Pengalaman Endoscopy (OGDS)

Semalam saya ke Hosp. Serdang, ada appointment untuk OGDS. Ini adalah pengalaman pertama. Saya dah google segalanya tentang OGDS ni. Penerangan paling tepat dan mudah ialah di sini. (Anda mungkin perlu baca dan tahu, kerana ia adalah prosedur yang harus dilakukan setiap 3-5 tahun selepas berumur 50 tahun jika tiada sebarang simptom).

Prof. Hj. Muhd. Kamil juga pernah merasai pengalaman melakukan OGDS melalui cerita di blog lamanya. Sebenarnya, saya agak takut dan bimbang akan prosedur ni sehinggalah saya terbaca pengalaman beliau. Terima kasih Prof!

Walaubagaimanapun, saya masih berasa takut. Sebabnya saya seorang yang mudah muntah. Kadangkala ketika memberus gigi pun saya boleh rasa nak muntah, inikan pula dimasukkan tiub ke dalam kerongkong ketika sedar!

Kata doktor (yang mesra dan sangat baik tu..)

Prosedur ni sekejap saja. Dalam 5 minit. Pangkal lidah awak akan dispray supaya kerongkong awak kebas. Spray ni rasanya pedas dan pahit, awak cuba telan ya.
Perut awak akan dimasukkan angin, untuk dikembungkan. Kemudian kita akan masukkan tiub ke perut dan usus. Kita nak tengok sebarang masalah pada perut melalui kamera yang masuk. Kalau ada problem, kita ambil sedikit tisu perut. Awak takkan rasa sakit, cuma rasa kurang selesa seperti mahu muntah.
Masa mula-mula tiub tu nak masuk, cuba jangan lawan ia. Ia akan rasa lebih teruk bila awak lawan. Try to be calm ya.

Sebaik dibawa masuk ke bilik endoskopi, saya dapat lihat tiub yang akan dimasukkan. Alahai, saya sangka kecil aje rupanya besar..! Dan panjang..!


Rupanya betul-betul macam gambar di atas. Besar kan?
Saya ingatkan macam wayar yang kecil..


Saya terus kata pada doktor : Saya nak dimasukkan sedatif. Saya rasa saya tak boleh terjaga. Boleh tidurkan saya ? (saya yakin wajah saya penuh dengan ketakutan..)

Saya sudah lalui pelbagai pengalaman - bersalin normal, bersalin c-section sedar, diambil darah 6 jam sekali, dijahit tanpa bius, dll. Semuanya saya tangani dengan tenang tapi endoskopi ni? Ya Allah, takutnya!!!

Lalu prosedur bermula. Pangkal lidah dispray. Saya rasa kerongkong saya membeku. Saya tak mampu menelan air liur. Berdebar-debar perasaan. Kata doktor, jangan telan air liur, lelehkan saja di tepi mulut. Plastik untuk lelehan diletakkan di tepi saya.

Doktor memberi rangsangan sambil bergurau. Saya hanya mampu angguk saja. Kemudian sedatif dimasukkan melalui tangan. Saya diarahkan mengiring ke kiri. Pada masa sama, seorang lagi pembantu meletakkan corong ala pacifier ke dalam mulut. Saya mula rasa mengantuk yang amat. Hanya sempat mendengar bunyi ketika tiub itu dimasukkan.

Diarahkan supaya mengiring ke kiri.
Ia kerana kedudukan perut di sebelah kiri tubuh.


Sebaik tiub/kamera dimasukkan, imej dalam perut akan dipapar pada skrin.
Ingatkan nak tengok perut sendiri, tapi tidurlah pulak..

Sejam kemudian, saya ditempatkan ke katil di wad di mana Abang menunggu.
Saya sudah terjaga setelah tidur nyenyak hampir sejam. Alhamdulillah saya tak rasa apa-apa. Saya bercerita kepada Abang apa yang telah berlaku, part yang saya ingat sahaja. Leganya...

Saya yang sedang lena tidur sebaik selesai prosedur.


Bulan Disember nanti saya akan datang semula untuk ketahui keputusan dan melihat perut sendiri!


Sejak saya sakit dan berulang-alik ke hospital ni, Afif suka sangat menyakat saya. Dia akan menggeletek perut saya dan kata 'mama, ni ulat masuk dalam perut mama!'. Semuanya kerana endoskopi yang saya ceritakan padanya. Nakal ya..

Wednesday, October 07, 2009

11 Comments:

sherry said...

berdebarnyer nak buat OGDS ni..mmg takut tgk alatnyer tu..

Humyrah said...

takut kemain lagi, padahal tak rasa apapun sebenarnya. kelakar aje saya..

saya cuba ingat apa yang berlaku, tapi tak dapat. apalah agaknya keputusan dan biopsi yang doktor dapat.

FaiZ N zYuRiNa.. said...

yan..harap2 tak ape yang serius..hopefully everything will be normal..

~albazrah~ said...

Kenapa lambat juga keputusannya... Syafakillah. Yan, nanti orang pergi mekah pesan setiap org bawa balik air zam-zam. Minum dan berdoalah dengan tulus uuntuk setiap tegukan air zamzam yg berkat. kak teh doakn

Nora said...

aduhh.. pengalaman baru lg.. kalo akak kene lalui pun, xmo dlm sedar. harap2 keputusannya tak mengejutkan. harap sihat sepenuhnya lps ni, insya-Allah.

afif dah pndai bergurau yer. usik2 mama :)

Humyrah said...

faiz >> harapnya tak ada apa2. sejak 2006, setiap tahun masuk wad. penat.. tapi benda2 macam ni buat saya rasa sentiasa bergantung padaNya.

kak teh >> keputusan lambat sebab ada lagi ujian yang perlu dibuat bulan depan. ada dua lagi.. sudah ada air zam-zam yg mertua bawa dari makkah. syukran atas doa.

kak nora >> yan positif tak ada apa2. but ogds ni bagus untuk tahu sebarang ulcer, kanser atau bakteria bahaya pada perut. insyaAllah.
afif mmg banyak mulut, depan org lain je mulutnya macam terkunci. huk..

s.c.h.u.l.t said...

hehe.comel afif tu. :)

hey sedang mencari cerita ringkas pasal endoscopy. tq~

chanz said...

hu menakutkan selalu tengok citer medik je

EFS said...

Terjumpa blog awak masa saya research ogds ni. Anak saya berjela 11 tahun akan melalui nya hari ni. Procedure urgent.

anaMuslimah said...

salam...baru buat siang tadi...huhu...
i wish that sombdy feel the same pain..here u r!huhu

Anna 18 said...

SAKIT TEKAK 😭😭😭

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger