Bersederhana

Harga minyak naik lagi. Paling ditakutkan bila harga semua barang keperluan yang lain akan naik juga. Terlalu ramai orang mengeluarkan terlalu banyak pandangan. Pandangan saya, ukurlah baju di badan sendiri. Alasan 'ikut pasaran global' agak kurang relevan. Pendapatan rakyat tidak setara dengan harga minyak. Bagaimana dengan nasib orang miskin. Bila barang-barang naik harga, mereka kan lebih terhimpit...

Nak tak nak, kena lah ubah cara hidup. Ada beberapa cara yang mungkin boleh membantu..

1. Masak sendiri saja daripada beli di kedai. Sesuai dan praktikal bagi mereka yang sudah berkahwin/berkeluarga. Saya sendiri masak pagi-pagi bekal makanan tengahari untuk saya dan abang. Saya amalkan semenjak awal tahun lagi. Bukan saja menjimatkan, kita juga terhindar dari makanan yang kurang berkat hasil masakan orang yang (mungkin) tidak solat..

2. Berhenti merokok. Ini adalah masa yang terbaik. Adalah 'sangat kurang bijak' bila kita merungut ditindas oleh Amerika, pada masa yang sama kita memberi keuntungan kepada mereka. Amerika adalah kuasa besar ke atas harga minyak yang juga pengaut keuntungan utama pasaran rokok dunia. Dah la merokok tu haram dalam Islam.. Insaf & bertaubatlah..

3. Perbanyakkan puasa. Isnin & Khamis saja pun ok. Inilah azam saya tahun ni yang paling susah (huk, huk..) Nampaknya azam tu tertunai juga tahun ni ya (di sebalik dugaan harga minyak yang naik ni)

4. Kurangkan kos pengangkutan(?). Saya tak tahu apa pendapat anda semua, tetapi saya dan abang dah bersetuju untuk naik motor saja ke tempat kerja. Jika permohonan saya untuk mengajar di Kolej Komuniti Hulu Langat diluluskan, saya dan abang akan gunakan pengangkutan yang satu ini- HONDA EX5!

Sebenarnya waktu-waktu (harga minyak naik) begini buat saya banyak berfikir. Betapa saya perlu lebih komited untuk jalani hidup yang betul-betul sederhana. Biar Afif belajar hidup begini. Dan semoga kesederhanaan hari ini membantu saya mengumpul kesenangan di masa depan.

Thursday, June 12, 2008

13 Comments:

Nora said...

kali ni minyak naik, memang terasa sgt. akak pun kene belajar berjimat. x bole boros2 lg. beli ape yg perlu. mkn kat luar pun sgt mahal skrg nih. tp kalo camni terus2an, sume brg nk naik harga, bila lar kita nk naikkan taraf hidup? ape lg org yg terlalu miskin. kesian...

Humyrah said...

yela kak, naik 40%, memang terasa. huby yan kata, "sebab tula abang nak kita pakai kancil je.." kemain lagi alasan dia :)

kancil pun terasa apa lagi waja..

FaiZ n ZYuRiNa.. said...

sabar la wahai rakyat Malaysia..n byk2 kan bdoa..ujian dr Allah nk tahu hamba Dia buleh bsabar or tidak..insayAllah..

aliya said...

Ahh, let's look at the positive side. Mungkin inilah masanya untuk jaga poket, jaga minda, jaga badan :P. Bila lagi nak 'slim down'? Petrol naik 40% = makan kurang gula, kurang minyak, kurang hiburan mengkhayalkan, kurang makan bila perut dah kenyang, lebih berpuasa, lebih bersenam, lebih bersabar... Mudah-mudahan pada akhir tahun ni, kita semua berbadan macam kerengga, hahahaa..

♥ Mrs. C ♥ said...

minyak rm10 dah tak rase ape2...

Humyrah said...

Sherry & Faiz >> Wahai perantau di Australia.. :) insyaAllah.. sama2 panjatkan doa..

Kak Aliya >> Precisely. Masa yg paling sesuai. It's a blessing in disguise! Cakap tentang jaga badan, bila la badan saya nak slim ni.. Doktor tak benarkan berjoging apa lagi nak main tenis hingga julai ni :(

Kak Connie >> Beberapa tips nak optimumkan pengisian minyak kereta.. 1. Isi minyak waktu pagi2 atau malam, jangan isi masa tengahari @ cuaca panas. 2. Bila tank dah tinggal separuh, isi terus, jangan tunggu tank dah nak kering. Petua2 ni bagus untuk elakkan tank diisi gas sahaja..

Frozen said...

naik moto lagik save (untuk lelaki la...hehehehe)

marah btol aku ngan pak lah...kureng

Unknown said...

rasanya, sebelum harga minyak naik 78sen, kehidupan perbelanjaan yang ku buat sudah di tahap paling minimum dah...!! dah tak boleh nak minimum lagi!! kalau ku minimum kan lagi, pasti ada bahagian2 yang melengkapkan hidup ku, wife dan anak ku jadi tak sempurna...!!

ku terbayang pada mereka2 yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang... kais kais jumpa minyak, mesti tanah kena rampas dengan kerajaan... confirm...!!

Unknown said...

Ku ada gak buku "I Am Muslim". tapi tak habis baca lagi... baru baca sampai page 6...

Humyrah said...

Rizal >> sama la jugak dgn kehidupan aku ni.. kais-kais tak jmpa apa2!

I am Muslim is basically about the muslims in our so called islamic country. its a contradiction to itself.

aku rate buku tu 3 bintang je sebab penulis dia tidak bertudung. isnt it weird when u talk about being muslim but u are not acting as one? tp at the end of the book, dia kata dia nk pakai tudung, harap jadilah.

Nora said...

yeah.. rizal, kita kene minimumkan lg.. say NO to astro, broadband, rokok, jjcm, vacation...

wuahahahha! baru lar namanye idup di zaman batu semule!

Unknown said...

Kahkahkah...!! bukankah kita memang berada di jaman batu skang ni...!! ko p mana, ko akan nampak batu benda pertama... tak caya; ko bangun pagi ko tgk, apa ada kat keliling tempat ko tdur tu...!! hihi...!!

Humyrah said...

hmm.. rumah aku ni mmg dindingnya batu, siap ada lukisan dinding lagi. Afif punya pasal, warna warni dah dinding rumah ni!

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger