Sahabat

Gembira sungguh apabila sahabat saya sejak matrikulasi menelefon, mengatakan dia sekarang berada di KL. Dia di UIA bersama kakaknya, yang juga saya anggap sahabat saya (walau baru berkenalan, tetapi terus melekat di hati)

Saya mengenali Amni lebih kurang 7 tahun lalu.. Berkenalan dalam keadaan bergaduh. Berkawan ketika bermusuh. Bertegur sapa pada masa yang sama, mengumpat-kutuk. Sekurang-kurangnya itulah reaksi saya terhadap dia, ketika itu. Dia? Dia melayan saya sebagai saudaranya. Dengan sebaik-baiknya.

Kami masih berhubung kini, walaupun dia sedang belajar di Terengganu, saya pula sudah berkeluarga. Kakaknya, Kak Teh mengeratkan lagi hubungan kami apabila asramanya di UIA menjadi tempat kami bertemu. Bukan selalu. Bukan di siang hari. Kali terakhir bertemu, saya bawa anak saya bersama. Seronok sungguh. Sampai di rumah, sudahpun awal pagi.. :)

Bila dia minta berjumpa di Masjid Putrajaya, seperti biasa, hati saya berbunga-bunga.. :) Rasa seronok bercampur segan yang amat dan sedikit takut. Amni dan KakTeh adalah orang yang saya kagumi...Siapalah saya di sisi mereka.. sehingga mereka ingin berjumpa..? Mereka punyai ilmu yang tinggi, perilaku yang baik dan terpuji. Mereka bukan sebarangan sahabat.. Perasaan segan sangat tebal dalam diri saya.

Amni yang saya kenali adalah seorang yang tegas, tetapi kelakar.. Pandai mengambil hati dan tidak kedekutkan ilmunya. Saya masih ingat semasa di kolej matrik, dia nyanyikan saya nasyid Cinta Agung bila saya berduka. Sedap nyanyiannya, menusuk ke hati saya. Kenangan itu saya akan ingat sampai bila-bila walaupun jika dia dah lupa..

Kak Teh pula lemah lembut orangnya. Sangat baik hati terhadap saya. Saya yakin dia seorang yang hebat melalui tulisan blognya (http://albazrah.blogspot.com). Hati saya ingin sangat mengenalinya lebih lagi, tidak cukup rasanya sekadar mengetahui melalui blog. InsyaAllah jika Allah izinkan..

Malangnya saya tidak dapat berjumpa dengan mereka semalam. Saya ke klinik kerana anak saya sakit. Doktor ambil darah anak saya untuk check up. Jadi saya terpaksa menolak pelawaan mereka. :( Maafkan saya..

Saya hargai niat mereka nak berjumpa. Sejak saya berkeluarga, jarang sekali kawan-kawan ajak keluar bersama. Rasa rindu pada kawan-kawan terpaksa ditelan. Saya tak berasa kesal. Cuma kadangkala saya rindu.

Apatah lagi saya diajak bertemu mereka dua beradik ini. Sudah pasti pertemuan kami bukan pertemuan kosong. Seronoknya...

Ya Allah, jika mereka berdua ini aku anggap orang yang hebat, bagaimana pula anggapanku jika dapat diketemukan dengan Rasullullan s.a.w?

Andai sahabatku berdua ini bagiku berakhlak mulia, bagaimana pula akhlak kekasihMu itu?

Sesungguhnya Rasullullah s.a.w. tidak tertanding!

Allahumma solli a'la sayyidina Muhammad....Wa a'la alihi wasohbihi wabarik wassalam..

Wednesday, April 11, 2007

6 Comments:

Anonymous said...

Innalillahhi wa inna ilaihi raji'un. Terlalu melangit pujian Yan tu. Segala yang baik itu hanyalah dari Allah.

Semoga anakanda comel cepat sembuh. Kesabaran mak dan ayah menghadapi anak2 yang sakit tidak percuma.

Humyrah said...

ekk.. salah ke kak teh..?

kata2 saya dari apa yang saya rasa, dari segala kelemahan saya.

kata2 pujian tu ikhlas.

kata2 pujian itu adalah doa saya.

Unknown said...

glupp..!! (menelan air liur...)

Anonymous said...

:) Jangan risau yan, kak teh kata inna lillah...sebab memulangkan segalanya kepada Allah.

Terima kasih atas doa yan yang ikhlas utk kak teh dan amni...

amni said...

macam tu ka??? ingatkan innalillah tu untuk org mati saja? :D

nanti saya pi KL lagi, 19 mei perasmian syarikat saya. Kita jumpa lagi insya ALLAH...

Humyrah said...

yan dah faham kak teh.. amni pun ada jelaskan sebelum ini.. :)

wah amni dah ada syarikat? alhamdulillah! insyaAllah nanti kita jumpa..

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger