Hari Bapa Teristimewa
"Inilah hari paling indah dalam hidup Abang!"
Abang gembira kerana Afif sudah pandai memanggil 'ayah'. Sudah tentu ia hari yang paling menggembirakan. Sudah 2 tahun dia menanti perkataan tu dari mulut Afif. Saya tumpang gembira. Walaupun kadang-kala bunyinya kedengaran seperti 'anyah'!
Oh ya, tahniah abang kerana score 4.00 semester lepas. Aweesommeeee!
Tahun ini juga bermakna buat Abah saya. Abah dah pencen akhirnya.. Semoga Abah dapat rehat dan sihat. Terima kasih atas segalanya..
Majlis Hari Jadi
Keluarga mertua saya berada di sini sejak seminggu yang lalu. Walaupun mereka menetap di Kelantan, mereka sering sekali berada di sini. Ketiga-tiga adik-beradik Abang di Kuala Lumpur, begitu juga saudara-mara yang lain. Jadi bila kami berkumpul, suasana sentiasa meriah. Saya sendiri merasakan mereka selalu dekat dengan kami.
Kebetulan pula hari ini adalah hari jadi Umi (ibu mertua). Kami sambut beramai-ramai di Pizza Hut Equine Park. Riuh sungguh bila 20 orang berkumpul serentak. Afif paling seronok dan sering menjerit-jerit kesukaan (konfius betul..) Meja yang telah awal ditempah disusun memanjang.. Saya, Abang dan Afif datang awal untuk beli kek dan diberi pada pelayan Pizza Hut. Konon nak buat surprise....
Afif di sisi Ayoh dan Umi.
Meja dah clear sebab pizza semua dah dimakan.. masa untuk makan kek pula.
Selamat Hari Lahir ke-55 Umi, moga sentiasa sihat dan diberkati Allah...
Selamat Hari Bapa, Selamat Hari Jadi Umi!
Oleh Humyrah Pada 3:40 AM
Topik baiti jannati, selamat
20 Comments:
oh tidakkkk..hanya kelihatan badan laki ku saja dalam gambar itu..mana kepala suamiku...tidakkkk...hahhahaha...peace.
anonymous >> kak iena!!!!
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ni. Malam tadi memang seronok kan. Sori la gambar abe tu sekerat je, kamera handfon je tu :)
akak ada blog tp dh lupa password..skrg takde masa dah nak update..haris dmam sjak malam tdi so akak skrg tgh biol coz tak cukup tdo..haris sjuk sgt kot mlm tadi..
Alahai haris demam.. Semalam pun perasan dia batuk2.. Sian dia. Entahla nape aircond pizza hut tu sejuk sangat.
Macamana la tak pening pala, semalam pun dah lewat balik. Kak Iena kena drive, sure sampai rumah pun dah tengah malam. Balik ni qada' tido tau..
apesal gambo aku takde yan??
Sebab kau tak dijemput... Hahaha...
cis...hahahahah...hubby ko score 4.00, power ah...congrat2 :)
ben >> hakikatnya berkahwin ni bukanlah penghalang untuk meneruskan pengajian.. syukran.
sedap pulak tgk kek itu....keh keh keh...
Kak Connie >> Kek tu ialah Choc Indulgence dari Secret Recipe. Memang sedap sangat..Nyum, nyum.
oii.. Kek yang ko tgk puan Connie...!!
They both have something (more than shirts) in common; I am the quuen of their hearts!
-->> rasanya ko maksudkan QUEEN kan...!! nanti ko betulkan yerk...!
mr rizal >> tula aku ni dr td duk adjust layout terbaru ni, dah salah eja daa..
mr rizal >> well spotted. thanks ya rizal.
layout baru :) kemas yan kemas..
hmm bolehlah, tq.. but i prefer warna hijau sebenanya. it's my fav color.
wah..layout baru..rajin la yan ni..sy lupa nak tanye, bila yan lapor diri kat kolej komuniti tu..
lagi satu..terror benor hubby yan dapat 4flat..fuhh dasyattt..tahniah
dah lama nak tukar layout, tapi sebelum ni takde connection. alhamdulillah sekarang dah ada wireless broadband @ home, rajinlah sikit.. sikit je padahal copy and paste!
lapor diri sepatutnya pada 16hb jun lepas, tapi saya hold dulu sebab nak tunggu result rayuan tukar penempatan. result mungkin pada isnin depan.
terima kasih. i announced that because i think he earned it.
its about winter kat southern hemisphere kan? hopefully aqiel will be ok.
InsyaAllah yan boleh tranfer ke hulu langat..kalau jb tu jauh..dah lah minyak dah naik nak ulang alik..tol lagi..kalau naik bas pun harga tiket dah naik jgk kan? Doa banyak2..InsyaAllah dapat..
a'ah sekarang tgh winter..aqiel kene flu + cough..baby lain pun kene jgk..mmg musim org kata sbb perubahan cuaca..tapi mmg sy dah sapu ubat semua kat aqiel..sbb yang kritikal masa malam yan..malam baru aqiel start batuk..siang ok lg..tapi alhamdulillah dia tak demam..
awak doakan saya ya.. terima kasih banyak2 :)
Post a Comment