Teman Baru Dalam Perjalanan :)

Baru-baru ni saya pulang ke KL sehari. (ya, sehari tapi sangat penting. Saya baru je hantar borang untuk tukar tempat berkhidmat!)

Pergi shopping serba sedikit di Jusco Cheras Selatan, bila tiba-tiba Abang ajak survey GPS Navigator di Low Yat Plaza. Saya pun kata 'OK'. Lagipun dah lama tak ke sana.

Sebelum ni Abang pernah tanya apa yang saya mahu untuk hadiah harijadi Januari nanti. Saya teragak-agak antara sebuah GPS atau bodykit untuk kereta saya. Bila fikir semula, antara keperluan atau saja suka-suka, saya rasa saya mahu GPS. Sebabnya, saya selalu travel dengan kereta. Terutamanya bila ada meeting dan kursus di mana-mana. Selalunya saya travel sendirian, memandangkan Abang di KL. Sepatutnya dapat GPS pada Januari nanti lah kan...?

Akhirnya selepas berulang-alik dari tingkat ke tingkat, kedai ke kedai, Abang decide untuk terus beli.

Yang mana satu ni?

Tauke kedai : Yang ni skrin besar sikit maa..

Akhirnya, dah ada dalam 206 saya.

Sangat kagum. Arahan accurate dengan jalan sebenar.. Saya dah test di jalan-jalan parit di Pontian ini, impressive. Afif pula suka sangat ikut suara perempuan GPS tu "please turn left, and then turn right"..Sibuk aje dia..

Excited untuk guna GPS ni dalam perjalanan ke Kursus BTN di Ayer Keroh tak lama lagi!

Tuesday, November 10, 2009

9 Comments:

FaiZ n ZYuRiNa.. said...

bestnyer..dapat hadiah advanced dari husband..;)

Nora said...

ahakkss!! tahniah dpt advanced bday prezen dr hubby ;)
nana pun suke dgr suara dr GPS ayah dia. tp ayah dia pakai suara lelaki. kalo pompuan, mamanye jeles ;p

Min said...

humyrah, kak min kenal benda alah tu bila dtg sini last december, 2008. rupanya kat UK ni, dah berkurun diorg pakai. tp really, kalau kita guna utk cari umah kwn2 kat UK yg begitu asing dgn kita ni, dia anto sampai depan pintu umah... Thanks to technology. yg utama, syukur kepada Maha Pencipta yang mencipta akal manusia yang sungguh hebat...

Sallehudin said...

wah best nye.gadjet yg paling di idam kan hehe.. =)

Humyrah said...

Sherry >> FYI, saya dan huby mmg suka tukar2 hadiah. Kadang2 buat secara surprise. Saya harap huby tak perlu beri apa-apa dah masa birthday nanti. Cukuplah dah dapat advanced ni. Alhamdulillah..

Kak Nora >> Afif siap jadi model, tunjuk dengan tangan arah ke mana. Lebih haru, nak ke taska pun dia mintak on kan gps ni. Tunggulah sampai dia dah bosan sikit hari lagi.

Kak Min >> Terima kasih sudi jenguk blog ni. Betul, di Europe teknologi ni dah lama kan..Boleh key in kan no. pintu rumah, tu yang boleh hantar depan pintu tu.. :) Syukur, alhamdulillah.

Salleh >> Hari tu Ariff dan Azri nak naik kereta saya semata-mata nak test GPS tu. Tapi saya tengah rushing. Jgn lupa saya buat extra class malam Jumaat!

sherry said...

yan..org lain semua dah pakai..sy je baru berjinak2..heheh.. iphone..

Humyrah said...

iphone? wah dasyatlah.. mungkin birthday 2-3 tahun lg baru saya dapat hp yg dasyat macam awak :P

well if it's for good, apa salahnya kan.. ohya, how much iphone di australia?

me_D90 said...

hehehe.. i x minat GPS ni.. sebab i yang jadi GPS..keh keh keh...

Humyrah said...

dgn gps, boleh explore macam2 jenis jalan..
i guan pun sebab i banyak travel seorang diri. apa boleh buat, suami i sayangkan i. dia risau i sendirian..

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger