Kenangan Hayyan

Entri ini telah dicatatkan pada blog ini hampir 2 tahun yang lalu. Tiba-tiba saya terfikir untuk memaparkannya semula.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maaf lama tak update. Saya masih 3 minggu dalam pantang. Sekarang saya berada di rumah mertua di Kelantan, sambung berpantang di sini. Ada internet, dapatlah online.


Alhamdulillah sy selamat melahirkan anak ke-2 pada 15 Februari yg lalu di Hospital Serdang. Kali ini melalui pembedahan LSCS (Lower Segment Caesarean Section). Namun hayat putera kami, yg kami namakan *Muhammad Abid Hayyan tidak dapat bertahan lama.. Arwah Hayyan meninggal dunia selepas dilahirkan.

Sewaktu anak Rasulullah, Ibrahim meninggal dunia, baginda memangku jenazah anaknya lalu menitiskan air mata. Ya, Nabi menangis.. Bila ditanya, jawab nabi,
"Aku melarang raungan akan kematian. Namun jika sekadar mengalirkan air mata, ia adalah suatu rahmat dan menunjukkan kelembutan hati. Siapa yang tiada rahmat, maka dia tidak dirahmati Allah,"

Sedih. Sabarlah. Sementara saja.

Dan akan datang di akhirat nanti ketika semua manusia dihimpun untuk dihitung untung nasib mereka.. Tiba-tiba datang anak-anak kecil yang comel dan berseri-seri wajah mereka. Mereka berlari-lari sambil mencari-cari. Di tangan mereka ada cahaya, sementara sebelah tangan lagi memegang cawan emas berisi air. Di saat semua orang menggelupur kehausan, anak-anak itu mengendahkan. Kata anak-anak itu,
"Kami adalah anak-anak Islam yang meninggal dunia ketika kecil. Air ini kami bawakan hanya untuk orang tua kami,"

'Bergembiralah kerana dia akan menanti bonda & ayahanda di sana. Penebus & mberi syafa'at. Semoga ujian ini mengangkat martabat kalian berdua di sisi Allah' (SMS dari Kakteh. Terima kasih)

Gembira. Saya akan menanti saat bertemunya semula. Harapnya di sana nanti keadaan saya juga berseri-seri :) Terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai yang datang melawat (walaupun tiada baby hmm), sms yg disertakan doa dan ucapan takziah, dan juga sahabat yang telah bersedekah kepada arwah. terima kasih tak terhingga..

Saya akan taip posting tentang pengalaman saya ketika melahirkan arwah Hayyan. Sekadar merakamkan kenangan.

* Muhammad - Yang Terpuji
Abid - Hamba Yang Rajin Beribadah
Hayyan - Yang Hidup

Friday, January 22, 2010

5 Comments:

lady zaini said...

Al-Fatihah untuk arwah. Moga saudari sekeluarga tabah. Insya-Allah dapat syafaat dari si kecil nanti :)

Humyrah said...

Lady Zaini > Terima kasih .. :)

FaiZ n ZYuRiNa.. said...

kenangan yg tidak dapat dilupakan smpi bila2 ek yan..walaupon dah 2 tahun mesti yan rase mcm baru je berlalu..semoga yan tabah dan fikirkan Allahyarham akan tunggu yan di akhirat nanti..amin..yan n suami antara yg bertuah..

Humyrah said...

Sherry >> memang susah nak lupa.. terlalu berkesan di hati.

cik daisy said...

kita & kenangan mmg x dpt dipisahkan. kenangkan setiap masa yg silam.. walaupun ianya pahit/sedih.. ia merupakan sesuatu yg 'indah' utk kita kenang di sepanjang hidup kita.

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger