Hari-hari Yang Baru..

Hari Satu >> Saya rasa rimas dan lemas. Walaupun sedang bekerja seorang diri. Segalanya serba tak kena. Satu ketika bila sedang buat kerja bersendirian di perpustakaan, saya didatangi 3 orang kawan. Mereka adalah kakak-kakak cleaner yang baik dan ramah. Entah mengapa hati saya seakan menjerit 'tolonglah keluar dari tempat ni..'.. Kejam sungguh hati kecil ni. Istighfar, istighfar.. Saya tetap melayan dan berbual dengan mereka dengan ramah dan mesra.

Hari Dua >> Hati cepat melatah. Janganlah ada orang tersilap sikit, saya rasa bagai nak marah. Masih boleh tahan dengan kawan-kawan sekerja. Bila memandu pulang, ringan saja tangan ni menekan hon pada pemandu lain yang berbuat salah di jalan. Telah saya kira, 3 kali semuanya. Mengapalah saya jadi begini? Kurang sabar dalam diri?

Satu hari yang lain >> Saya marah pada Ketua Jabatan hingga beliau terpinga-pinga, saya tertengking seorang kawan baik walaupun saya tahu dia bergurau, saya persoalkan kerja orang lain. Saya jadi seorang yang jahat, sangat jahat...

Tapi alhamdulillah, saya masih insan yang baik di rumah.

Sebenarnya setelah diperiksa sebanyak 3 kali (urine test), rupanya saya mengandung! Alhamdulillah.. Saya anggap perubahan sikap kerana hormon. Syukur kawan-kawan sekerja memahami dan saya telahpun memohon maaf. Mereka pun tumpang gembira. Tapi bagaimanakah saya nak mohon maaf dari pengguna jalan yang telah saya hon (bertubi-tubi)? Ya Allah ampunkanlah.. Saya lebih hati-hati dan mengawal diri setelah tahu puncanya,.

Saya buat ujian mengandung sebanyak tiga kali kerana saya kurang percaya.. Kebiasaannya saya akan alami tanda-tanda alahan yang teruk.. Tetapi kali ini seakan tiada petunjuk, saya makan seperti biasa, tiada alahan makanan. Kedua-dua proses mengandung sebelum ni memang alah agak teruk.. Kali ketiga ni, wow, best sungguh.

Masuk bulan kedua ni, hanya beberapa kali saya muntah. Kadangkala rasa loya, seringkali rasa pening. InsyaAllah tak lama lagi trimester pertama akan berakhir..

Dan saya umumkan, sekali lagi jurnal antenatal dibuka!

Sibuk mengira budget bukan saja untuk hari raya, tetapi untuk belian barang bayi juga..

Sunday, February 28, 2010

4 Comments:

cik daisy said...

dr awal tau berita ni pun akak sgt teruja! bila due yan kali ni? take care ok ;)

Humyrah said...

harapnya kali ni dipermudahkan olehNya. due dijangka 11.10.10. ada kawan usik 'apa kata kau cepatkan sehari so boleh jadi 10.10.10'

hmm yg penting sihat dan sempurna!

Arda said...

Selepas membaca entri kau, baru aku tahu rupa-rupanya yang suka bermain hon di jalan raya itu sebenarnya puan-puan yang sedang mengalami tanda-tanda mengandung, baiklah aku maafkan mereka :P

Humyrah said...

ben >> ahaha.. hati-hati bukan semua yg mengehon adalah golongan 'puan'!

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger