Doa & Dhuha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."


Seringkali saya berdoa kepada Allah untuk meminta beberapa perkara yang saya terlalu inginkan. Tapi tak dapat. Saya ikhtiarkan pelbagai cara; solat hajat, surah Al-Waqiah dan sebagainya. Masih tak dapat. Rezeki belum ada. Saya tahu Allah ada caraNya yang penuh hikmah untuk saya. Macamanapun, saya kena terus meminta dan berusaha. Ya Allah, murahkanlah rezeki saya.

Hingga suatu petang, semasa menghadiri satu kursus di kawasan Johor Bahru.. Seorang penceramah muda bercerita..
Kadang-kadang kita suka meminta padaNya, tapi kita tak jelaskan apa yang kita minta. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui (akan apa yang kita minta), tetapi bukankah lebih baik jika kita sebagai hambaNya, merendah diri dan meminta dengan sepenuh hati? Allah rindukan tangisan hambaNya yang sering meminta. Mintalah.. Tiada istilah 'malu', 'ego' dan sebagainya. Kita hanya HAMBA.
Lalu setiap kali berdoa, saya tidak lagi setakat menyebut 'Ya Allah limpahkanlah rezekiMu pada kami'. Saya detailkan seperti 'Ya Allah berikanlah aku zuriat, Ya Allah..'
Katanya lagi
Amalkanlah solat sunat dhuha setiap pagi. Anda akan rasa perbezaannya. InsyaAllah dibukakan pintu rezeki. Cubalah..
Maka setiap hari, saya akan berwudhuk setiap pagi sebelum keluar dari rumah. Wudhuk itu saya jaga sehingga masuk ke pejabat. Dengan wudhuk itu, dengan pakaian kerja yang dipakai, saya laksanakankan solat sunat dhuha setiap hari. Sangat mudah!

MasyaAllah, Subhanallah.. hasilnya sungguh luar biasa. Apapun, ia berlaku bukanlah kerana amalan tersebut semata-mata tetapi atas kehendak dan rahmat Allah juga.

Kini saya pregnant lagi! Alhamdulillah ya Allah.. Terima kasih atas 'limpahan' rezeki ini.

Solat Sunat Dhuha menjadi amalan setiap hari. Marilah kita buat bersama-sama... :)

Tuesday, February 02, 2010

10 Comments:

amean23 said...

Salam buat isteriku.

Hadiah ini sebagai pengganti, anugerah dan rezeki dari ilahi, Sebagai permulaan hidup baru untuk kita..

Lahir menjadi teman di sisi seorang abang, seorang pembela islam di masa hadapan. Akhirnya menjadi penggantiku bila aku sudah tiada kelak.

Terima kasih.

Humyrah said...

:D betul!!
Alhamdulillah!

cik daisy said...

rahmat Allah.. akak juga gembira dgn kurniaan terbaru ni :)

Arda said...

solat dhuha ni dari pukul berapa sampai pukul berapa eh Yan?

Humyrah said...

cik daisy >> sukar nak digambarkan dengan kata-kata, kan? saya buat test berkali-kali kerana kurang percaya..!!

Arda>> Waktunya panjang Ben.. Boleh dibuat antara 7 am hingga 1 pm.. Tapi biasanya aku buat dlm pukul 8.30 sebab masuk keja pun kul 8. Ikut kemampuan kita. Cubalah.. Moga kita semua dilimpahkan rezeki.

Err, ben. Tak nak ucap tahniah ke?

Arda said...

Ahaa, baru aku dapat gambaran tepat waktunya..

Fokus sampai lupa nak ucap tahniah..hahaha..

Tahniah buat kau sekeluarga..Jaga kesihatan :)

saisyahk said...

Tahniah yan...so happy for you...

Humyrah said...

ben >> happy bagaikan 1st pregnancy padahal dah 3 kali..! alhamdulilah, terima kasih!

Aisyah >> terima kasih.. so hepi 4 both of us..

Min said...

yan,

kak min turut gembira! semoga yan & baby sihat selalu. doakan mawaddah jugak ye! oh ye, tq untuk baju comel yang yan kirimkan. dah sampai ke UK.

kak min,
leicester, UK

Humyrah said...

kak min > sudah sampai? wah cepatnya.. tak tahu apa hendak diberi pada mawaddah, dan kurang pasti adakah sesuai untuk dipakai dengan cuaca di UK.
sama-sama.

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger