Si Kancil Hebat



Salah satu aset yang kami miliki ialah Kancil 660 EX, dibeli pada 2004. Saya masih ingat, saya beli kereta tu semasa sedang belajar di Kuittho. Deposit dengan duit sendiri. Masa tu deposit pun makan 3k-4k juga. Masa tu juga, lesen memandu pun saya tak ada! (lepas sebulan beli barulah saya dapat lesen..)

Saya sayang Kancil ni. Sepanjang 5 tahun, belum pernah lagi dia meragam. Cuma sekali tayar pancit dalam perjalanan dari Pontian ke Kuala Lumpur. Tapi logiklah, sebab dalam kereta ialah 4 orang dewasa dengan barang-barang untuk kursus seminggu. Macamanalah kereta tu nak tahan kan...


Kancil inilah yang kami 3 beranak gunakan untuk pulang berhari raya tiap tahun. Selalunya dari KL- Machang. Bayangkanlah saratnya dia dengan mainan dan barang-barang Afif. Ditambah lagi dengan barang-barang yang umi & ayah beri bila hendak pulang ke KL.
Paling hebat ialah perjalanan dari Kelantan ke Johor raya baru-baru ni. Perjalanan sehingga 15 jam.. Afif tak dapat duduk di belakang kerana kereta penuh dengan barang. Jadi sepanjang perjalanan, saya lah jadi tempat duduk Afif. Alhamdulillah, DAR 1581 memberikan khidmat yang terbaik.

Hampir 2 kali Kancil ini hendak dijual dan ditukarkan dengan yang lain oleh umi. Nampaknya sampai sekarang dia kekal dengan kami. :)


Mengapa saya menulis tentang Kancil kami? Jawapannya pada entry akan datang. Baca tau!

Tuesday, February 03, 2009

11 Comments:

♥ Mrs. C ♥ said...

heee...jaga elok2 pasti tak meragam..

mcm kakak kite pakai kancil dah 10 tahun.. bayar pon dah setel.. betapa tahan nya kereta dia.. tp kena rajin maintenance gak la.. hehehe..

so skg ni kete kancil ni kat johor la yea?

Nora said...

5 tahun dah? tak sangka. hmm.. tu misti dah ade pengganti yg baru tu :p

takpun, kancil dah menjadi 2nd car.. hehehe! ~terkenang kancilku jua~

Humyrah said...

Kak Connie >> Betul, yang penting servis tak lupa. Lagi 4 tahun untuk habis bayar tu.. Sekarang ni pun, yan dah upgrade macam2 dalam kancil tu. Sayanglah katakan...

Sekarang ni DAR berada di Johor, Namun akan dipindahkan ke Selangor. hehe.

Kak Nora >> Betul la kak.. Sebenarnya takkan dijual, tapi 'diringankan tugasnya..'
Kancil Best!

saisyahk said...

sokonglah kereta buatan mesia. Sokong perodua..huhu..Jom beli kereta Perodua.

Nana said...

rindu nk baca entri yan lagi.

kak nana pun guna kancil jugak, walaupun dh ada kereta lain. rasanya sebab dh lama guna, sayang nk jual.

Humyrah said...

Aisyah >> Perodua mmg OK. Tengoklah di jalanraya pun mmg ramai yg pakai MyVi, Viva. Tapikan, aku baru je beli lagi satu kereta yang bukan buatan Perodua :p

Kak Nana >> Saya ambil kesempatan untuk ucap takziah. Moga kak tabah selalu. Oh, kita terbalik, saya guna kereta lain sekarang walaupun dah ada kancil. hehe.

Anonymous said...

napa apa yang aku dgr lain tp disini lain pula??erkkk

Humyrah said...

Anonymous,

Maaflah saya tak faham. Dengar cakap orang? Salah dengar?

Masing-masing boleh buat kesimpulan sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Siti said...

Hmm memang kancil hebat..saya pon mengaku x dapat nak tinggalkan kancil ni.. memeng banyak memori..tapi terpaksa jugak sbb x mampu nak bayar dua kereta.. my 2nd car now its myvi..i have 2 buy bcos x larat da nak bwk manual kt jln kl..tp sampai skrg xde lagi buyers..maybe dia xnak tuan yang baru kot..saya pon mcm x sampai hati nak jual dia..memeng x berbaloi..

Humyrah said...

Siti >> Saya berpendapat yang sama. Serba salah juga nak jualkan....

Hafiz said...

Salam, kancil 660 1998 larat ke naik bukit genting sempah?

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger