Status Terkini ASB dan ASN : Masih Tidak Patuh Syariah

* dipetik dari laman facebook Ustaz Zaharuddin

Pada tarikh 30 Jan 2010, ASB dan ASN masih tidak dianggap Saham Patuh Syariah atau Islamic Fund oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Lihat link ini
http://www.sc.com.my/eng/html/resources/stats/UTF.pdf . Ini yang terbaru, jelas kelihatan TIADA TANDA * ( yang menunjukkan ia sebagai Islamic Fund) pada nama ASB dan ASN dalam senarai tersebut.

Awal tahun 2009, saya menerima satu email yang mengandungi satu attachemnet surat dari Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia kepada Setiausaha, Majlis Penasihat Syariah salah sebuah Bank Islam di Malaysia berkenaan hukum Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN).

Apa yang jelas, telah saya sebutkan sebelum ini berkali-kali, walaupun ia telah disahkan harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. Namun kaedah dan implementasi ASB dan ASN bercanggah dengan panduan sebuah saham amanah yang diiktiraf PATUH SYARIAH oleh Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia.

Tatkala itu, bolehlah dianggap terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan hukum ASB dan ASN antara dua badan pengeluar hukum yang terbesar di Malaysia. Bagi mereka yang ingin lebih berhati-hati dan menjamin tidak terjebak di dalam yang haram, kerana harta akan menjadi darah daging diri dan ahli keluarga. Saya menyarankan agar melihat dengan lebih teliti keahlian ahli-ahli fatwa dari kedua-dua badan terbabit.

Jika di tanya kepada pendapat peribadi saya, saya lebih cenderung kepada pendapat Majlis Syariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam hal ini setelah melihat kepada panduan yang diletakkan mereka bagi mengiktiraf sesebuah Amanah Saham yang patuh atau tidak patuh Syariah.

Anda mungkin berkata,

"SAYA TIDAK PEDULI, ASALKAN MAJLIS FATWA LULUSKAN, SAYA AKAN BERPEGANG DENGANNYA KERANA MEREKA YANG TANGGUNG DI AKHIRAT"

Ulasan saya, Allah swt memberikan kita aqal untuk memerhati dan meneliti pandangan kedua-dua badan besar ini setakat kemampuan yang ada, berfikirlah. JIia benar-benar setelah membaca hujjah kedua-dua pihak, lalu anda yakin dengan salah satu antaranya. Anda telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim yang baik. Namun jika, sambil malas dan ingin mengambil mudah, lalu terus berpegang dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, tanpa mengendahkan hujah Majlis SYariah Suruhanjaya Sekuriti. Tatkala itu, individu tersebut tidak berada dalam situasi yang sepatutnya.

Perlu difahami bahawa Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dianggotai oleh individu yang sememangnya specialist dan berpengalaman di dalam bidang muamalat dan kewangan Islam. Untuk melihat senarai ahlinya, sila buka di sini

Berikut adalah salinan suratnya, saya telah memadam nama bank Islam yang ditujukan surat ini, kerana apa yang penting adalah isi kandungan surat.

( LIHAT IMEJ SURAT DI LINK http://www.zaharuddin.net/content/view/805/95/)

Hasil daripada surat ini, Suruhanjaya Sekuriti kelihatan TIDAK MEMBENARKAN bank-bank Islam di Malaysia memberikan pembiayaan tunai kepada pelanggan yang ingin menyertai ASB dan ASN.

Berikut adalah tulisan-tulisan saya yang lalu berkenaan ASB dan ASN. Dan Kita masih mengharap pihak ASB dan ASN mengambil inisiatif lebih tulen untuk melayakkan mereka digelar patuh syariah oleh Majlis Syariah SC, Malaysia.

1) Perbincangan Hukum ASB

2) Tak Puas Hati Berkenaan Hukum ASB

3) Majlis Fatwa kata ASB Harus : Ulasan UZAR

Sejurus mereka mengubah kaedah pelaburan mereka dan diluluskan oleh Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti. Di ketka itu, semua artikel-artikel saya berkaitan ASB tidak lagi terpakai tentunya.

Sekian,


Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Pada pendapat saya pula, perkara ini sebenarnya telah diketahui sekian lama. (Kerana itulah saya tidak pernah membuka sebarang akaun ASB, ASN, ASW2020 dan lain-lain). Saya tidak yakin akan halatuju wang yang kita laburkan, kerana tiada panduan semasa kita memohon untuk membuka akaun. Saya lebih selesa melabur dalam akaun amanah yang memiliki panduan/prospektus di mana kita boleh lihat halatuju wang kita.

Dan biasanya, jika dibincangkan dengan orang lain, mereka tidak bersetuju dengan saya. Harapnya entri ini dapat membuka mata dan minda pembaca.

Baru saja keluarkan wang dari akaun unit trust.. emergency!

Thursday, March 04, 2010

4 Comments:

Arda said...

Ada Majlis Fatwa Kebangsaan, ada Majlis Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Kadang-kadang bila banyak sangat pihak menjatuhkan hukum, yang jadi mangsa: Pengguna

Aku tidak pernah ada sebarang pelaburan :)

Humyrah said...

Sebenarnya Islam/Syariah ni dah cukup lengkap, cuma kita/manusia ni saja yang menyebabkan ia sukar. Yang penting kita cuba mencari kebenaran dan cara yang terbaik, takpelah walaupun susah sedikit. Dan apa yang kau fikirkan tu, telahpun terjawab pada entri ni..alhamdulillah :)

Simpanan juga adalah pelaburan, selagi kau tak menyimpan di dalam bantal atau di bawah tanah! (inflasi/susut nilai wang)

me_D90 said...

Saya pernah mengikuti soal jawab dgn PNB dan apabila ditanya adakah ASB itu mengikuti hukum Syariah, 2 orang pakar yg fasih berbahasa inggeris lantas terus berbahasa melayu kerana tidak dapat jawab soalan tersebut. Dari penerangan rasmi bertukar kepada penerangan yang tidak rasmi dan OFF-Record kerana soalan-soalan BERANI yang bertalu-talu daripada para peserta.Tentunya apabila sesuatu pelaburan itu didagangkan melalui kaunter yang x halal... tentulah x syariah... klu zaman skrg ni, walaupun kita tahu hala tuju pelaburan kita.. tapi kita masih tidak tahu dimana ianya didagangkan... Pandangan peribadi daripada ahli panel PNB itu mengatakan, sukar untuk mencari kaunter yang halal walaupun INSTITUSI ITU BERSUNGGUH-SUNGGUH MENGATAKAN WANG PELABURAN KITA DILABURKAN DIDALAM KAUNTER HALAL...Malaysia itu sendiri tidak SYARIAH... itulah yang dapat saya simpulkan daripada bengkel PNB tersebut..

Anonymous said...

Susah nak carik yang halal?? tapi bila PNB nak labur dalam bidang pengurusan hartanah, bina bangunan tinggi, ramai yang marah pulak..

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger