Sayang Satu, Dua, Tiga

Satu,satu, saya sayang ALLAH
Dua, dua, sayang Rasulullah
Tiga, tiga, sayang mama ayah
Satu, Dua, Tiga sayang semuanya..

Itu adalah salah satu nursery rhymes yang sering dinyanyikan Afif. Bersemangat sungguh nyanyiannya. Lirik lagu ini sebenarnya diubah sikit dari yang asal. Lirik ini adalah sangat relevan, bagi saya, untuk dididik dalam diri Afif.

Afif sering bertanya tentang ALLAH, bahkan memberitahu (mengajar mamanya sendiri) berbanding bertanya. 'Mama, ALLAH boleh ambil nyawa kita bila-bila masa..', 'Mama, ALLAH ni kuat tau..', 'Mama, jangan bawak car laju-laju, ingatlah ALLAH..'

Saya rasa insaf dan terharu dengan kata-kata Afif. Kadangkala dia memandang kereta (objek kegemarannya) dan mengatakan ia juga ciptaan Allah. Saya katakan bahawa Allah juga berikan manusia akal dan mengizinkan kita mencipta sesuatu untuk kebaikan.

Apa yang saya ajarkan pada Afif, dia akan ulang beberapa kali. Mungkin kerana itu dia mudah faham dan mudah ingat. Alhamdulillah.

Pada usianya 4 tahun ni, telah banyak perkembangan mindanya yang saya perasan. Afif hanya mula bercakap pada usia 3 tahun. Sekarang, Afif sudah pandai mengeja, mengira (tambah dan tolak), mengenal huruf orang bisu, membaca doa-doa harian, menghafal Al-Fatihah dan 4 Qul. Sering sekali bila saya sakit untuk bangun dari baring, (sejak mengandung 7 bulan, saya alami sakit tulang belakang) saya melihat Afif menadah tangannya dan berdoa 'Ya ALLAH bantulah mama saya nak bangun..Amin..'
Betul-betul membuat saya terharu. Lalu saya peluk Afif dan memujinya.

Alhamdulillah, menjadi ibu adalah pengalaman indah apatah lagi bersama dengan Afif, peneman yang setia. Tidak sabar untuk bersama adiknya pula.

Tuesday, July 13, 2010

11 Comments:

AisYah said...

Yes. Being a mom is the best thing ever kan. Every minutes spent dgn our kids mmg sangat2 precious.

Mr_Rizal said...

yan... Amir pun sudah pandai cakap, mengeja apa yang ibu dia ajar, dia ingat. mengira 1-50 selamba [dalam english sahaja, dalam BM, sampai sepuluh je...], yang lain lain sedang di ajar... tahun depan, kami akan hantar amir masuk pre-school...!!

Humyrah said...

aisyah > i really enjoy being an educator, but educating and homeschooling our kid is more enjoying!

rizal > alhamdulillah, 1-50, membaca serba sedikit (sibuk nak baca suratkhabar juga tu..!) dan paling terkejut bahasa orang bisu tu. doa-doa pun dia hafal juga. moga dia boleh konsisten hingga dewasa..

setakat ni mmg guna english juga.

cik daisy said...

terasa sejuk jer perut mama mengandungkan afif yer.. hehe! afif ni mmg bijak ;)

MamAqielAtieq said...

alhamdullilah..seronoknyer jadi mama afif..;) mcm mana yan ajar mengeja, berdoa etc tu? rajin lah yan..;)

~albazrah~ said...

assalamualaikum Yan... ni kak teh from Sudan.

Barang kiriman dari Malaysia semua sudah sampai. Hadiah daripada Yan dan keluarga juga sudah Kak Teh terima. Terima kasih byk ya...jazakillahu khairan kathira. Banyak tu sampai 7 helai. Terima kasih sekejap lagi kak teh nak bagi Nisreen pakai dah...Syukran ya...

Humyrah said...

cik daisy & sherry > Terima kasih. Saya memang suka mengajar, kat rumah pun dah jadi kebiasaan mengajar dia. Dia sendiri yg sibuk minta diajar sebagainya..

Kak Teh > Waalaykumussalam. Sudah lama rasanya saya cuba kirimkan barang2 tu, rasanya sejak dapat tahu kelahiran Nisreen, hingga saya lupa apa yang saya kirimkan(?)
Saya cuma 'pay it forward'. Harapnya muat lagi untuk Nisreen. Kalau tak muat, simpankan untuk adiknya pula ya. Sama2..

neem said...

Salam kak yan.

Rasa kak yan x kenal saya kot, tapi kite ada pertalian darah juga. kalau tanya che yah, dia boleh explain.

Saya baca pun terharu. Apatah lagi dengan kak yan sebagai ibunya. Semoga Afif membesar menjadi sorang yg berguna utk Islam.. =)

Salam menyambut Ramadan.

neem said...
This comment has been removed by the author.
Humyrah said...

neem > waalaykumussalam. ya, saya perasan kehadiran awak di fb ibu mertua saya. rasanya ada pertalian perkahwinan, kerana saya hanya menantu che yah.
terima kasih kerana sudi singgah. selamat menyambut ramadhan al-mubarak.

alia said...

indahnya menjadi seoran gibu kn...syok..

salam ramadan

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger