Perginya 'Yang Hidup'

Maaf lama tak update. Saya masih 3 minggu dalam pantang. Sekarang saya berada di rumah mertua di Kelantan, sambung berpantang di sini. Ada internet, dapatlah online.

Alhamdulillah sy selamat melahirkan anak ke-2 pada 15 Februari yg lalu di Hospital Serdang. Kali ini melalui pembedahan LSCS (Lower Segment Caesarean Section). Namun hayat putera kami, yg kami namakan *Muhammad Abid Hayyan tidak dapat bertahan lama.. Arwah Hayyan meninggal dunia selepas dilahirkan.

Sewaktu anak Rasulullah, Ibrahim meninggal dunia, baginda memangku jenazah anaknya lalu menitiskan air mata. Ya, Nabi menangis.. Bila ditanya, jawab nabi,
"Aku melarang raungan akan kematian. Namun jika sekadar mengalirkan air mata, ia adalah suatu rahmat dan menunjukkan kelembutan hati. Siapa yang tiada rahmat, maka dia tidak dirahmati Allah,"

Sedih. Sabarlah. Sementara saja.

Dan akan datang di akhirat nanti ketika semua manusia dihimpun untuk dihitung untung nasib mereka.. Tiba-tiba datang anak-anak kecil yang comel dan berseri-seri wajah mereka. Mereka berlari-lari sambil mencari-cari. Di tangan mereka ada cahaya, sementara sebelah tangan lagi memegang cawan emas berisi air. Di saat semua orang menggelupur kehausan, anak-anak itu mengendahkan. Kata anak-anak itu,
"Kami adalah anak-anak Islam yang meninggal dunia ketika kecil. Air ini kami bawakan hanya untuk orang tua kami,"

'Bergembiralah kerana dia akan menanti bonda & ayahanda di sana. Penebus & mberi syafa'at. Semoga ujian ini mengangkat martabat kalian berdua di sisi Allah' (SMS dari Kakteh. Terima kasih)

Gembira. Saya akan menanti saat bertemunya semula. Harapnya di sana nanti keadaan saya juga berseri-seri :) Terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai yang datang melawat (walaupun tiada baby hmm), sms yg disertakan doa dan ucapan takziah, dan juga sahabat yang telah bersedekah kepada arwah. terima kasih tak terhingga..

Saya akan taip posting tentang pengalaman saya ketika melahirkan arwah Hayyan. Sekadar merakamkan kenangan.

* Muhammad - Yang Terpuji
Abid - Hamba Yang Rajin Beribadah
Hayyan - Yang Hidup

Sunday, March 09, 2008

6 Comments:

Nora said...

yan sgt kuat & tabah. mendengar saja suara yan aritu, akak plak terasa sejuk hati & bersemangat (actually a few weeks ago, akak rasa down sket.. hehe)

Humyrah said...

sebelum tu sy juga agak down.. bertuah ada keluarga & kawan2 yg very supportive. terima kasih kak nora (ur sms & call). Ure wonderful friend.

Unknown said...

Bila ku baca posting ni... teringat pada anak ku yang sorang tu... besar cabaran nak mendidik anak zaman sekarang ni...

Humyrah said...

ya la rizal. kita as parents kena cuba cari jalan yg terbaik utk mendidik anak.

aliya said...

salam humyrah,
kak aliya ucapkan takziah sekali lagi atas pemergian Muhammad Abid Hayyan..
setiap ujian Allah ada hikmahnya.

Humyrah said...

waalaykumussalam kak aliya. insyaAllah, ujian ini lebih menginsafkan saya. terima kasih banyak..

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger