempurna.. Supaya kau tak perlu malu akan kekuranganmu dengan kawan-kawan yang lain.. Ibu mahu yang terbaik untukmu.. "
Catatan: Saya hiba mendengar cerita ini. Saya akan lakukan pengorbanan yang sama, jika situasi yang sama berlaku ke atas saya..
Sewaktu di hospital dulu, saya pernah berbual dengan seorang ibu yang menemani anaknya di hospital selama 8 bulan. Ibu itu berhenti kerja sementara... Ada juga kenalan saya yang hampir hilang nyawa demi melahirkan anaknya.. begitulah kasih seorang ibu..
Apa yang saya sanggup lakukan untuk anak saya..?? Apa sahaja. Walaupun hilang kerja..Itu pun sebenarnya tak seberapa berbanding cerita-cerita tadi..
Afif anak yang istimewa.. sejak kecil berkali-kali doktor katakan pada saya.."susah nak jaga anak macam anak awak ni, kena extra care dari baby biasa.." Saya sanggup apa saja deminya.
Selamat hari Ibu kepada semua ...
4 Comments:
HI sayang
Macam abang pernah baca je petikan ni! Hehehe
Tak tahu pulak b ni pandai buat ayat cantik-cantik. Boleh karang buku ni
abang mu
Hi abang
A ah kisah ibu tu abg yg cerita.. :) cuma b buat ayat sendiri
Ayat biasa2 saja..
Jangan lupa amik b kat opis kul 9 ni..
amboi...!! abang ngan b nii...
cerita tu macam sitanggang je.. bezanya, si tanggang dah kaya tak ingat ingant ibu dan dia mati dulu... tapi yang ni tak sempat nak jumpa ibu dia...
sebenarnya bukan ibu je yang sanggup bekorban untuk anak2 dia.. ayah pun sama... cuma mungkin pengorbanan ibu tu lebih sikit aaaa... tapi ku pun sayang baby ku jugaa...
hmmm.. kasih ibu untuk semua..
Post a Comment