Ramadhan & Raya

Ramadhan ni terasa sepi sedikit. Bersahur dan berbuka tidak semeriah tahun lepas. Sebabnya saya sering teringat pada Abang di Bangi - Dah sahur ke, dah buka ke, makan apa... Alangkah seronok jika Ramadhan bersama.

Alhamdulillah mak ada bersama di Pontian. Jadi tak lah bosan memasak, sahur dan berbuka seorang diri (Afif kan masih kecil untuk puasa) Kata mak, sepanjang Ramadhan ini akan tinggal di sini. Seronok lah saya :)

Persiapan raya? Saya dah siap shopping pada akhir Ogos yang lalu, betul-betul pada minggu terakhir Mega Sale (Ramadhan pun tak mula lagi). Borong habis.. Paling banyak untuk pakaian Afif. Jadi persiapan raya untuk pakaian dah kira SELESAI..


Afif pada Aidilfitri 07, berbaju Melayu merah jambu (pink is now universal).


Raya ni insyaAllah pulang ke Pasir Mas. Saya dapat cuti selama 2 minggu, harapnya dapat jumpa semua saudara mara kedua-dua belah keluarga.

Friday, September 12, 2008

7 Comments:

aliya said...

Assalamualaikum,
Ya, memang tak seronok berbuka puasa tanpa orang kesayangan di sisi kita, bukan? Saya pun sudah biasa berbuka puasa & bersahur sorang-sorang di rumah bila suami ke outstation kerana kerja rasmi. Bijak Humyrah, dah siap semua baju raya.. saya masih hutang mertua baju raya, hehehee. Semoga sentiasa ceria dan sihat sepanjang Ramadhan ni, ya.

Opie said...

lame nye cuti raye yan...sakan le beraya nampak nye...husband yan org kelantan ek..syok nye...leh pi shopping2 kat kelantan..hehehehe

Opie said...

lupe nak habaq..sile amek trophy tag di http://opie5662.blogspot.com/2008/09/tag-di-bulan-ramadhan.html

sile letak di blog awak...tq..heheheh

Anonymous said...

hi yan..ko memang kuat semangat lah.btw, aku link kan blog ko kat blgo aku yeah...

♥ Mrs. C ♥ said...

erhmm... ape bley buat... bersabor je la...

Nora said...

akak pun penah merasa berbuka sensorg tanpa abg di sisi. huhu. tp yan lebih terasa lar sbb berjauhan. lama yer cuti raye, puas lar nnt berjln. akak pun balik ke kelate raye ke-3 nnt. hehehe!

Humyrah said...

Kak Aliya >> Sama lah kak.. Ketuk-ketang (bunyi dapur) sendirian huhu.. Ya persiapan alhamdulillah, tapi songkok suami tak siap lagi. Songkok dia kena tempah sebab saiz tak ada.. Baju mertua? Alhamdulilah tu pun dah setel. Hehe..Terima kasih, moga akak pun sihat selalu.

Kak Opie >> Memandangkan kerajaan melancarkan bonus, bolehlah saya shopping di sana. Shopping sikit je, mungkin tak ke tahap 'sakan'. Saya kena tag eh? Orait!

Aisyah >> Welcome, welcome.. Aku pun nak letak link blog kau ya.

Kak Connie >> Part bersabar tu yg best.. Masa mengutip pahala!

Kak Nora >> Mai la singgah di Tendong, Pasir Mas!

 
.:: cerita hamba ::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger