Sakit 7 Hari --> Sakit jantung(?)

Assalammualaikum.
Rindunya pada blog ini.

Beberapa minggu yang lalu adalah minggu-minggu yang sangat mencabar dan menguji keimanan saya sekeluarga. Bulan Ramadhan yang sangat menguji.

Sakit Selama 7 Hari.

Setiap kali masuk ke kelas, saya rasa tak sedap badan. Saya tahan. Saya perlu mengajar. Students sudah sedia mendengar. Dada rasa sukar bernafas, seakan angin menolak-nolak untuk keluar. Loya, mahu muntah. Angin tadi naik ke kerongkong. Saya rasa seperti tercekik. Angin tu terus naik kepala, masyaAllah sakitnya.

Ketika tu saya tak mampu lagi nak berdiri. Badan sudah terketar-ketar hampir saja hendak pitam. Sudahnya saya pulang ke rumah/klinik dan rehat. Ia berlaku selama 7 hari :(

Masuk Wad. Sakit jantungkah?

Hari ke-7, Abang hantar ke klinik kesihatan. Mengikut bacaan ECG yang dibuat, ada bacaan jantung yang meragukan. Saya dimasukkan ke wad Hospital Pontian. Saya memakai tiub oksigen untuk bernafas, dan dimasukkan ubat pencair darah selama 2 hari. Setiap 6 jam, sampel darah diambil untuk diuji supaya tidak terlebih cair. Pendarahan dalaman boleh berlaku jika darah terlebih cair.

Saya rasa bimbang sebab selama 2 kali saya ke klinik swasta sebelumnya, doktor di klinik swasta suspek gastrik sahaja. Bila ditanya pada doktor yang bertugas di hospital di sini, beliau jawab, 'awak masuk wad sebab sakit jantung, bukan gastrik!' Dan doktor tersebut langsung tak menyentuh saya untuk diperiksa.

Hospital ini tiada pakar jantung. Walaubagaimanapun, seorang staf nurse memberitahu bahawa atas rundingan dengan pakar jantung di hospital di JB, maka saya diberikan ubat jantung.

Kasihan Afif.

Kebetulan Abang sedang berada di Pontian semasa saya sakit. Nasib baik. Abang lah yang menjaga Afif sepanjang 4 hari saya di wad hospital Pontian. Setiap malam Afif menangis memanggil saya. Kalaulah Afif dibenarkan melawat saya, tentu Afif tak terlalu rindu..

Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan melawat. Sedih.

Ditukarkan ke Hosp. Serdang.

'Cik Nah akan arrange supaya Yan dapat transfer ke Hosp. Serdang. Sana ada pakar jantung'

Atas nasihat dan request ibu saudara, saya dihantar ke Hospital Serdang. Lebih dekat dengan keluarga dan lebih puas hati kerana saya akan diperiksa oleh pakar jantung di sana. Pertama kali dalam hidup, saya akan pulang ke KL (kampung sayalah..) dengan ambulans. Dan tak sangka pula terus pulang beraya. Erti kata lain, saya pulang beraya ke kampung dengan ambulans..huhu sedih je bunyinya.

Sangat puas hati berada di sini. Saya diexamine oleh 2 orang pakar jantung, Dr. Fazli dan Dr. Ainul Saher. Mereka periksa serba serbi.. Kata-kata mereka lembut dan mereka menjawab semua persoalan yang bermain di fikiran saya.

Saya rasa saya gastrik sahaja, bagaimana boleh sakit jantung pula?
Doktor, bacaan ECG saya bagaimana?
Bila boleh saya pulang? Saya nak balik raya lah doktor... (dengan muka sayu)

Selama berada di Hospital Serdang ni, sakit saya beransur kurang. Syukur alhamdulillah.

Hakikatnya.

Menurut kata pakar jantung tadi, sebahagiannya, adalah..

'Bacaan ECG memang tidak normal. But it's ..... (tipikal A ke apatah dia sebut. Saya lupa..). Awak masih muda dan aktif. Mungkin sekadar gastrik yang teruk. Tapi kita nak awak buat OGDs, stres kardio test dan scan jantung untuk betul-betul sure. Kita lakukan selepas raya. Awak jangan bimbang. Awak boleh balik..'

Menitis air mata bila dengar. Berhari-hari saya tak dapat jumpa Afif. Dan akhirnya dapat balik!
Kata-kata doktor di hospital ni berbeza sangat dengan doktor di hospital sebelum ni. Alhamdulillah ya Allah!

M.C. paling lama.

Saya perlu rehat yang banyak. Saya masih rasa sakit di dada, tercungap-cungap dan sesekali rasa bagaikan tercekik di kerongkong. Dan doktor di sini sangat memahami. Saya diberi 11 hari MC, sehingga selepas raya. Rekod MC kerajaan yang paling lama. (semasa mengandungkan anak kedua, saya pernah ditawarkan MC kerajaan untuk selama mana yang saya mahu. Tapi ketika itu saya tak bekerja)

Tentulah gembira. Saya tak perlu pulang ke Pontian dan patah balik ke KL semula untuk beraya kan..

Batal rancangan.

Tahun ni beraya di KL saja. Saya perlu rehat dan rasanya tak larat untuk pulang ke Teluk Intan, Lenggong mahupun Kelantan. Syukurlah sekurang-kurangnya tak perlu beraya dalam wad.

Thursday, September 17, 2009

13 Comments:

saisyahk said...

Sabar ya Yan,Moga Aidilfitri ini berjalan dengan lancar. Jangan stress stress..

NuRuL DhiA said...

alhamdulillah yan beransur baik, jaga kesihatan yer, semoga xde ape2 yg serius, selamat hari raya dr akak sekeluarga :)

Nora said...

dugaan Allah tiba kerana Dia sayangkan hambanya. yan sgt kuat & tabah. akak doakan dari jauh (maaf sbb haritu menangis. terlalu sedih) harapnya yan pass sume test2 tu nnt. jgn lar penyakit yg berbahaya.

♥ Mrs. C ♥ said...

Take care yaa... Selamat Hari Raya...

Humyrah said...

Aisyah >> Kalau berdasarkan emosi, tak ada yang stress. I feel very happy and excited.. tapi kesihatan menunjukkan memang ada stress..

Entahlah..

Humyrah said...

Kak Nurul >> Terima kasih.. Masih sakit, tapi boleh bernafas lagi. Waktu macam ni terasa bersyukur sangat ada udara..selama ni bernafas dengan bangga aje.

Selamat Hari Raya esp to budak kecik tu..!

Humyrah said...

Kak Connie >> Selamat Hari Raya!

Humyrah said...

kak nora >> terharu. yan pun sedih, nangis juga. terima kasih call. tu pun nak nangis, tahan aje.

Unknown said...

kalau masalah jantung... memang kena berehat serehat rehatnya... makan pun tak leh selamba...!! apa pun yang penting kesihatan semakin baik untuk teruskan kehidupan yang normal...!!

Humyrah said...

mr rizal >> ya, elakkan minum nescafe segera tu..!

Miss Aries said...

Mr.Rizal--> mcm mana keadaan sekarang ok?? Sy sakit sama dgn anda.. x p check jantung semua ok.. jumpa pakar jantung 2x ok.. xp still sakit lagi..huuhuu sekadar berkongsi

Unknown said...

Saya pun mempunyai masalah yang sama. Umur 23, sakit dada. Mengah yang tiba2 walaupun ketika duduk. Penat tanpa sebab. Smlm pg hospital ampang doc ckp jantung tak beberapa cantik. Then kena tahan wad dlm tiga jam. Check ecg tiga kali still bacaan tak cantik. Tapi tahu2 kena halau balik. Tanpa bgtahu pape result and diberi ubat gastrik je. Entahlah. Risau kalau betul ada masalah jantung takkan bebetul teruk baru nk ambil tindakan. Kita ni yang menanggung. Hmm

Unknown said...

salam,blh x sy dpt kn no sis..ade y sy nk tye bkaitan sket ni..sbb sy tgh alami skg ni😭

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger