Baca dan lalai

Beberapa bulan yang lalu, saya terlalu asyik akan sesuatu berbanding sebelum-sebelumnya. Membaca novel!Pergi ke kolej, saya bawa sebuah. Selepas punch kad, saya akan baca dalam kereta sambil menunggu kunci pejabat sampai. Kadangkala, apabila pejabat dibuka, saya masih membaca sehinggalah tepat pukul 8. (Kerja mula pukul 8)

Pulang ke rumah, saya hanya teringatkan novel. Jadi sebuah itu akan berada di mana-mana; sofa, katil, atas peti ais, atas TV. Ke mana-mana pun saya akan bawa sebuah novel bersama, walaupun ketika dalam perjalanan ke tugasan luar. Kawan-kawan pejabat berkata 'tak pening ke baca dalam kereta?' 'Saya kata 'entahlah, seronok pula'. Saya rasa seolah-olah menonton filem bila membaca novel.

Ia berlarutan dari sebuah ke sebuah yang lain. Saya jadi addicted. Saya memang gemar baca novel, cuma jadi lebih teruk sejak cuti semester bermula. Yelah, waktu study dah selesai, lebih banyak untuk saya luangkan hobi membaca novel ni :)

Membaca novel jadi lebih menarik bila ada orang lain berkongsi minat yang sama, iaitu adik perempuan saya. Maka berlumbalah kami, siapa baca yang mana, apakah ending novel yang itu dan ini dan sebagainya.

Maaflah kerana lama tak update. Saya lalai sangat pada novel-novel.. Hanya sedar bila pembaca setia, Abang, menegur bilakah entri baru akan ditulis. Itupun setelah kawan-kawan pun tegur especially Cik Daisy (saya dah update ni, hehe.)

Kita bermesra semula ya!

Siapa sudi belikan saya koleksi Twilight Saga (4 books set)?

Tuesday, January 19, 2010

9 Comments:

FaiZ n ZYuRiNa.. said...

selamat kembali berblog..heheh..

Min said...

yan,
kak min ambik masa semalaman membaca yan punya previous entry. ujian yang Allah berikan kepada yan pun sangat hebat. walaubagaimana pun, tolong doakan Mawaddah agar membesar dan sihat seperti anak2 yang lain...

Humyrah said...

sheryy >> oh yeah!

kak min >> kak min, mawaddah sentiasa dalam doa kami. mawaddah mengingatkan saya pada apa yang saya alami. dugaan kak min lebih hebat. moga kak min dan abg din tabah selalu..

Arda said...

akhirnya ada entri baru...memang bz btul neh..haha

Humyrah said...

ben arda >> ni baru nak start bz sebenarnya.. hehe..

cik daisy said...

ahh.. sudah kembali. sgt bosan takde 'bhn bacaan' secara online nih. haha!

Humyrah said...

cik daisy, cerita hamba ni cerita biasa2 saja!

me_D90 said...

huks... i x suka novel u... suka lebih pd technical term... mcm Mastering Digital Photgraphy ataupun Learn VB.Net in 21 days... hehehehe.. nanti nak mendekatkan diri gaklah dgn buku novel ni... biler i dah bosan ngan technical...

Humyrah said...

it's ok dad, reading is always good. i masih lg baca education books, especially bola nak exam!

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger