Nyaris-nyaris.

Alhamdulillah sudah masuk 11 minggu.. walaupun alahan mengandung ni tak seteruk sebelumnya, tapi saya hilang selera untuk makan. Sukar untuk jamah nasi, apatah lagi lauk-pauk yang berkuah. Kebanyakan masa saya hanya makan roti, mi, mihun atau kuew teow. Bila dah bosan dengan makanan yang sama, saya cuba juga telan nasi.. tapi saya akan merasa pening dan loya yang amat.

Ia jadi masalah yang besar bila bekerja.

Tugas mengajar yang memerlukan 5-7 jam sehari (bukanlah setiap hari) memerlukan kekuatan. Alhamdulillah, saya masih rasa seronok bila mengajar. Pagi-pagi rasa sukar untuk bertolak ke tempat kerja tapi sebaik melihat wajah-wajah pelajar, saya jadi bersemangat semula.

Hinggalah peristiwa yang berlaku 2 minggu lepas. Saya ditugaskan mengajar sekumpulan staf dari pejabat agama (mengajar kursus pendek). 2 jam selepas mengajar, saya alami pendarahan. Terus seorang kawan menghantar saya ke unit kecemasan hospital.

Saya ditempatkan di wad sementara. Doktor datang dan melakukan ultrasound..
"Tak nampak bayi. Saya penuhkan bladder awak dulu. Tahan kencing ya."
Hampir sejam air dimasukkan melalui tangan. Doktor datang sekali lagi dan melakukan ultrasound.
"Jantung bayi awak sudah tak berdegup. Kita akan hantar awak ke JB. Jika tak survive, terus cuci di sana."
Sedih rasanya. Tapi saya masih yakin. Baru saja semalam, Abang memeriksa dan mendengar degup jantungnya.

Saya terus memberitahu Abang yang sedang memandu pulang ke Kuala Lumpur (dari Pontian). Abang kaget. Walaupun sudah sampai di Muar, Abang patah balik semula ke Pontian. Dan kami ambil keputusan untuk scan ultrasound sekali lagi di klinik swasta.

Rupanya jantung bayi masih berdegup...! Alhamdulillah.. penat bersedih-sedih, akhirnya gembira semula! Doktor yang memeriksa tu memujuk dan mententeramkan. InsyaAllah selamat..

Ya, saya perlu banyakkan rehat!

Tapi final exam tak lama lagi. Ya Allah mudahkanlah..

Wednesday, March 17, 2010

6 Comments:

cik daisy said...

saat ini yan misti bykkan rehat. jgn wat keje berat2 sgt, even berjalan turun tangga atau ke mana2. jln slow2 ok ;)

Humyrah said...

ditambah pula tak makan apa-apa.. berat badan susut dari yang sepatutnya :( Thanks for the advice kak..

saisyahk said...

Kalau tak lalu makan, cuba ambil supplement ke... i don't know... yang penting kena banyak rehat okay...

aliya said...

Humyrah,
Kak aliya dulu pun pernah alami pendarahan tapi tak banyak..stain saja tapi terus pergi klinik, dapat injection kuatkan rahim.Alhamdulillah selamat.Itupun doktor kata threatened abortion.
Jangan angkat benda berat, jalan lambat-lambat dan rehat sebanyak mungkin.
Tak apa kalau tak makan nasi, asalkan ambil makanan berkarbohidrat yang lain. Memang berat badan akan susut sehingga kita kembali berselera. Semoga selamat ibu dan anak.

Unknown said...

sungguh memang nyaris-nyaris...

Anonymous said...

salam..
ko kat sini rupenyer..lm tk dgr citer ko Yan..sihat?how's ur pregnancy?Jauh di hujung malaysia..Johor...

anyway, tk cr dear...

Luv,


Nuown

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger