Kasih Ibu Tertanggung

Seorang kawan sepejabat hadapi masalah kesihatan anak, lalu riuh rendah ofis bercerita tentang kesihatan anaknya. Saya tumpang simpati. Masing-masing bercerita tentang perit jerih menjaga anak masing-masing.

"Aku dulu tak dapat tidur.. "
"Anak aku tiba-tiba biru satu badan....."
"Dia tak boleh nak menyusu.. asyik muntah saja"

Saya tak bercerita tentang pengalaman saya. Saya hanya mendengar. Kemudian saya teringat tentang pelbagai pengalaman mengandung, melahir dan membesarkan Afif. Sangat sukar hingga saya fikir, bagaimana saya dapat menanggung semua? Sungguh saya rasa pengalaman kawan-kawan tadi sedikitpun tak setanding dengan pengalaman yang telah saya alami (dan sudah tentu pada orang lain, pengalaman saya tak setanding mereka pula)

Afif lahir 3 tahun yang lalu. Anak pertama, maka pengalaman memang zero. Masa tu saya kerja swasta di Cyberjaya. Saya ingat lagi, saya sering m.c. dan ambil leave sebab Afif yang sentiasa kurang sihat. Dah tak kisah bila bos atau orang lain mengata apa, sebab Afif adalah keutamaan saya..

Antara pengalaman yang saya ingat..
- Doktor ambil air dari tulang belakang Afif semasa dia berusia beberapa hari.

- Setiap kali Afif kencing, darah akan keluar bersama air kencingnya.

- Afif beberapa kali kena 'tukar darah'.

- 2 kali Afif berhenti bernafas tiba-tiba, hingga nurse berlari ke incubator.

- Paru-parunya dikategorikan sebagai 'tidak normal, ibarat jalan tar yang dikorek dan ditampal semula'

- Afif jalani operation membetulkan usus semasa 2 bulan.

- Selepas lahir, Afif tidak mahu menyusu, malah tidur setiap masa. Kerana dia lahir tak cukup bulan (27 minggu), dia sangka dia masih di dalam rahim saya. Saya terpaksa menyusukan menggunakan syringe setiap 3 jam tak kira siang atau malam. Memerah susu badan saja sudah memakan masa sejam, jadi setiap hari saya hanya tidur beberapa jam. Menambah cabaran, syringe yang saya berikan seringkali Afif muntahkan semula.. Kadangkala menitis airmata saya..

- Saya struggle selama 3 minggu di dalam wad untuk mengajar Afif menyusu badan dan berusaha memastikan berat Afif capai 1.6kg supaya boleh keluar dari wad. Selama 3 minggu saya dalam wad NICU, hanya Abang yang dibenarkan melawat. Saya seorang yang tinggal, orang lain paling lama pun 8 hari saja dalam wad tu. Saya sering bertukar kawan dalam wad tu. Mereka semua datang dan pergi.


Aduhai tiba-tiba saya rasa nak nangis. Jap ya, nak kesat airmata...
Ada banyak lagi pengalaman nak tulis, tapi saya dah jadi sebak pula. Lain kalilah ya.




Mungkin lambat sikit, Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu :)

Sesungguhnya pengalaman jadi ibu ni tak ternilai. Ya Allah, saya sangat bersyukur..

Monday, May 18, 2009

7 Comments:

Nora said...

membesarkan anak ketika dia masih bayi mmg mcm² dugaan. bila dah besar, lg mencabar di zaman yg serba canggih dgn mcm² penyakit sosial. harap kita sume parents yg tabah & role model terbaik utk anak² kita :)

Humyrah said...

insyaAllah..

Nana said...

tabahnya yan.

selamat hari ibu!

Humyrah said...

kak nana > ramai lagi yang lebih tabah. sebenarnya kita mampu tangani dugaan yang Allah beri. Susah tapi boleh!

Humyrah said...

kak nana > ramai lagi yang lebih tabah. sebenarnya kita mampu tangani dugaan yang Allah beri. Susah tapi boleh!

HIMY said...

HAI K.YAN..SEDEY NYE BACE KISAH HIDUP K.YAN NI..MMG TERHARU..TERUSKAN KETABAHAN HATI K.YAN TU YE..

SALAM,
NURHIMY JOHARI
(X-MELATI_AYSK)

Humyrah said...

himy >> hi himy.. wah tak sangka awak lawat blog ni :) terima kasih, dah lama berlalu.

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger