Saya dapat peluang sambung belajar. Master di UTM, Program Pesisir secara sambilan. Ia memakan masa 2 tahun.
Kata dua dari Abang, "Abang tak ada halangan. Abang sokong kalau nak sambung. Tapi Abang tak ada. B kena jaga Afif, dengan kelas lagi. Boleh ke?"
Saya kata "Boleh. Kelas kan masa hari minggu.."
"Lagi satu, kalau nak sambung, tangguhkan tambah anak. Lepas 2 tahun tu baru plan untuk pregnant semula. Sanggup ke?"
Kata dua dari Abang. Jawapan saya?
Huhu.. (nangis sikit) Tak jadilah. Saya nak pregnant semula tahun depan.
Tolong doakan saya ya...
Kata Dua
Oleh Humyrah Pada 4:37 PM 10 ulasan
Topik fikir-fikirkan
Redha Humyrah
Kelmarin, saya hadiri kursus bersama Datuk Dr. Hj. Mohd Fadhilah Kamsah. For the whole day. Seronok sangat..
Antara yang takkan saya lupakan..
"Nama adalah doa. Nama sepatutnya mempunyai maksud yang baik. Siapa yang tak pasti maksud namanya sendiri?"
Saya mengangkat tangan. Saya duduk beberapa baris dari barisan depan. Pasti dia kan perasan.
"Nama awak... " Dia cuba mengingat..
"Nama awak bermaksud redha. Redha bila dicabar, redha bila ditipu daya.. "
Seluruh dewan mendengar. Saya mengangguk-angguk. Senyum dan malu.
"Redha jika dimadukan.."
Seluruh dewan mentertawakan. Saya mengangguk lagi dan menambah lebih senyuman.
Datuk mempunyai ilmu membaca wajah terus ke lubuk hati. Dia tahu saya ikhlas.
Humyrah adalah nama pena, bukan nama sebenar..
________________________________________________________
Saya ditag dengan trophy ini. Ia bakal menyerikan saya di sepanjang Ramadhan!Saya forwardkan tag ni kepada Nashrin, Aisyah, Kak Aliya dan Kak Nora.
Tuesday, September 16, 2008
Oleh Humyrah Pada 1:37 PM 3 ulasan
Topik fikir-fikirkan
Ramadhan & Raya
Ramadhan ni terasa sepi sedikit. Bersahur dan berbuka tidak semeriah tahun lepas. Sebabnya saya sering teringat pada Abang di Bangi - Dah sahur ke, dah buka ke, makan apa... Alangkah seronok jika Ramadhan bersama.
Alhamdulillah mak ada bersama di Pontian. Jadi tak lah bosan memasak, sahur dan berbuka seorang diri (Afif kan masih kecil untuk puasa) Kata mak, sepanjang Ramadhan ini akan tinggal di sini. Seronok lah saya :)
Persiapan raya? Saya dah siap shopping pada akhir Ogos yang lalu, betul-betul pada minggu terakhir Mega Sale (Ramadhan pun tak mula lagi). Borong habis.. Paling banyak untuk pakaian Afif. Jadi persiapan raya untuk pakaian dah kira SELESAI..
Friday, September 12, 2008
Oleh Humyrah Pada 8:29 AM 7 ulasan
Topik baiti jannati
Cuti Semester
Sudah lama tak pulang ke Seri Kembangan.. Cuti semester selama seminggu (18-22 Ogos) saya gunakan sebaik-baiknya untuk pulang ke rumah mak & abah di sana.
Gambar sepanjang perjalanan melalui freeway PLUS dari Simpang Renggam-UPM..
Monday, September 08, 2008
Oleh Humyrah Pada 8:44 AM 6 ulasan
Topik baiti jannati, out n about