Alhamdulillah.. Jadi Pendidik Akhirnya

Assalammualaikum.. agak lama saya tinggalkan blog ni. Saya tak berapa sihat, penyakit hati. Hati saya dah hitam sikit. Entahlah, saya jadi malas. Ya Allah, hindarkanlah aku dari kekufuran dan kemurkaanMu. Bersihkanlah hati hamba ini.

Suatu malam di minggu lepas, selepas saya dan abang membaca *Surah Al-Waqiah (kebetulan baca surah yg sama pula), saya terima sms mengatakan bahawa keputusan PPPT keluar di website. Alhamdulillah, syukur pada Allah. 2 tahun penantian kini dah terjawab. Saya telah dipanggil untuk mendaftar diri sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di Kolej Komuniti Tanjung Piai, Pasir Gudang! Saya sangat seronok.

Saya lega bukan saja kerana terlepas dari perjanjian dengan Kementerian Pengajian Tinggi, tetapi juga kerana cita-cita saya menjadi kenyataan. Saya harap saya dapat menjadi pensyarah yang berdedikasi dan ikhlas mengajar bukan kerana gaji semata-mata.

Saya dalam proses menukar tempat mengajar. Moga dapat terus tinggal bersama abang dan Afif. Jika tak berjaya, tak apalah.. Saya teruskan juga.

Afif, mama jadi pensyarah!

* Al Waqiah, amalkan selalu untuk murah reezeki. Ternyata rezeki bergolek malam itu!

Saturday, June 07, 2008

13 Comments:

aliya said...

Assalamualaikum,
Tahniah! Semoga menjadi pensyarah yang disyukuri kehadirannya oleh para pelajar :)
"... kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (surah al-insyirah 5-6)

Humyrah said...

Waalaykumussalam.. Terima kasih kak Aliya. Saya mahu jd cikgu yg hebat mcm akak! (im nervous..)

Dalam hati tak sabar dipanggil 'Puan..' :)

Anonymous said...

Salam. Yan, sekarang yan ngajar kat mana? pastu tukar ke tanjung piai ke..tahniah..;)tanjung piai kat pontian kan? nanti sy balik msia, boleh jumpa selalu..;)

Humyrah said...

Waalaykumussalam Sherry,

Sekarang sy tak ngajar mana2. Jd lecturer kat Klj. Komuniti ni akn jd pengalaman pertama.

Sy adalah pelajar tajaan KPT semasa buat degree dulu. (sy prnah bgth dulu, mgkin awk lupa dah..) Sy diwajibkan utk buat masters di UTHM (sahaja), tetapi sbb suami sdg belajar, sy takde pilihan lain, terpaksa posting terus. Sy hrp dpt smbung blajar semula nti. Minat masih ada.

Sy ingatkn huby awk je ada di Perth(?) Rupanya awk pun ada sekali. Bestnya diaa..

Yelah, dah balik Msia nti kita jmpa tau. Dah lama sgt x jmpa awk. Kita tengok Aqiel & Afif main bersama!

Frozen said...

wawawawa....congratulation eh! nak jadik student kau lah..bia aku jadik orang terawal panggil kau puan..."err..puan, saye ade masalah sket la ngan tajuk thesis nih..." kekekeke...neway, congrat again!

Nora said...

congrates yan! alhamdulillah, ganjaran utk yan krn bersabar selama ni dgn bermcm dugaan :)

hepi for u!!!

Humyrah said...

Ben >> Aku akan jd lecturer yg garang kalau kau jd student aku. 'Ben.. awak tido lg dlm kelas sy? Sy pun tgok bola mlm td bukan awk seorang!'

Kak Nora >> Terima kasih. Tapi dugaan takkan berhenti.. Mungkin akan wujud dalam bentuk pelajar yg nakal-nakal (mcm Ben tu kot..)

♥ Mrs. C ♥ said...

terlambat pulak...Congrates Yan....

~albazrah~ said...

Alhamdulillah. Alfu mabruk!!

dinoor said...

tahniah tahiah. selamat jadi cikgu budak besar macam kita....

Anonymous said...

yan..bila lapor diri?

Humyrah said...

kak connie >> syukran-syukran!

kak teh >> alhamdulillah.. sy seronok sgt ni kak teh!

abg din >> syukran.. cikgu besar, dugaan pun besar..

sherry >> lapor diri sepatutnya pd 6hb ni tp sy dah buat permohonan tukar tempat mengajar (minta tukar ke kajang) jadi saya hold dulu lapor diri tu.

Humyrah said...

Correction > bukan 6 tp 16hb..

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger