Redha Humyrah

Kelmarin, saya hadiri kursus bersama Datuk Dr. Hj. Mohd Fadhilah Kamsah. For the whole day. Seronok sangat..
Antara yang takkan saya lupakan..

"Nama adalah doa. Nama sepatutnya mempunyai maksud yang baik. Siapa yang tak pasti maksud namanya sendiri?"

Saya mengangkat tangan. Saya duduk beberapa baris dari barisan depan. Pasti dia kan perasan.

"Nama awak... "
Dia cuba mengingat..


"Nama awak bermaksud redha. Redha bila dicabar, redha bila ditipu daya.. "


Seluruh dewan mendengar. Saya mengangguk-angguk. Senyum dan malu.

"Redha jika dimadukan.."

Seluruh dewan mentertawakan. Saya mengangguk lagi dan menambah lebih senyuman.


Datuk mempunyai ilmu membaca wajah terus ke lubuk hati. Dia tahu saya ikhlas.

Humyrah adalah nama pena, bukan nama sebenar..


________________________________________________________

Saya ditag dengan trophy ini. Ia bakal menyerikan saya di sepanjang Ramadhan!

Saya forwardkan tag ni kepada Nashrin, Aisyah, Kak Aliya dan Kak Nora.

Tuesday, September 16, 2008

3 Comments:

Nashrin said...

aku sedang mengumpulkan sinar walaupun seakan malap sahaja cahayanya.hehehhe.jauh beno pontian aku nak anto sambal tu wei.hahhaha!!

Unknown said...

Sesungguhnya kita perlu redha dengan ketentuan hidup...

Humyrah said...

Nash >> Yela time puasa ni aku baca entry mcm tu, terpaksalah request dulu walaupun kemungkinan besar harapan aku tu direject. Dah direject dah..

En. Rizal >> Sesetengah manusia di mulut redha, di hati tidak. Redha bukan satu pilihan tapi mesti ada dalam diri setiap orang..

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger