Ipar

Terlintas di hati untuk menaip tentang ipar kerana saya masih tinggal di rumah mertua saya. Di sini, saya ditemani tok, umi, ayoh (ayah), Afif dan adik ipar lelaki saya yang muda setahun dari saya. Suami saya di KL.

Walaupun di rumah keluarga, saya masih mengenakan tudung seperti saya berada di luar. Saya sudah biasa. Begitu juga jika ada perhimpunan keluarga seperti hari raya & majlis perkahwinan. Pernah sekali saya ditanya oleh sepupu kecil,
"Mengapa kak pakai tudung lagi? Semua dalam rumah ni kan keluarga kita?"
"Ya memang keluarga. Tapi kan dengan sepupu dan adik ipar kena tutup aurat juga.."
Dia mengangguk-angguk.

Dan baru-baru ini, adik ipar saya memohon kerja di KL, tak jauh dari rumah kami. Saya sendiri mengajak adik ipar saya untuk tinggal bersama kami memandangkan rumah kami mempunyai 5 bilik. Terlalu banyak bilik untuk kami sekeluarga. Adik ipar nampak gembira.

Jika jadi, saya kena pakai tudung di rumah.. Harap-harapnya Afif tak confius dengan mamanya!

- Peluang adik ipar mendapat kerja di situ sangat tinggi kerana dia direkomen oleh Abang Long saya sendiri.
- Haram membuka aurat begitu juga bersentuhan. Sayang sangat bagi muslimah yang bertudung di luar jika di dalam rumah dibuka pula. Cubalah perfect kan penjagaan aurat kita.

Friday, March 14, 2008

2 Comments:

aliya said...

Ya benar, pemakaian tudung tetap wajib walaupun di rumah sendiri sekiranya terdapat lelaki bukan muhrim. Mula-mula saya peluk Islam dan menumpang rumah kawan, saya sendiri konfus melihat ada antara saudaranya yang tidak bertudung di depan ipar. Agaknya ini akibat kurang keprihatinan dalam kalangan orang Melayu? Bukannya susah sangatkan, ambil tudung serkup yang litup, pakaikan saja, tak sampai 1 minit pun :)

Humyrah said...

Betul tu kak aliya. Sedih dengan situasi mcm tu.. Sayang sekali. Harapnya iman kita tetap teguh. Saya akui agak janggal bila di kalangan saudara mara, saya seorang sj memakai tudung setiap masa bila orang lain tidak begitu!

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger