Rutin Humyrah, Pensyarah.

05.30 am : Bangun pagi. Masak, solat dan bersiap untuk ke kolej. Kebiasaannya memasak
untuk bawa bekal makan tengahari di sana.
07.30 am : Bertolak ke kolej. Afif akan sibuk mencari beg sekolah dan sandalnya. Kadangkala
dah nak bertolak tapi dia masih sedang tidur dan saya terpaksa dukung! Oh ya,
siram pokok-pokok di laman sekali sebelum pergi.
08.00 am : Waktu bekerja. Mengajar kelas dari Isnin-Khamis, Jumaat free. Kebetulan Jumaat
free. Tapi sentiasa ada kerja bukannya enjoy-enjoy ya.
01.00 pm : Rehat. Blogging, surfing internet. Kadangkala masa rehat pun masih buat kerja.
02.00 pm : Sambung kerja! Yeay!
05.00 pm : Waktu kerja tamat dan saya stay di kolej untuk solat Asar bersama kawan-kawan di
bahagian pentadbiran. Lepas solat Asar, kami bersiap-siap untuk joging.
05.30 pm : Kami bertiga (bersama Along dan Laila) sudah ada di stadium mini Pontian. Joging
sakan!
06.00 pm : Bertolak pulang. Ambil Afif di taska (nampak kereta mama je dia terus berlari ke
rak kasut)
06.10 pm : Tiba di rumah. Memasak dan makan malam. Afif sibuk nak belajar. membaca buku,
buat Fun Thinkers dan Logico.
10.30 pm : Tidur. Selamat malam.

Hari ini saya akan ke Kuala Lumpur dengan Afif. Akan sambut birthday Afif Sabtu ini. Tak sabar nak jumpa Abang, mak & abah.

Wednesday, February 18, 2009

6 Comments:

Opie said...

happy birthday to afif...

Nora said...

yaayy! slamat pulang ke ibukota tercinta. hepi bday to afif dear..

haiih.. bila lar akak nk rasa 'hepi working' cam yan nih.. huhu!

Anonymous said...

happy birthday to afif..mama afif masih ingat lagi tak saat melahirkan afif?..;)..
yan..sy due insyaAllah lagi 6 minggu..

en_me said...

orang pontian ghupernyerr.. salammms dr me dikejauhannns

Arda said...

wahhhh...ada jadual kehidupan. hidup aku tak pernah berjadual. pagi pegi keje. balik keje. main ngan akif sekejap. tgk tv. tido. besok pegi keje. balik keje. main ngan akif sekejap. tgk tv. tido. besok...eh..hehehehe..kunjungi blog aku di lewatpementasan.blogspot.com (baru..hahahah)

Humyrah said...

Encik Hantu >> Nampaknya awak pun ada jadual juga(!!!)

Saya sengaja tetapkan masa. Supaya tak lewat. Saya TAKUT lewat.

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger